Khamis, 6 Mei 2010

Ini swimming pool ke mak?

Opah Diha ada beli fountain baru-baru ni, aku cakap dekat mak aku, macam membazir aje mak. Baik beli benda lain. Tapi, mak aku cakap, "mak dah lama teringin nak beli fountain ni,"...Aku pun,.."ooo,..ok lah".

Adik ipar aku lagi best, bila fountain tu sampai " Eh, Kak Nia, naper mak beli yang tak lawa?"
Aku pun jawab la "Isk, ko jangan, mak suka ni, mak kata lawa...hehe".

Aku rasa Diha pun rasa fountain ni lawa.



Mula-mula dia datang dekat dulu...

Lepas tu mesti nak cuba pegang-pegang air kan...


Wah, dia dah suka pulak dengan air kat fountain ni!

Ini aku kurang gemar sikit ni, dia macam nak masuk aje dah kat kolam kecik tu...mungkin dia terfikir dalam hati..."Opah belikan swimming pool untuk Diha kot.."

Ape-ape aje la nak oii, jangan ko bawak google berenang dalam tu sudah.

Ada sesiapa tak ada tips untuk elakkan alga tumbuh dekat kolam tu? Tengok air dia dah hijau-hijau..huhu..

18 ulasan:

Anje a.k.a Mama_Aqish berkata...

diha suka taman tu...ape laie nia bila nak wat satu kat rumah nia plak

sirna berkata...

cantik je saya tgk, brapa mak u beli?

chugie berkata...

ehehe.. macam2 diha ni tau. tu bukan kolam lah cayang.. heheh

pasni nia kene buat minim swimming pool tuk diha tau!

cantik lah taman with fountain tu nia..

chugie berkata...

ehehe.. macam2 diha ni tau. tu bukan kolam lah cayang.. heheh

pasni nia kene buat minim swimming pool tuk diha tau!

cantik lah taman with fountain tu nia..

ajjah berkata...

comelnya cuba-cuba nak masuk, belikan kiddies pool yang plastic tu la kot kasi dia main.. tp nia jangan masuk skali pulak.. hehe

toughcookie berkata...

tak lama haritu, kitorang pi open house someone sebab he was retiring. kat rumah dia ada fountain lebih kurang macam ni. jada tak pergi mana asyik diri depan fountain tu pastu mula2 letak tangan je. lama2 sikit dia pergi depan lagi... after dalam sejam macam tu, badan dah basah lencun. mengamuk-ngamuk bila kitorang angkat dia nak tukarkan baju hehe... sumbat nenen terus tido ;P

momguess berkata...

rumah den xdok 'swimming pool' ni
so den xtau mcmnaer nak buang alga lumut tu
hehehhe

Mama Hanim berkata...

wah.. mmg cantik sgt fountain tu.. bestnya klu dpt letak depan umah kan..

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

OMG...jangan nanti pakai swimming suit terus terjun dalam foundain tu...ekekekkek..

my.mastura berkata...

saya suka la tgk kawasan rumah awak..luas...

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

seronok laa diha leh main kat kolam :)
nia, singa kuning dah sampai hari ni:) nway tq.

mamalieyna berkata...

Diha..nanti swim tau! ekeke..muat ke nak swim tu ye.. ^_^..nmpk berkenan sgt dah tu Diha tu,,hehe..

mama_umar_maryam berkata...

hehehe,cantek sgt pool diha klu cenggitu ;)

Lily berkata...

wah satu tourist attraction baru!

berapa bayar nak masuk ni

sekali sama harga dgn sunway lagoon sebab ada air

Liza berkata...

i love fountains, so far baru ada satu, ingat nak tambah lagik satu

unlisted_one berkata...

Anje: Umah Nia takde laman..huhu..

Sirna: Dalam 2k kot harga dia.

Chugie: Takde duit nak buat la yang..huhu

Azzah: uii,..kalau muat apa salah mak dia masuk sekali..hehe

Juan: Ala,..Jada boleh kawan dengan Diha. Attack fountain..hehe. Cute betul!

kak guess: org suruh beli ikan bandaraya kak. makan lumut

Mama Hanim: Lawa jgk kan. natural gitu

Ayu: Menjerit opah dia nanti..hehe

my.mastura: rumah mak ni yang, rumah i, laman pun takde..huhu

ellis: ha,..bleh guna klip kertas singa tu ellis..hehe

mamalieyna: swim tak muat kot, berendam muat..hehe

mama_umar: macam sungai congkak..hehe

Lily: Ko la eksen, tak nak dtg

Liza: wah,..ade kelas akak..hehe

Mommyyus berkata...

Juan:mase i bace komen u, i dah agak mesti jada akan basah lencun(pandai u guna ayat lencun)haha..ape agaknye imiginasi dorang ek?

diha tu mngkin nia ade betul2 kat sebelah dia, kalau tak lencun jugak tu...

nia, nice fountain ape? 2k? huhu...

toughcookie berkata...

mommyyus, hehe... pandai you teka...

wahhh... kenapa you tak sangka lak i tahu pakai that word? ni sure ingat i speaking tak hengat nye sure BM hancus kan? hehe...

i rasa bebudak rasa intrigued kot tengok air mengalir tu... nak kejar tak boleh. eh... ini soalan ni nak kira masuk dalam Ask Toughcookie Thursdays ke? hehe...