Khamis, 6 Mei 2010

Blog ni dah diterjah oleh Eyriqazz!

Aku dah lama menunggu Eyriqazz datang terjah blog aku ni. Hehe. Syukur la baru-baru ni ada menang contest pada blog dia. Salah satu hadiahnya, blog akan diterjah..hehe


Kalau nak baca terjahan Eyriqazz, boleh baca disini.

Banyak juga cadangan membina yang diberi. Antaranya :


4) Template dan Widget-Widget
Honestly Nia, ini pandangan peribadi. Template perlu ditukar. Belum cukup menarik hati. Satu lagi, widget di sidebar terlalu banyak dan agak kurang selesa bila membaca entry/ melambatkan loading. Mungkin sesetengahnya boleh dibuang agar pembaca selesa untuk membaca.

5) Pelbagaikan Lagi Entry
- Tentu banyak pengalaman peribadi yang menarik yang seronok untuk dikongsi. Teringin juga ingin tahu pengalaman Nia menempuhi alam perkahwinan, suka-duka bergelar seorang Isteri/ibu , dan Ranjau Seorang Ibu yang bekerja. Entry yang sedih dan menyentuh hati pun boleh menarik pembaca.

6) Nama Blog
- Honestly, rasanya nama Unlistedone agak susah diingati dan dieja walaupun agak unik dan kreatif sekali . Adakah Unlisted + One atau Unlisted + Done? kadang-kadang bila saya tidak klik dari link di blog saya dan menaip terus, boleh tersilap juga. Apapun, lain padang lain belalang.

Terima kasih atas komen-komen yang diberikan Eyriqazz. Harap-harap dapat la aku perbaiki. Insya Allah.

Blog Eyriqazz sangat berfaedah, 
Entrynya menarik banyak tips lagi,
Blog saya selesai diterjah,
Lepas diubah terjah la lagi...hehe

4 ulasan:

Anje a.k.a Mama_Aqish berkata...

wah tahniah la nia...blog otai dah mai kasi komen...bertuah tu leh perbaiki ape saje kelemahan yang ada then boleh memantopkan lagi blog Nia k

fabulous.farah berkata...

farah xde problem ngan widget..xmengganggu nk baca entry pon..so farah rasa ok jer.hehe

mamalieyna berkata...

herm..mcm2 terjahan skrg ni eh..hehe..moga komen2 membina tu leh memantopkan lg blog ni! ^_^ tahniah!

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

oo ingatkan ben ashaari je wat sesi camni..hehe

tahniah dah dijelajahi :-)