Jumaat, 21 Mei 2010

Adoi, tudung Arab sanggul tinggi lagi

Picture credit to : Nadiah Sidek & Berita Harian

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Boleh baca lagi di blog Kak Chik, blog Nadiah dan blog Maghfarah.

Sekarang ni rambut palsu untuk sanggul pun dah ada jual. 
Aku faham perempuan suka berfesyen, tapi kalau dah sampai ada dalam hadis mengenainya, elok la kita re-consider balik pemakaiannya ni. Jauh di sudut hati aku, tak tahu kenapa, aku terasa zaman aku inilah zaman akan berlakunya kiamat. (mungkin ramai yang akan cakap, lerrr,..memang laa)..seram..sama-samalah kita mempercukupkan amal ibadat kita ya! Insya Allah!

14 ulasan:

kak mas berkata...

ntahlah.. apa yg besnya pakai sanggul tinggi2 tu. tk ayu mana pown.. :)

ajjah berkata...

sama pulak entry kita hari ni.. huhu teringat ayat iklan yang kata this is a must bcos wanita arab pakai macam ni..

Bella berkata...

i have the same feeling too.. mungkinkah kiamat itu akan tiba tidak lama lagi? dahlah scientist pun kata there's a sure sign tak lama lagi sun rises from the west.. tanda2 dah banyak.. harap2 sempat lagi untuk kita bertaubat

unlisted_one berkata...

kak mas: besar jgk kan sanggulnya tu kak..hehe

azzah: aisey, we can read each other mind kot

Bella: huhu,..bila u ckp gitu, lg terasa seramnya.

~ Sall berkata...

Ngeri sgt2 ngan dunia sekarang ni. So apa yang kita harus buat, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.

Nadia arRumaisha berkata...

Astaghfirullah...selama ni nadia tak tau pun.... terima kasih mengingatkan...

Nadia Ar-Rumaisha

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

dah terdengar benda ni b4 ni..tapi tak tahu kesahihannya...ni baru tahu...

melayuangkat berkata...

Salam Nia,

Terima Kasih kerana berkongsi Ilmu dan ingatan ini.

Kawan Mak Cik bersanggul dan bertudung macam ni. Cantik...

chugie berkata...

nia, saya pun ade baca kat beberapa blog lain.. takutkan..

bru igt nak beli tau.. last2 bc psl hal ni, terusss niat ku di delete! ahahah:))

thanx for the good info!

~~@lyci@~~ berkata...

nia, tq for this info..
mmg skrg ada jugak sanggul tu jd fesyen tudung kan..
tp alycianya sanggul ori, dr rambut sendiri hehe..

Lily berkata...

ni style conehead namanya

ICA berkata...

Nia, tau tak mcm mana org buat sampai boleh jadi tinggi mcm tu?? kengkadang dok terfikir jugak...... dah jadi mcm trend pulak.

good info dear.

ICA berkata...

Nia, tau tak mcm mana org buat sampai boleh jadi tinggi mcm tu?? kengkadang dok terfikir jugak...... dah jadi mcm trend pulak.

good info dear.

zh-ena berkata...

semakin dekat zaman nak kiamat kan