Sabtu, 19 Jun 2010

Apa yang korang tak suka tentang Twillight?

Aku terbaca di blog kancilbiru teringat janji aku pada Lily untuk men'dedicate' kan sebuah entry Twillight untuknya..hehe.

Aku dah baca semua buku dalam siri "Twillight'..tapi oopps, bukan beli sendiri..pinjam punya. Sampai berbulan pinjam, bukan sebab nak baca ulang-ulang, tapi sebab tak habis2 membacanya. Ye la, tiap kali aku nak baca, Diha pun sibuk nak baca sama. Lepas tu bila orang bagi, dia baca buku terbalik lak...adoi!

Source : teenymanolo

Kalau kira tentang idea, memang bagus idea Stephenie Meyer ni. Iye la, orang tak terfikir sangat pasal vampire bercinta dengan manusia kan. Jadi, kisah yang dipaparkan jadi sangat menarik Tapi ada ramai orang yang tak suka dan kata buku-buku ni menunjukkan betapa tak independentnya watak heroin (Bella) dalam cerita tu sebab sentiasa kena bergantung pada boyfriend.

Aku takde komen tentang ni, sebab bila aku membaca atau tengok filem dia, aku anggap sebagai hiburan semata-mata. Aku tak serius sangat..hehe. 


Source: nuffnang

Tapi, kalau berkesempatan, aku nak tengok filem ni. Nuffnang nak bagi 50 tiket free ni. Details boleh tengok dekat sini.

Tengok trailer macam best je,..layan..

Apa yang korang TAK SUKA atau SUKA tentang Twillight? 
atau pun, kalau korang tak tau pun pasal Twillight, kenapa? 

12 ulasan:

sirna berkata...

kita haram tak tau ape, tak pernah tgk atau baca...kita ni katak bwh mangkuk kristal, tehehe...

fabulous.farah berkata...

i tak layan..huhuhu..sebab tak bace novel kut.donload tp xabeskan pon tgk. mcm bosan.hahaha

Lily berkata...

I don't even know where to begin

Lily berkata...

Kalau minat pd vampire, lg baik tgk true blood atau vampire diaries. At least the vampires in those shows are actual bloodsucking ferocious creatures, and not sparkling fairies.

Nak tengok citer vampire klasik? How about Nosferatu atau Interview With the Vampire? Citer yg moden sikit - why not give Underworld a try?

Byk lagi movie/literature dlm dunia ni yg portray vampires more accurately.

Alamak terpanjang la komen ni. Sambung kat blog la nanti huhuhu

Syigim berkata...

sangat agree ngan lily! :)

i agree ngan u plak psl IDEA mmg menarik, tapi x la unik sgt sebab psl vampire bercinta dgn manusia dah ade sejak berzaman dlm citer dracula. cuma mungkin twilight ni popular sbb character dia teens.

i tgk 1st movie. mmg tak larat nk habis, i feel mcm tgk teen series kat tv tu. to me because of poor script and poor acting.

i actually wonder about the book, sbb kadang2 books mmg lagi best dr movie. :)

Hanz berkata...

syigim..books better lor..to my taste..

Nia, memang initially bella ni sangat menjengkelkan sebab lembik sangat tapi in the end biler dia jadi vampire dia balik proteect sumer orang sebab shield dier..kira respect jugak sangat dia boleh endure pregnancy & give birth tu...oooppppssss..kan tak saspen lak pada mereka yg x pernah baca twilligth saga..

Sharinginfoz berkata...

hmm tak tengok lagi citer benda alah ni....

No Thanks, Mangga Online!

Farah Y berkata...

Tried to read the book tapi tak lekat. Have seen the twilight movie sebab curious what the fuss was all about. Bolehla sekadar untuk hiburan.

maya amir berkata...

aramak..tak minat twilight..mcm seram jek..heheh.. tapi it's cool gak sesekali layan seram kan..

ayin~weeweet berkata...

aah bella ni kadang-kadang macam lalang pon ada..aishh mentang-mentang lawa.

ops.emo lak hahahaha

isabelle berkata...

i x tengok, sbb i rasa yg x bestnya adalah sebab citer2 tipikal psl benda2 horror yang tahyul. takut tersimpang akidah pulak.

Lady of Leisure berkata...

i tengok n i suka... my sister suh tengok since then i pun rasa cerita ni cam menarik, i asalnya takut tengok cerita pasl benda2 seram ni tapi citer ni i tengok sensorang pun ok sebab dia tak seram tapi more towards love story kan