Isnin, 12 April 2010

Ni tips menjimatkan duit @ tips membazirkan duit lagi?

Aku suka sangat nak buat kad atau buku skrap ni. Terpengaruh dengan kawan aku, Are masa zaman sekolah dulu. Walaupun minat, aku tak rasa aku se'kreatif' Are. Tapi, minat aku sangat tinggi dalam benda ni.

Jadi bila ada kawan nak pergi ke Australia baru-baru ni, aku pun mengirim barang-barang untuk paper craft ni.

Kalau di Malaysia, mesti mahal punya sebab barang-barang ni tak dibuat disini.

Ini penebuk untuk bagi corak timbul. Macam mana boleh timbul? Ha, boleh tengok kat bawah ni..


Mula-mula 'punch' pada kertas.


Tara,..dah ada corak timbul pun,..flower lagi..


Ini pulak penebuk berbentuk rama-rama..boleh la kalau nak buat kad ala-ala kolaj.

Persoalannya, walaupun beli kat Australia, harganya still 'boleh tahan' juga. Jadi akhirnya, aku ni menjimatkan duit (sebab buat kad sendiri) atau membazirkan lagi ya?

9 ulasan:

Farah Yusri berkata...

Eh jap jap! First time tengok yang buat timbul pada kertas tu. Suka, suka! Kalau buat scrapbook pun best kan?

ajjah berkata...

klu setakat guna sekali, then tak jimat.. tp klu guna banyak2 kali then jimat :)

aadzrah berkata...

Sejak aku balik KL dari Australia, memang langsung tak ambil tahu pasal card-making ni. Di Australia memang ada byk "gadget" utk scrap-booking ni. Kalau ke art shop di sana, memang ko tak mo balik, Nia. Mewahh! Ohh, duit pun kena ready byk2. Takut nanti terkilan.

Aku tak jumpa pula gunting yg boleh embossed tu. Menarik! Bolehlah buat kad sekeping dua, then hantarlah kpd aku di sini. Huhu!!

DrSinga berkata...

errr.... kalau buat kad sendiri...and bisnes...
laaaaagi untung....
:)

tunbegia berkata...

logically nampak murah kat negeri sendiri yang buat, tapi reality memang mahal tauu, teringat haku dulu mantan PM Dr M nak jual proton saga kat US (Amerika lohh), tapi harga kete kat sana lagi murah dari kat Malaysia, camane tuh?

Jadi, belilah barangan buatan Malaysia, volleee?

salamm,

[-suziey-] berkata...

waaaa minat ni kretif2 artwork..hehe

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

kreatif ni...kalau bagi kat ayu...ermmm..membazir kot....tapi kalau nia minat...rasanya tak lah membazir..

Hanz berkata...

Nia, embossed alphabet ada jual kat Sek 19 Shah Alam, harga nak dekat RM70! Memang mahal!

unlisted_one berkata...

Farah : kalau jumpa yg best2 kat sana, bawak mai sini..hehe

azzah : uii,..nak guna byk kali nih

Are: Kalau ko nak, kita bleh buat kad sama2 nanti (ade masa la sgt masing2 pun..haha)

DrSinga: Bisnes? Hmmm..good idea!

tunbegia: Kalau ade buat kat malaysia, best juga..huhu

Suziey: Artist nih..hehe

Ayu: Tak membazir la kot ni,.haha

Hanz: Hah!! Mahalnya!? isk,..betul la diaorg nih.