Isnin, 19 April 2010

My Version of Grooming Tips

Grooming pada aku bermaksud membersihkan diri atau memperkemaskan diri. Biasanya penting untuk orang yang bekerja bertemu dengan pelanggan ni. Kena nampak cantik dan kemas sentiasa.

Ada bermacam jenis grooming:
a) Cara berjalan
Ini penting kerana kalau kita berjalan dengan tak teratur, orang pun akan rasa kurang yakin nak berurusan dengan kita.

b) Cara kita bergaya

Jangan buat hiasan yang melampau-lampau, nanti orang ingat ada yang tak kena dengan kita ni. Hiasan biarlah ringkas, tapi nampak cantik dan menarik.

Bergaya ini merangkumi pilihan pakaian, cara dandanan rambut atau tudung, pemilihan kasut dan beg tangan.

http://www.flickr.com/photos/benweger/

c) Cara kita bermekap

Paling penting sekali. Kita tak mahu muka kita dimekap jadi macam rupa badutkan? Tak mencapai tujuan la kalau macam tu. Maka, perlu kita pastikan yang mekap kita adalah bersesuaian dengan keadaan. Tolong mekap didepan cermin juga, sebab pro macam mana pun kita, mustahil untuk bermekap sendiri tanpa cermin.

http://www.flickr.com/photos/chiaracats/

d) Cara bercakap

Kita kena bercakap dengan tenang dan teratur, percakapan yang kelam kabut akan menimbulkan rasa kurang senang pada orang lain. Iye lah, susah orang lain nak tangkap apa maksud yang cuba kita sampaikan.

Pastikan juga intonasi suara semasa bercakap, jangan terlalu kuat atau perlahan. Sekiranya perlu bertutur dalam bahasa lain, pastikan kita fasih dengan bahasa tersebut.

talking-cats.com

e) Cara kita bergaul

Cara kita berkomunikasi dan membawa diri amat penting sebab dari situ kredibiliti kita akan dinilai. Takkan nak bergaul dengan orang, tapi tak nak buka mulutkan.

plannedpethood.org

f) Cara kita menjaga kebersihan diri

Ini paling penting sebenarnya. Kebersihan diri merangkumi kebersihan mulut, pakaian dan badan. Bau badan memang amat merungsingkan.Jadi kena pastikan selalu mandi dan gosok gigi ok.

gather.com
g) Pemilihan haruman yang sesuai.

Gunakan aje Adidas Action 3. Wangiannya berpanjangan sepanjang hari. Sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif. Sure bila balik kerja pun, badan masih berbau wangi lagi.

Ni project Alpha Episod 1 Season 2



Episod 2, Season 2


Episod 3, Season 2


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

2 ulasan:

boss berkata...

ko ni gambo letak macam gromming kucing pun ade.. h ehe..

[-suziey-] berkata...

waaa dh buat n3..hehe