Khamis, 6 Mei 2010

My Message to AIDSAware

Thanks to Marina

Ada kempen untuk sampaikan message AIDS di ruumz. Aku pilih message ni sebab aku rasa golongan yang paling teraniaya disebabkan AIDS adalah kanak-kanak. Mereka baru nak memulakan hidup, tapi dah mewarisi penyakit AIDS atau pun mempunyai HIV. Macam mana dengan masa depan kanak-kanak ni?  Mungkin mereka masih berpeluang untuk hidup bahagia, tapi untuk berapa lama?

Dan yang paling penting kanak-kanak ni semua tak buat salah apa-apa pun. Tahu-tahu dah dapat penyakit maut macam ni. Kesian kan?

Pada aku, penting untuk semua orang sedar mengenai kepentingan kita memahami dan mencegah AIDS ini. Ibaratnya kalau salah seorang dari kita terkena penyakit ni, semua orang masih berisiko mendapatnya. Jadi, adalah lebih baik untuk kita mencegah dari mengubati dan salah satu cara mencegah adalah dengan adanya kesedaran atau 'awareness' yang betul untuk menangani penyakit ini.

Kita perlu ingat, masa depan generasi kita akan datang terletak pada kanak-kanak, sekiranya mereka telah dijangkiti penyakit macam ni, bukan ke ini akan menjadikan generasi kita akan datang generasi yang tidak sihat? Sekiranya masyarakat kita mempunyai kesedaran yang betul dan cara-cara mengelakkan diri dari penyakit merbahaya ni, kadar pengidap pun dapat dikurangkan.

AIDS adalah satu penyakit yang berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat, adalah malang sekiranya terdapat pengidap penyakit ini yang mendapatnya daripada pengidap yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat ini. Mereka dianggap teraniaya secara tidak langsung.

Semua orang juga perlu disedarkan tentang cara-cara AIDS boleh merebak dan tidak meminggirkan golongan ini.








1 ulasan:

Adlina Husaini berkata...

deq, tahniah!! bagus betul awak eh..