Khamis, 22 April 2010

My Dream Destination

Aku rasa mesti ramai orang yang ada Dream Destination masing-masing kan? Kalau aku, tempat yang aku paling teringin nak pergi ialah Gold Coast, Australia.

Kenapa aku nak pergi ke sana?

1) Theme Park
Sebut aje, semua theme park ada. Contoh:

a) Movie World - banyak memaparkan watak-watak filem Warner Brothers seperti Batman dan Looney Tunes. Ada juga kedai yang menyerupai kedai dalam filem Harry Potter disitu. I like!!
Movie World ni macam satu bandar yang penuh dengan watak-watak kartun dan filem,. Ada persembahan lagi setiap hari. Masa time persembahan tu, jalan semua ditutup.


b) Sea World
Ada banyak persembahan hidupan laut disitu, macam dolphin, singa laut, beruang yang boleh berenang pun ada. Penguin comel pun ada juga. Tempat solat, tak jadi masalah, ada disediakan juga.

c) Dream World
Ada banyak sangat permainan yang hebat-hebat disitu. Antaranya, "The Claw". Sovenir jangan cakaplah. Memang banyak. Aku paling suka shopping beg dia, cantik-cantik. Kawan aku yang study disana banyak bawa balik.


2) Shopping
a) Barangan kraf
Aku dengar di Australia ada banyak sangat kedai yang jual barangan kraf untuk harga yang murah! Aku memang target nak mencarinya di Gold Coast.


b) Pakaian
Memang terlalu banyak pilihan disini, kebanyakkannya dijual dengan harga yang cukup murah


3) Hidupan liar Australia
Aku nak cari kangaroo, beruang koala disana. Aku sangat jeles tengok gambar kawan-kawan yang berpeluk dengan beruang koala ok. Lepas tu semestinya akan ada persembahan haiwan. Diha mesti suka!

4) Makanan di Australia
Jangan tak tahu, di Australia ni ada banyak makanan halal. Australia ada badan halalnya sendiri. Jadi, takde masalah untuk orang Islam yang ke sana.

Kalau berminat nak melancong macam ni, aku boleh try dapatkan pakej yang bersesuaian di MAS Traveller. Tentu ada yang bersesuaian dengan 'budget' aku.


Project Alpha Season 2 - Episod 4

Project Alpha S2- Episod 5


Project Alpha S2- Episod 6

Project Alpha S2- Episod 7



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

11 ulasan:

[-suziey-] berkata...

waa dh buat n3 pasal project alpha..ni weak baru ke nia? skang ni bkn yg grooming tu ek?hehe

ajjah berkata...

i want bora-bora island :)

iEfa berkata...

bestnyer gold coast kan...tahlaa cam tkde tmpt laa yg betul2 idam laie..huhuhuh

Farah Y berkata...

Whoaa, teringin sangat nak ke situ jugak! Belum ada rezeki lagi. Harap-harap dapatlah Kak Nia ke dream destination satu hari nanti.

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

ramainya org nak pi australia ni..macam2 ader kan...

kalau dah buat n3 ni nak submit kat mana yer??
huhuhuhu..tak tau apa pun ni..

sirna berkata...

saya pun teringin nak ke sana..huhu, kena kumpul duit byk2 dulu

Liza berkata...

jelesnyer, ramai yg dah buat this entry, pasti kena buat this weekend

chugie berkata...

wah.. nia join project Alpha gak ek???

emm saya pun teringin nak ke sane.. tp entah bila.. huhuhu

aadzrah berkata...

Makanan halal (sudah siap masak) agak susah juga utk dicari. Tapi makanan mentah memang best, ada di mana-mana, and very fresh.

Kalau pergi Gold Coast, jgn lupa singgah ke Harbour Town. Memang berbaloi! Tapi bawa AUD byk2 eh? Baru best... hehe!!

Bella berkata...

belum lagi enter contest ni.. byknya contest tahun ni tak enter.. :( ilham dah lari.. yeay! caiyok nia!

unlisted_one berkata...

Suziey : yg grooming tu awal minggu baru ni, minggu ni ade2 Suziey.

Azzah: Bora-Bora..Langkawi udah le,,hehe

iEfa: Dalam negara pun ok jgk

Farah: Farah dah byk travel tempat..mesti best kan

Ayu: Bleh pi check kat Project Alpha punya website Ayu, dia kena submit kat situ, tweet dgn post dkt facebook fan page. Byk keje skit la..hehe

Sirna: Tu la, kena budget baik nih

Liza: Cpt buat tau kak

Chugie: Buat entry bleh la yang..hehe

Adzrah: AUD byk itu harus..haha

Bella: Ala,..skit2 je ni yang