Ahad, 6 Jun 2010

Hadiah Birthday Untuk Alisya


Si comel ni namanya Alisya, permata hati Eyriqazz. Hari jadinya 22 June ni, dia genap setahun! Wah, dah bukan baby dah Alisya ni, nak jadi toddler dah. Eyriqazz perlukan idea untuk hadiah birthday puterinya ni. Jadi, ini idea-idea aunty ya Alisya, cakap kat ayah nanti..hehe..


1) Permainan yang membantu Alisya berjalan 
Kali terakhir aunty jumpa Alisya, rasanya dah pandai berjalan, cuma masih kena pegang-pegang meja sikit lagi. Alisya mesti suka permainan macam ni, nanti boleh sorong macam troli. Lepas tu, kalau dah pandai jalan pun, masih boleh guna lagi, jadi macam kereta mainan untuk Alisya.

2) Motor berkuasa bateri
Bateri motor ni rechargable, tapi kena main dekat luar rumah dan dengan pengawasan orang dewasa. Kalau main dalam rumah, takut habis perabot mak kena langgar nak oii.. Kalau nak belajar tunggang motor ni, boleh belajar dengan Kak Madihah. Sekarang ni, itu aje la kerja dia. Rempit aje.


3) Buku dengan suara 


Ini buku yang ada suara, muzik dan lampu. Sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak cepat bosan kalau permainan yang monotonous dan tak interaktif. Jadi permainan macam ni sangat sesuai dengan Alisya.


4) Alat melukis
Biasanya kanak-kanak 1 tahun ke atas dah mula menunjukkan bakat melukis. Kalau Alisya nak melukis, boleh aje gunakan alat ni, kalau nak lukis baru, boleh padam aje. Jimat kertas ni. (Madihah suka conteng dinding, bila bagi benda ni, terus tak menconteng dah!)


5) CD Keagamaan
Sebenarnya ni patut cadangan pertama aunty, tapi aunty tersilap edit gambar (ada-ada aje alasan..hehe). CD keagamaan macam ni dapat membantu anak-anak belajar mengenal agama sejak awal lagi. Nak lagi best, belikan CD mengenal huruf Arab. Mudah bila nak mengajar anak mengaji IQRA' nanti. 


Picture source (except yang ada watermark blog) : Here
3 orang aunty yang nak di tag untuk join contest ni
1) Isabelle
2) Chugie
3) Ayu (Damia Aleesya& Dami Ayyunie)


Entry yang paling saya minati di Eyriqazz.com ialah 

Tips Untuk Mendapatkan Buffered Earning Dari Nuffnang


sebab saya betul-betul terbuka minda mengenai buffered earning bila baca entry ni.

Itu saja cadangan Aunty Nia untuk kali ni. Buat Alisya,...

Happy Birthday dear! Semoga jadi anak yang solehah, baik budi pekerti, hormat ibu bapa dan anak yang berjaya di dunia & akhirat...sobss...

8 ulasan:

Kancilbiru berkata...

Wah banyaknya hadiah menarik...paling best motor...heheehe

FYMSO berkata...

Eii, comelnya Alisya ni. Suka betul dengan idea-idea akak! Bernas!

Nia berkata...

Kancilmotor: Diha menang motor hari tu..haha

Farah: Aisey,..patut akak tag Farah aje..isk,..lain kali lak

E.L.I.Z.A berkata...

bagus²..hadiah menarik tuh..mula² igtkan anak awak hehe

melayuangkat berkata...

Salam Nia,

Comelnya birthday girl, wah Diha macam model bergaya posing!

Nia,

Seorang kawan baik Mak Cik bawa cucunya ke C4, Subang Jaya. Lebih kurang ceritnya begini: Cucunya setahun 3 bulan berdiri dalam trolley sementara neneknya pilih susu yang hendak dibeli.

Tiba-tiba cucunya tadi terjatuh atas lantai!! Kaku budak tu, kawan Mak Cik meraung tak tahu apa nak buat dan minta tolong. Cucunya dikejarkan ke SDMC dan walaupun dekat bagi dia itulah masa yang Paling lama dalam hayatnya antara c4 to hospital.

Cucunya tidak bergerak atas pangkuannya dan setiba dihospital terus dihantar ke ICU. Kawan Mak Cik berdoa tanpa berhenti sambil bercucuran air mata, maklumlah anak orang. Emak dan bapanya bekerja.

Alhamdulilah, cucunya tidak apa-apa, mungkin terlalu terkejut terjatuh dari trolley tu. Semuanya berlaku dengan pantas sekali!

Mak Cik pun phobia sekarang, bila nampak saja baby dalam trolley di supermarket akan beritahu parents atau grandparents mereka berhati-hati walaupun tak kenal mereka atau apa pun bangsa dan agama mereka.

Nia berhati-hatilah, Mak Cik sekedar ingatkan saja.

mama_umar_maryam berkata...

heheheh,vote 4 walker tu ;),gudluck nia

Little Mama™ berkata...

i kalau birthday anak tak de specific bagi hadiah.. sebab almost every week ada hadiah...he..he

*alat melukis tu bagus

Eyriqazz berkata...

thanks nia join contest..hadiah yang disuggestkan semuanya menarik hati..love it...n makin pening untuk memilih pemenang...

Thanks again Nia..keputusan mungkin diumumkan July as semua entry best2