Selasa, 4 Mei 2010

Kenapa perempuan suka bergaduh sesama sendiri?

Source: Here

Aku sendiri tak pasti kenapa, tapi sejak aku di sekolah sampai ke alam dewasa ni, aku perasan, dimana ada ramai perempuan, maka di situlah pergaduhan akan selalu berlaku. Aku sendiri dah melalui (pernah bergaduh jugak pun). Antara sebab-sebab yang aku dapat:


1) Perempuan sangat sensitif.
Kalau kawan-kawan tersalah cakap atau terlebih gurau, mungkin hati akan terguris. Akhirnya, jadi jawab-menjawab dan akhirnya bergaduh.
Cuba : Bila bergurau dengan kawan-kawan jangan keterlaluan, bagi yang terasa tu, kalau hati terguris, jangan simpan dalam hati. Kawan juga manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Kalau gurauan yang menyakitkan hati tu berulang-ulang, cuba beritahu kawan dengan baik. Insya Allah dia akan faham.

2) Perempuan perlu tempat meluahkan perasaan
Secara resminya, perempuan perlukan orang untuk dia meluahkan perasaan. Tentang apa saja kerunsingannya. Kadang-kadang dia mungkin tak puas hati dengan rakan sepejabat, dan bercerita dengan kawan yang lain. Tapi, mungkin kawan tadi akan bercerita balik pada kawan sepejabat yang dia tak puas hati tu. Akhirnya, gaduh la.
Cuba: Jangan luahkan kerunsingan pada kawan sepejabat juga, carilah orang di luar lingkungan itu. Tapi, yang terbaik, bersemuka dengan orang yang kita tak puas hati tu. Senang cerita.

3) Perempuan suka bercerita
Nama lainnya, bawak mulut. Nak buat macam mana, perempuan memang suka bersembang, dan akhirnya, tercerita yang tak sepatutnya.
Cuba: Kurangkan bercakap, lebihkan kerja aje. (ini aku pun tak dpt buat lagi..aku byk cakap..huhu)

4) Perempuan emosi
Kalau tengah marah tu, semua keluar, kambing, lembu, beruang. Kisah-kisah lama masa sekolah rendah pun boleh diungkit jugak.
Cuba: Bila rasa sangat marah, diam dan beristighfar dulu. Tenangkan fikiran dan cuba buat benda lain. Zikir ke?

Source: Here
5) Perempuan terlalu banyak berfikir
Tahu kenapa lebih ramai perempuan yang sakit jiwa berbanding lelaki? Sebab perempuan ada yang terlalu banyak berfikir. Terutama perkara remeh. Contoh: Kalau kawannya cakap sesuatu, macam tegur dia sebab terlalu banyak bercakap dalam waktu kerja, dia akan mula berfikir, isk, mesti dia ni repot dekat bos nanti, dan sebagainya. Akhirnya, wujud la cerita lain pulak, dan sangkaan buruk yang juga akan menyebabkan bergaduh.
Cuba: Jangan banyak berfikir kalau terjadi sesuatu, apa yang jadi masa tu, tinggalkan aje, jangan ingat lagi dah.

6) Perempuan dengki?
Kalau ada kawan yang lebih pangkat darinya, dia mula cari keburukan kawan tu. Lepas tu menjaja cerita yang bukan-bukan. (Tapi, rasanya lelaki pun ada jugak ‘peel’ ni)
Cuba: Fikirkan itu rezeki Allah untuknya, kalau kita nak murah rezeki macam tu, kena la usaha dan berdoa pada Allah.

Maaf kalau aku menyentuh hati sapa2 ya, tapi secara jujurnya aku sendiri pun pernah bergaduh dengan orang berpunca dari sebab-sebab macam di atas. Semua yang ada diatas ni, adalah nasihat aku untuk diri sendiri juga.

Korang ada apa-apa lagi tips atau sikap perempuan yang aku tertinggal? Boleh kita kongsi untuk iktibar kita.

