Jumaat, 7 Mei 2010

THE FIRST CRY







Pada hari aku hendak bersalin, memang aku sangat risau dan berdebar-debar. Aku fikirkan dapat ke aku lalui prosedur bersalin ni dengan lancar, macam mana anak aku nanti, macam mana rupa dia? Semua benda aku fikirkan. Suami aku memang takde masa aku bersalin, malah sepanjang tempoh mengandung pun sebab dia berkursus KPLI di Kelantan.


Sebaik saja Diha lahir, aku terus minta doktor beri dia pada aku sebab aku betul-betul nak tahu rupanya macam mana, dan yang paling penting, aku nak tahu jantinanya. Aku hairan juga, kenapa Diha tak menangis kuat? Dia menangis dengan suara tersekat-sekat dan sangat perlahan. Perasaan aku boleh dikatakan bercampur baur. Aku sangat gembira bila dengar Diha menangis. Inilah suara anak yang aku kandung dan bawa ke sana sini selama ni.  Tapi, dalam masa yang sama, aku juga risau dengan tangisan dia yang aku kira agak abnormal. 


Sebaik saja Diha sampai ke pangkuan aku, aku dapat rasa satu perasaan yang pelik. Perasaan yang aku tak pernah aku rasa seumur hidup ni. Rasa terharu, rasa nak menangis, rasa kasih sayang yang melimpah ruah yang aku nak curahkan pada Diha. Diha pandang aku, dan menangis, dia macam tak selesa masa tu. Aku tetap peluk Diha, aku dapat rasa badannya sangat lembut dan ringan, terus terbit rasa ingin melindungi dia dengan sebaiknya. Masa itu juga aku tersedar badan anak aku berwarna ungu, seolah-olah sesak nafas. 


Paru-paru Diha disahkan terdapat jangkitan kuman satu jam selepas itu. Jangkitan ni menyebabkan kandungan oksigen pada darah Diha pada kadar rendah. Gelap dunia aku masa tu, apa yang aku fikir, ialah nak kumpulkan semua duit dan harta yang aku ada untuk kos rawatan Diha. Aku tak kisah hilang segala harta aku dan habis segala duit simpanan aku, kalau itu yang perlu untuk merawat Diha. Aku sanggup buat pinjaman pun kalau apa yang aku ada masih tak mencukupi.


Masa Diha ditahan di wad, aku akan datang dan berdiri di sebelah inkubatornya setiap hari. Aku akan usap badan Diha dan suruh dia cepat sembuh, sebab aku nak peluk dia semula. Sayu hati aku bila melihat Diha dengan wayar-wayar yang banyak tu. Diha tak boleh diberikan susu selama 3 hari, dia cuma mendapat bekalan makanan melalui 'drip'. Fikir aku masa tu, kalaulah boleh aku yang tanggung semuanya dan bukan Diha. 


Syukur pada Allah, seminggu selepas tu, Diha kembali sihat dan boleh dibawa ke rumah. Hilang segala resah aku, anak yang aku rindukan boleh dipeluk setiap hari...Alhamdulillah, Diha sihat hingga ke saat ini.




Contest ini dibawakan oleh MomBloggersPlanet dan AliceWonders

26 ulasan:

Liza berkata...

anak sakitlah yg paling sedih skali, macam rasa nak tukar tempat jer dgn anak

Lily berkata...

diha diha diha diha diha

Marina berkata...

i'm cry...sob..sob..sob..

unlisted_one berkata...

Liza: Memang itu la yang saya rasa kak..huhu..

Lily: Apo?

Marina: dey!

Marina berkata...

rase terharu...xtau la org nnty mcm mane..

Lily berkata...

baby gaga

Farah Yusri berkata...

Kak Nia, thanks for sharing the story. Berair mata saya :)

mamalieyna berkata...

contest menyentuh perasaan la..hukhuk..good luck k!

unlisted_one berkata...

Lily: Apsal ko dgn Marina antara org pertama baca entry jiwang ni. malu seh

Farah: uik,..betul ke? akak igt akak je rasa nak nangis.

mamalieyna: hehe..thanks dear!

aRoL berkata...

sata pun menangis first time tengok baby..sob..sob..sob..
dah besar pun diha ye

unlisted_one berkata...

aRoL: aik,..mcm tak caya je nih.hehe

CikLilyPutih berkata...

nak amik gambo jelir lidah gak boleh?

sekamar rindu berkata...

salam...

syukur alhamdulillah...baby Diha sembuh...

DrSinga berkata...

selamat hari ibu Nia!!!
:)

momguess berkata...

huh!!!!
mmg sobs arr
anway akk dah terima pemberian ikhlas ko tu
thnks

iEfa berkata...

subahanaAllah...tk bleh tgk baby belilit wayar...bederau darah tgk td....Alhamdulillah besar dh skrg kan...bykkan besyukur pada Allah ;-)

Stargone berkata...

secara jujurnya, kamu hampir membuatkan saya menitiskan air mata. buat saya terfikir bila dah kawen dan mempunyai anak nanti.. mampu ker saya jadi seorang ayah yang baik.

kamu memang seorang ibu yang baik. :)

Marina berkata...

la...akak jugak yg suh komen blog akak..org komen la...pastu malu pulak...hahahhaha...

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

sy cukup takut utk tgk anak sendiri berselirat dengan wayar2 camtu..

sedih tgk ur diha..

tapi alhamdulillah...semua tu dah berlalu..n diha makin sihat..

gud luck!

mrsdjones berkata...

tak dpt dibayangkan kalau jd kat saya. mesti "hujan" punya! Alhamdulillah Diha dah sihat sekarang. :)

Momma Mia berkata...

Sayu nyer read ur 1st cry. Semoga Dhia sihat & ceria selalu... Good luck!

Mommyyus berkata...

cite yg sgt menyentuh hati..teringat time abd rahman doc kate nak kena tukar darah, sbb kuning tinggi. Tuhan je yg tahu mase tu..tp alhamdllah dia sihat sampai sekrang. Yus doakan diha n nia sihat dan happy selalu. wish u gud luck!
P/s: ni sape tiru sape ni..boleh plak same2 jelir lidah mcm tu. cute!

My Written Thoughts.. berkata...

Nia, happy mothers day! :)

Farah Yusri berkata...

Ooo kak Nia!!
Happy Mother's Day!!! Enjoy your day!

fabulous.farah berkata...

sedih nya tengok baby berwayar2 mcm tu kan..takpe sekarang dah sihat dan kuat

ajjah berkata...

alalala cutenye gamba ni! ok u menang di hati i.. :)