Jumaat, 28 Mei 2010

Kisah Coklat Zip & Aku


1) Masa aku Darjah 1, ada budak baru masuk kelas aku (perempuan), dia sangat pendiam dan takde kawan.

2) Satu hari aku nampak dia makan di kantin sorang-sorang, timbul rasa kesian.

3) Lepas beberapa hari nampak dia makan kat kantin sorang-sorang, aku pun temankan dia setiap kali waktu rehat.

4) Satu hari, sebelum sampai kantin, dia bagi aku coklat Cadbury Zip. Aku heran la, aku tanya dia " kenapa bagi?"

5) Jawapan dia sampai hari ini (lebih 20 tahun dah), aku tak boleh lupa.."sebab awak temankan saya waktu rehat..."

6) Masa tu, dalam hati aku, aku terasa seronok sangat sebab aku tau, aku dah gembirakan hati dia, ye la, asyik sorang2 aje, mesti bosankan (sebenarnya aku seronok tu sebab dpt coklat sekali..hehe).

7) Sekarang ni, bila aku timbul rasa nak mementingkan diri sendiri aje, aku akan cuba kenangkan balik..kalau masa umur 7 tahun boleh tak pentingkan diri dan luangkan masa untuk gembirakan orang lain, kenapa tak sekarang?

7 ulasan:

kak mas berkata...

akak pun ada satu kisah 'kerana seposen' sampai sekarang kami jadi kwn rapat.. tetiba teringin mkn coklat tu pulak.. hehehe..

isabelle berkata...

that is so sweet of u, nia.
apa kata u gembirakan i pulak.hehehe. tekak org pregnant ni..asal dgr nama mknn je, tingin..

btw, i am gonna change my blog address to very soon. will let u know the new one.
xnak announce kat blog sebab nak elak certain silent readers tau.hehe

mama zharfan berkata...

salam ziarah & salam kenal...singgah baca entry..nice posting...:)

Liza berkata...

betul nia, it's better masa kita budak2, jujur and tak selfish, liza pun kena slalu remind diri sendiri

FYMSO berkata...

Eii,sweetlaa cerita Kak Nia. Tiba-tiba teringat zaman sekolah rendah dulu.

P/s: Choc Zip yang berperisa strawberry paling favorite!!

DrSinga berkata...

lepas tu tiap2 hari makan sama-sama tak?
:)

My Written Thoughts.. berkata...

sbb ko x penting diri tulah antara alasan kuat kenapa kita masih jd kawan baik hingga skrg.. syg ko Nia! :)