16 ulasan:

toughcookie berkata...

oh i sungguh suka gambar kucing dua ekor tu. sangat cute ;)

semua point nia tulis ni betul sangat. entah kenapa ramai sangat macam tu. masa sekolah dulu lagi bangang... bebudak sekolah sebok gaduh pasal jantan sedangkan kita pergi sekolah nak belajar kan? ada abang form 5 ni konon2 minat kat juan masa juan form 3.. tapi budak form 1 ni siap nak gaduh ngan juan alahai... i told her, nak sangat pergilah. i pun tak hingin la... hehe.

SYAZA berkata...

BETUL SEMUA KAT ATAS TU..zaman FB ni lagila ramai yang saling bercakaran..yelah masing2 dah jumpa kawan2 yang daripada umur setahun sampaila ke tua tua nih..seme cerita dulu kala sikit sebanyak terbongkar secara maya..memang betul..kita kene cubalah apa yang disuruh cuba kat atas tu..

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

paling sokong pompuan ni kuat dengki sebenarnya....tapi tak semua lah kan...yg kerek2 jer tu...

firahadifa berkata...

tak bole nak kate ape.. mmg agreed sesangat pompuan nie.. adei.. suka sgt gaduh sesama sendiri.. ambik port sgt la kalau ade org yg kate buruk kat dia ...

mamalieyna berkata...

rasanya setuju tuk semua kenyataan di atas..tapi selalu orang kata..lelaki 'kaki gaduh' kan.. ^_^

[-suziey-] berkata...

hmm btl..sbb tu la ade kes pompuan yg kemnyakiti hati pompuan tu sdiri..sbb2 dia ats ni la

unlisted_one berkata...

Syaza: Gaduh kat FB? Perghh,..cerai kat FB pun ade dah sekrg nih.

Juan: Wah, Juan..dulu2 dah ada peminat..hehe

Ayu: Tu la, PHD kuat, pyh jugak

firahadifa:tu la, selalu ade kan kat mane pun..hehe

mamalieyna: lelaki pun ade jgk suka cari psl kan.huhu

suziey: pompuan suka jadi musuh kaum sendiri la tu.

Mommyyus berkata...

ye betul! sbb tu i suke kawan dgn lelaki. ckap straight terus..time beljar adesorang kawan i buat cerita buruk pasal i n family. family i pun dia xkenal, pandai2 je...ni yang teringat balik.tapi skrg i redho je. tegur je kalau jumpe..

mama_umar_maryam berkata...

sokong! hmm..kene byk2 muhasabah diri kan?

AA berkata...

teringat quote ni " perempuan akalnya 1 nafsunya 9, tapi lelaki pula sebaliknya". Maybe tu sebabnya kan.

Mommyyus berkata...

AA:nafsu shopping dah masuk dlm 9 ni ke?hahah..sori nia..dah lari tajuk.

Lily berkata...

kalo ada lelaki yg bersifat spt di atas susah gak

Liza berkata...

mmg betul nia, sebab it's best to just keep quiet rather than ckp bende2 yg menyakitkan hati org lain

Marina berkata...

orang jawapkan kesemua soalan diatas:

1)Org xkn rase perempuan sensitif akan bgtau kat org yg suka gurau ni,mimpossible...

2)nak bersemuka pulak? biasenye suami/tunang/bf la tempat untk meluahkan perasaan..

3)ini susah sikit =)

4)tiada jawapan

5)yang ini,akak nasihatkan madam,mungkin die terlalu banyak fikir,sbb tu keje kite asyik delay je..

6)ini xde dalam diri org langsung,rezeki masing2..

***Boleh bukak pasal LELAKI terlalu sensitif??? (geram x abis lg nih..)

chugie berkata...

kenapa?? sebab best kot ahahahha..

fabulous.farah berkata...

semua betul...tapi yang paling best sebab perempuan emosi=p