Isnin, 7 Jun 2010

Best Bits of Project Alpha Season 2

Project Alpha Season 2 dah habis. Sedih jugak aku. Selalu itulah yang aku tunggu-tunggu nak tengok. & orang blogger tersohor dah pun dipaparkan dalam episod ini. Ada banyak yang menarik dipaparkan dalam Project Alpha musim 2 ni..dan ada juga guest blogger yang hebat-hebat ditunjukkan dalam musim ini.

Pada aku, Best Bit dalam Project Alpha musim ni, mestilah yang ada Azwan Ali (Episod 40-44 rasanya) Episod tu tunjuk persiapan untuk majlis penuh rahsia Azwan Ali. Part yang paling aku suka masa dia kata handout dia tu bukan 'cheapskate' dengan masa redmummy kata

"jangan kerja dengan Azwan Ali"

Lepas tu Jojo tanya "why" dan redmummy jawab "sebab dia suka menjerit, menjerit dan menjerit"
Adengan tu biasa aje sebenarnya, tapi sebab lepas tu diikuti dengan scene redmummy kena jerit dengan Azwan Ali lagi, jadi kelakar pulak.

Aku suka betul interviewnya. Lebih-lebih lagi time dia mengaku dirinya Diva tu. Lagi satu part yang paling aku ingat bila Jojo Struys dengan Kak Red interview Aznil tentang Azwan Ali. Aznil kata Azwan Ali takde filteration system. Dia main cakap aje ape dia nak. Hahaha,..kelakar betul. Memang aku tengok Azwan Ali tu agak outspoken jugak.

Last but not least, of course la masa red carpet tu. Pergh,..glamer betul. Macam tengok berita hiburan pulak rasanya. Tapi dari situ boleh nampak, walaupun Azwan Ali ni outspoken, tapi masih ramai yang senang dan bagi sokongan pada dia.

Pada Azwan Ali, kalau ada orang yang tak suka pada dia, tak payah baca blog dia. Sebab blog dia hanya untuk peminat dia saja. Sebab tu dia come out dengan tag line 'ada aku kisah?' Oh, satu lagi yang aku perasan, interview dia banyak kena sensor 'tuut', sebab dia tak filter sangat cakap dia. hahaha..Itulah Azwan Ali..walaupun laser, tapi mencuit hati.

Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.







5 ulasan:

Kancilbiru berkata...

all the best...tapi panjang skit entry ni.. rasa macam tak cukup 200 words la...rugi je submit nanti...

chekna berkata...

salam, nia ditag ye.. sila terjah http://norazlina79.blogspot.com/2010/06/giveaway-cayang-ibu.html

Lily berkata...

akak, edit sikit YT vid tu ye

salah size

peace

chugie berkata...

wah.. nia memang mengikuti project alpha ni ek..

Nia berkata...

Niza : thanks dear, tadi dia publish terus yang tak siap tu..huhu

chekna: insya Allah dear, will do

Lily: dah!

chugie: hehe,..sikit2 je