Rabu, 19 Mei 2010

Diha menjerit-jerit

Pagi ni, inilah keadaan Diha bila aku nak hantar ke rumah pengasuh.



Dia nak tumbuh gigi. Gelombang ketiga dah ni. Kali ni disertakan dengan cirit birit, dan acara wajib demam.

Aku cuba bagi 'teether' macam ni, siap masuk dalam peti sejuk untuk bagi sejuk. Tapi, Diha tak suka. Dia tak nak gigit pun, dia main campak aje 'teether' tu. Lepas tu sambung jerit-jerit balik.


Source : Sini

Aku dah cuba macam-macam lagi kaedah lain untuk dia, antaranya :

1) Cuba urut gusi dia (mencabar ni, silap-silap dia gigit jari kita sekuat hati)
2) Letak bonjela (tak berapa suka kaedah ni)
3) Bagi dia biskut (bertuah la Diha nak gigit)

Akhirnya, kaedah yang berjaya

TIMUN!
Souce : Sini
Diha suka gigit timun, mungkin sebab timun ni keras dan sejuk. Selesa sikit gusi dia.

Ada tak kaedah lain yang aku boleh guna untuk Diha masa malam-malam dia nak tidur? Malam-malam time tidur takkan aku nak bagi dia timun jugak kot?

14 ulasan:

toughcookie berkata...

oh this is good info. lain kali i tahu apa nak buat :)

jada still cuma ada 2 gigi atas, 2 gigi bawah and 4 gigi geraham belakang tu (2 atas, 2 bawah). haritu dah cirit semua and i pun dah suspect nak tumbuh gigi tapi so far tunggu punya tunggu punya tunggu... takdak apa pun ;P

ICA berkata...

Alahai, kesiannya Diha.... kena banyak sabar time-time ni..layan karenah dia sebab tgh nak tumbuh gigi...mujur mama dia banyak sungguh strategy...hehehe.

Wansteddy Tales berkata...

siannya diha. saya ingtkn dia nangis sbb xnk duduk atas car seat mcm damia ><

cepat2 tumbuh gigi diha. bg selesa diha pn happy ^^

DrSinga berkata...

err...bagi ubat tahan sakit...

Miss Q berkata...

ohh kesian ye nia. QZ gigi geraham belakang pun dah mula tunjuk2 diri sikit. Anak bertuah ni memang pantang, acu kita masuk jari dlm mulut dia mesti gigit sekuat hati sambil muka sengih. 1 cara je nk bg lepas. cubit pipi dia pulak sekuat hati smpai merah-merah. dia menangis, terlepas la gigit. Labi-labi terlepas gigitan dengan bunyi guruh. QZ ni terlepas gigitan dengan cubit pipi dia je

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

huhuhu...memang tak der pengalaman anak2 nangis tumbuh gigi...sedar2 jer dah tumbuh...langsung tak meragam...

fabulous.farah berkata...

wah. thanks 4 d info..sangat menarik=p

Adlina Husaini berkata...

tq for info babe..nanti leh apply kt aisy =D

sian diha..tapi sory na..aunty tak de idea pasal2 ni..aunty pun pinjam idea mama diha

chugie berkata...

ohhho.. x de exp lah nia bab ni.. kite pun dapat exp pasal anak tumbuh gigi dr blog awk juga.. hehehe..

siannye diha, mesti sakit tu.. sedangkan kite yg beso gajah ni pun kalau tumbuh gigi tak tertahan sakitnye.. ini kan pulak anak kecil kn??

ibu_Arifa berkata...

kesiannyer kan bila dirg nk tumbuh gigi..anak saya demam jugk..tp sib baik dia mau gigit2 biskut dan teether tu jgk.

Nadiah Sidek berkata...

teruk juga ye diha bila nak tumbuh gigi. safiyyah ni alhamdulillah la tak demam dan takde nangis2 tapi bila nak tumbuh gigi tu..suka benar nak menggigit! huhu. kalau dia tak dpt gigit ummi atau papa dia, dia gigit la kain selimut, kdg2 baju dia sendiri pastu habis lencun baju tu :p

Eyriqazz berkata...

huhuhu...sayu tgk dia nangis

[-suziey-] berkata...

umangaih...timun? hmmm...bgus gk idea ni..hehe..sebaknya la bila ank meraung cenggitu..

Lily berkata...

eee timun

great idea