Rabu, 30 Jun 2010

Aku sangat desperate dan perlukan tips!!

Aku sakit tekak!! Rasa nak demam!!

Aku tau, mesti ada yang start terfikir, hek eleh, biasa la tu, menda ntah kecoh pompuan ni?

Aku bukan tak biasa sakit tekak, demam, selsema tu semua. Cuma kali ni, terjadi 2 hari sebelum aku sepatutnya bercuti untuk pergi ke Pulau Perhentian.

Source : trip advisor
Pulau Perhentian dah memanggil-manggil...huhu

Pergi nanti naik bas, tiket semua dah beli. 
Chalet dah book..kalau tak pergi, rugi woo! 
Dah plan lama dah ni. 
Tapi, kalau dah ketentuan Allah aku tak pegi, memang tak pegi la jawabnya. 

Aku perlu sangat tips untuk hilangkan sakit tekak dengan cepat. Sangat cepat,...

Ada tak?


18 ulasan:

ajjah berkata...

Jangan nia jangannnnnnnnn.. Pegi minum air asam jawa, pegi clinic..

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

cuba try makan jambu air dan minum air banyak2.Insya Allah..semoga cepat sembuh!

fabulous.farah berkata...

err. strepsil?

chekna berkata...

kesiannya... org tua selalu ckp buat air asam jawa, pastu embunkan, baru minum...
strepsil cam xbraper mujarab to me, fishermanfriend is better.. tp xbraper sedap la.. namapun ubat, mana ada yg sedap kan.. selamat mencuba...

HaniCheLat berkata...

pi cari lai chi kang. makan buah semangkuk yang dalam tu. bulan lepas me kena camni lah, lepas makan lai chi kang baik terus.

Hanz berkata...

Nia, lemon + madu => diluted dalam air suam2...& jangan minum air masak biasa...minum jer air suam, take panadol pastu selubung dalam blanket & gi tidur, jangan pasang kipas, biar panas & keluar peluh. Nak mandi pun mandi air panas..

DrSinga berkata...

makan 'betibetik'
translate:antibiotik!

chugie berkata...

sakit tekak ye.. minum air perahan lemon lah nia.. amik suku gelas air, pastu perahkan 2 slice lemon dalam tu.. pastu minum lah..

air tu biar suam2 kuku skit..

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

minum air asam jawa atau air limau kasturi..suam2...insyaallah...

mama_umar_maryam berkata...

haa rmi dh tlg tu nia, try apply ok..huhu..

momguess berkata...

petua i pon sama mcm yg lain
air asam jawa

Bella berkata...

air asam jawa yang suam2 panas tu bagus kata org.. slalunya kalau saya sekadar sakit tekak, saya minum.. ok je pulak.. hmmm.. tp kalau nak lg safe, pegi klinik terus!

Wan Anie berkata...

dah banyak ni petua... mana nak buat?

saya selalu bancuh 1 sudu madu dlm 1/2 gelas air suam dan perah limau, minum, InsyaAllah cepat baik

kalu xde limau, madu campur asam jawa pun bole

Kie-yu berkata...

erk
menom air asam jawa pun leh try
get well soon ;)

white rose berkata...

minum air kosong banyak2...
pastu g klinik...

pelan2 laa hilang...
doa banyak2...

AROL DSHW berkata...

minumlah PANADOL SOLUBLE.
panadol soluble boleh hilangkan demam.
arol kalau demam, minum panadol soluble.
then, minum air 100 PLUS.
insyallah, boleh sihat.

hisap STREPSIL atau DEQUARDIN.
tapi kalau nak lebih berkesan dan nak bercuti dgn bahagianya, pergilah klinik.
makan ANTIBIOTIK. :)

Lily berkata...

OH NOES

Farah Y berkata...

Salam Kak Nia,
Tiba-tiba teringat, 1st July bday akak kan? Kalau silap, abaikan la comment ni eh. Hehe.

HAPPY BIRTHDAY!! Semoga sentiasa dalam keberkatan Allah swt. Semoga akak dan keluarga dilindungi Allah selalu. Amin, InshaAllah :)

P/s: Speedy recovery. Get well soon!