Khamis, 22 April 2010

Super Sweet 16

Aku pernah tengok program ni 2-3 kali di channel MTV, program ni mengisahkan tentang persiapan harijadi ke 16 untuk remaja di US, Canada dan UK. Setakat ni, semua yang dipaparkan, anak-anak orang berada aje, sebab persiapan harijadinya memang bukan calang-calang, hebat sangat. Lebih hebat dari majlis perkahwinan pun ada.

Kek mesti grand
Source : Here

Kebiasaannya waktu persiapan tu, mesti ada scene yang akan menunjukkan remaja-remaja ni 'stress' dan mula mengamuk dekat mak dan ayah kalau apa yang dihajati tu tak dipenuhi. Dalam satu episod yang aku sempat tengok, remaja perempuan ni marah-marah dekat mak dia, sebab masa dia sampai ke majlis tu, dengan helikopter, kawan-kawan dia sorang pun takde. Dia bising sebab mak dia tak suruh kawan-kawan dia keluar.

Biasanya majlis harijadi yang ditunjukkan tempat mesti 'grand'..khemah besar, hotel, disko ke. Lepas tu sure tempah baju, lepas tu ada jenis yang nak pastikan majlis diaorg tu yang paling grand berbanding kawan-kawan sekolah yang lain.

Macam nak kahwin aje kan?
Source : Here

Aku rasa, kalau Diha dah pandai nanti, memang aku tak nak bagi le dia tengok rancangan ni. Remaja-remaja yang ditunjukkan tu, sangat demanding, dan ada yang tak hormat mak dan ayah diaorg. Pembaziran tu sudah tentu la. Isk,..seram.

Details rancangan ni boleh tengok di sini dan di sini.

10 ulasan:

Mama Hanim berkata...

mcm2 hal dunia skang ni.. kena tapis2 gak apa yg nk bg anak2 tgk kan..

Momma Mia berkata...

stuju with u Nia. Jgn bg Diha tengok sbb budak2 cepat absorb...me baru prasan aksi my lil dother juih2 & sembur tak nak mkn ubat... macam gaya2 dlm Madagascar 1 masa dorg celebrate alex makan sushi...

DrSinga berkata...

diorang duit berlebih tu....
:)

tunbegia berkata...

kalau kawen lagi seronok kannns, ;-)

ibu_Arifa berkata...

kadang2 rase merepek pun ada my super sweet 16 ni kan.. mcm tak logik je.

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

perghhh...macam2 sekarang..so demanding....kita??? biarlah besederhana sahaja...wasatiah tu...

chugie berkata...

emm macam2 cerita de kan? orang putih ni kalau nk buat cerita, ape pu ade..

mmg x elok gak tu bg anak2 tengok, nanti die teringin, abis kite huhuh:))

Farah Y berkata...

Kadang-kadang tu birthday party dia mengalahkan kenduri kahwin! Geram je tengok. Lagi geram bila sesetengah tu melenting kat parents. Huhu. Tak patut. Mintak jauhlaa..

Lily berkata...

shows like these make me weep for humanity

unlisted_one berkata...

Mama Hanim: Betul tu, budak2 kan tak tau beza lagi

Momma Mia : Kalau ur doter ikut mcm Madagascar, comel la tu..hehe

DrSinga: Duit lebih elok buat amal..hehe

tunbegia: kawin, berbaloi jgk

ibuArifa: memang byk merepek pun..haha

Ayu: Tu la, kita buat mkn2 tu pun ok dah kan. Ini siap book helikopter bagai.

Chugie: Org putih ni terlebih kreatif. haha

Farah: Yg melenting kat parents tu yg hangin tu, dah le mengabiskan duit parents.

Lily: Owh,..do u weep? me too..haha