Selasa, 6 April 2010

Kadang-kadang kena kurung anak juga.

Aha, pernah tengok pagar ni? Iyer, pagar yang cukup popular dirumah-rumah yang

1) Bertangga
2) Ada anak kecil

Kenapa pagar ni begitu penting? Tentu saja untuk mengelakkan anak kita ditimpa kemalangan. Walaupun ada orang mungkin akan kata, "ele, kitaorang jaga anak betul-betul tau, takkan la dia boleh jatuh tangga"..jangan underestimate anak kita ni.

Sesaat pun macam-macam boleh terjadi. Anak kita (terutamanya toddlers), belum tau erti bahaya dan gerak diaorang ni tersangat la pantas.


Ini paling bahaya juga, kalau kita dah ada gate dirumah, jangan sesekali cuai dan biarkan terbuka macam ni. Sia-sia aje pasang kalau tak tutup.


Ya, ini dia penyebab gate ni dibeli. Diha nampak kurang berpuas hati dengan gate ni sejak hari pertama kami pasang lagi.


Dia selalu cuba bukak gate ni, kadang-kadang siap kasi gegar lagi. Tapi, syukur la gate ni masuh kukuh lagi. Gegar Diha tak boleh lawan lagi gate ni..haha..


Tapi,....ini yang aku tak berapa nak gemar ni. Dia dah menunjukkan ciri-ciri nak memanjat gate ni. Isk,..kita kena pastikan kita sentiasa ada dekat dengan anak kita walaupun dah pasang gate, sebab kita tak tau bila dia akan berjaya mengembangkan bakat memanjat dia ni.


Kalau nak bukak gate ni, cuma kena adjust bahagian skru sahaja.



Owh, ni paling penting, pastikan penyambung gate di drill dan skru dengan baik. Ini untuk mengelakkan gate runtuh bila kena 'gegar' dengan Diha..hehe..

Tips memilih gate yang sesuai:

1) Pastikan saiz tangga di rumah kita; gate dijual dalam pelbagai saiz, tapi pada kebiasaannya, 'extension' gate tersebut turut dijual.
2) Pastikan material gate yang sesuai, kayu atau besi. Aku pilih besi, sebab lebih mudah dan praktikal.
3) Jangan utamakan 'brand' semasa memilih, tapi utamakan ciri keselamatan yang ada pada gate tersebut.

Untuk lebih panduan, boleh pergi ke sini.

9 ulasan:

Marina berkata...

kalau x de gate ni, agaknye ape Diha akan buat ye? hehehehe...mengira tangga setiap hari? hehehe...tp memg kena pasang gate ni,

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

ayu ader gak gate tu..tapi pasang kat pintu bilik...tak pasang kat tangga...alhamdulillah..2 2 anak ayu tak lak nak main2 kat tangga tu...tapi kena ajar gak lah mula2 supaya tak main kat tangga.

Anje a.k.a Mama_Aqish berkata...

betul tu NIa...safety first...anak2 zaman sekarang ni aktif2 belaka...memang tak leh dok diam punyer...ada je keje yang nak dibuatnyer

temp. housewife berkata...

sy dulu guna gate kayu. mmg bila ada pagar, diaorg pikir pula mcmmana nak bukak, panjat atau tolak je pagar tu.

[-suziey-] berkata...

asalkan anak selamat..xkisah la nk kata kurung ke ape ke..

melayuangkat berkata...

Salam Nia,

Langkah yang baik dan bijak....baik kita berjaga-jaga dan berhati-hati..

chugie berkata...

betul tu nia.. brand x penting, yg penting keselamatannye..

bagus kalau ada gate ni!

unlisted_one berkata...

Marina : Dia bukan kira tangga lagi dah, asyik turun naik byk kali. Huhu..

Ayu : Pasang kat bilik pun ok jgk tu, at least kita asingkan ruang untuk anak-anak kita.

Mama Aqish : diaorg ni tenaga dah 2 kali ganda kita dah,..penat betul..huhu

Nuradyani: Yg paling risau kalau diaorg dah start panjat tu la..huhu

Suziey : Betul tu, kita cuma nak make sure dia selamat aje kan.

Melayuangkat : Betul makcik, mencegah lebih baik dari mengubati.

Chugie : Kalau ikut brand, tak termampu kekadang tu..huhu

natalia amalina berkata...

Beli dkt mana .. blh bagi detail alamat kedai... urgent