Rabu, 5 Mei 2010

Jawapan kepada ibu yang pemalas?!!

Aku balik lambat semalam. Tak sempat nak masak..huhu. Untuk menyelamatkan keadaan, aku bagi Diha makan roti dengan kaya dulu. (owh, dah rasa kaya Gardenia baru-baru ni? -Auntie Rosie yang Original punya). Kayanya lebih sedap dari sebelum ni, macam kaya kopitiam pun ada..hehe. Habis juga la sekeping roti Diha makan.


Lepas solat Maghrib, aku pun mula operasi. Ingat nak buat sup ayam. Aku dah rendam awal-awal lagi. Untuk bahan-bahan lain, aku gunakan ini!





Ramuan sup semua dah ada dalam botol ni.


Harga pun berpatutan juga. Rasanya boleh guna banyak kali ni.



Ini rupa bahannya.


Kena tumis dulu.


Tambah air dan ayam lepas tu..Itu aje, garam pun tak payah tambah.


Diha pun sibuk pilih senduk nak tolong masak..hehe


Ini hasil akhir. Rupanya tak menarik, tapi rasanya sama sedap macam sup ayam biasa.



Diha suka betul. Tak tau kenapa suka betul dia dengan sup ayam.


Masa aku beli pes sup ni, mak aku kata, aku ni “gone case”, sebab malas tahap gaban sampai nak kupas bawang pun dah malas. Hehe.

Tapi, pada aku, ni keperluan wanita moden..hehe..mudah dan praktikal. Yay!

21 ulasan:

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

tak pernah lagi beli pes sup nak buat sup ayam.aku masih rajin kupas bawang rupanya.hahahahaha

toughcookie berkata...

hehe... this reminds me of my maggi 'malas' yang i kekadang masak for my husband - tumis bawang semua, ada daging cincang, campur tomato and kacang hijau hiris halus dan telur.

halooo... malas2 kita ni pun, still masak okeh. daripada beli je kat kedai mamak bawah ni. kalau ini namanya malas, i tak tau apa agaknya mak2 bekerjaya lain yang selalu tapau je lauk dari restoran ;P

Anje a.k.a Mama_Aqish berkata...

sedap ke pes sup tu???nanati nak try gak la...he...he....

[-suziey-] berkata...

sonang ajo:p

Nessa berkata...

i slalu beli bawang yang dah dikupas kat supermarket.... :$ :D

Lelord berkata...

hehehe x tau lak ade pes cenggitu sup bunjut adabi tau le, tp slalunya wat manual. tp cam menarik gak so harus cari

chugie berkata...

1st time nampak pes ni nia.. emm sedap ye?? bleh lah nnti p carik2.. kat mane tu?? ahaha.. sy pun dh mula malas ni!

fabulous.farah berkata...

wujud eh benda ni..hahaha..ingatkan tomyam je ade..

Eyriqazz berkata...

salam...

nia sudah kena terjah...
salah silap harap maafi...hik3...

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

tak pernah jumpa lagi dipasaran pes sup ni...ke ayu yg tak terperasan..

isabelle berkata...

nia,
tu kira tahap rajin lagi la. is kalo dah malas sgt, 'masak' kat kedai jer la..hehehe

p/s: jadi ke pegi 1superkids-mbp family day nanti?

DrSinga berkata...

malas kita tahap main tunjuk2 kat kedai....

unlisted_one berkata...

Ellis : Ni produk baru ni Ellis..hehe

Juan: uii,..hebat jgk maggi tu..hehe. i suka mcm tu.

Anje: kena try ni yang,..sedap

Suziey : betul tu, senang aje

Nessa: Bawang kupas,..satu inovasi jgk tu..hehe

Lelord : atas sikit dari sup bunjut nih

chugie: beli kat section 16, dkt stesyen bas tu

Farah : wujud babe! kena try

Eyriqazz: Thanks! i dah baca.. hehe

Ayu: Try carik Ayu, ade nih. Tapi, tak sure kat johor ade tak.

Belle: I pegi dear! see u there!

unlisted_one berkata...

Belle: Insya Allah!

Marina berkata...

orang punye pes tu x masak2 lg pn...

Lily berkata...

ini bagus utk org yg tak suka kupas bawang cam saya

sampai saya nak beli blender kecik utk chop onions tu

sardin pun sy dah lama tak masak sbb malas nak potong bawang

Bella berkata...

hehe.. comel la diha ni.. bagus ni, kecik2 dah ada minat pegang senduk.. saya kecik2 pegang mainan askar.. haha.. tu yg ganas sket tu.. lol!

Liza berkata...

bukan pemalas, just simplifying the process, betul tak

Mommyyus berkata...

waa..stylelah.xyah kupas bawang ek. baru i tau. ingat kan sup bunjut dah paling express, rupenye ade lagi cepat. sebab i kan bab2 kupas bawang tu yang buat malas nak masak. nia..belikan i satu. nanti jumpe i bayar balik. haha..boleh order2 plak.

temp. housewife berkata...

at least masak something jugak utk Diha. kalau dia suka okla tu. Knur yg dulu konon2nya hr2 masak pun, dah malas pulak sbb semua benda nak rasa sejak balik Msia ni. hehehe

unlisted_one berkata...

DrSinga: Tunjuk kat kedai pun buat jgk kekadg..ehe

Marina: simpan untuk masakkan kat org tu kot

Lily: kupas bawang..huhu..mmg malas

Bella: comel mcm mak dia..hehe..perasan

Liza: Betul kak! setuju!

Mommyyus: Betul ke dear? i pun kirim kat org jgk beli pes tu..hehe

Kak Ad: Wah,..mesti seronok dah balik ni kan kak.