Isnin, 5 April 2010

My Favourite Sport


Masa sekolah-sekolah dulu, aku selalu main bola jaring masa PJ. Pada aku, mungkin juga disebabkan aku agak tinggi, dan aku tak begitu pandai bersukan, jadi aku tak begitu memilih. Tapi, biasanya aku kena jadi GK (goal keeper), alasannya sebab aku tinggi senang nak tangkap bola.

Tapi, tak berkembang la karier bola jaring aku sebab tak berpeluang nak cuba posisi lain pulak.

Minat aku pada bola jaring bermula masa aku darjah 5, terjadi la satu peristiwa yang memalukan aku. Aku disuruh menjadi GK secara bidan terjun, tanpa apa-apa latihan pun. Tau-tau terus aje diletak untuk jadi 'goal keeper'. Masa bola dekat pasukan lawan, aku pun try la test ketinggian goal yang aku jaga tu. Aku try la lompat-lompat sikit, rupa-rupanya semua orang perasan aku lompat-lompat masa bola takde pun dekat kawasan aku tu.

Satu sekolah ketawakan aku masa tu, walaupun game tu dah lama habis, tapi orang masih lagi bercerita pasal aku yang melompat-lompat dekat tiang gol walaupun bola masa tu dekat gol belah sana.
Ceh, aku nak test tinggi tiang gol tu la.

Sejak hari tu aku bertekad untuk asah skill bola jaring aku, biar semua orang berhenti gelakkan aku. Boleh tahan juga, aku hampir terpilih masuk pasukan sekolah, tapi disebabkan masa tu aku dah berada di darjah 6 (tahun depan akan bertukar ke sekolah menengah), cikgu tak jadi masukkan aku. Apa yang pasti, sepanjang latihan, aku memang tak menggunakan sebarang alat pencuci muka atau barangan kebersihan khas. Main hentam aje.

Masuk sekolah menengah, aku masih berminat dengan bola jaring, tapi tak berapa aktif dah. Sekarang, bila dah bekerja, aku ada juga kadang-kadang join apa-apa games. Tapi kali ni, aku akan pastikan aku menggunakan ADIDAS Action 3. Aku rasa lebih yakin setiap kali lepas bersukan sebab produk ini memang dibuat khas untuk golongan yang aktif bersukan. Ianya dirumus khas dengan Dry Max System!

P/S : Please 'like' my entry at Project Alpha fanpage in Facebook. Choose fans+project alpha and find my name there. Thanks heap!


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

1 ulasan:

Lily berkata...

La ingatkan apa tadi...rupanya iklan