Isnin, 12 April 2010

JELAJAH BLOG IBU - BEN ASHAARI

Aku rasa dah terlepas Edisi Jelajah 3 baru-baru ni. Jadi aku nak join edisi Jelajah Ibu ni pulak. Hehe..

Ben Ashaari ni adalah salah seorang blogger yang 'otai' jugak ni. Kalau nak dapatkan apa-apa info untuk increase traffic pun ada kat blognya. Aku sendiri pun tengah rajin nak jelajah blog Ben Ashaari ni. Tak habis lagi ni.. Aha, kalau korang pegi nanti jangan terkejut, sangat cepat blog ni load tau. Mungkin sebab dia buat satu entry per page kot dengan tak banyak widget mcm aku kot..hehe cepat dan mudah ni.

Aku suka blog dia sebab senang nak baca & kemas dan yang penting selalu update. Yay!

Aku tengok dah banyak blog yang dijelajah Ben Ashaari ni, aku pun teringin jugak nak meningkatkan traffic blog aku ni. Boleh ye En. Ben..hehe.

So, macam ni caranya nak join :


1 ) HEADER blog BEN ASHAARI
2) linkkan ke entri Jelajah Blog Ibu – Ben Ashaari

3) Cerita serba sedikit mengenai blog anda

Blog ini sepatutnya banyak tentang my girl, Diha. Apa progress dia, telatah dia yang terkini, apa-apa findings kami yang terbaru mengenai babies & toddlers, apa-apa tips perkembangan kanak-kanak dan aktiviti terkini kami (join family gathering etc).

Tapi, nampaknya memang aku tak boleh nak buat blog macam tu. Orang kata blog yang ada ‘niche’ rasanya (maaf kalau tersilap ya). Blog aku ni boleh dikatakan ‘rojak’. Tapi, still berkisar mengenai aku & Diha. Aku memang berusaha untuk jadikan setiap entry aku tu semenarik yang mungkin. Kebanyakan masa juga, aku cuba untuk pastikan entry aku tak menyinggung mana-mana pihak (kalau ada yang tersinggung juga, maaf ya)

Aku cuba jujur dalam setiap entry aku, sebab aku tahu, kalau aku berpura-pura, orang yan baca blog aku sure akan dapat detect punya. Tak elok lah kan.

Aku gunakan warna pink untuk template sebab ini warna favourite aku. Satu masa dulu aku malu nak mengaku ini warna kegemaran aku sebab takut kena kutuk. Tapi, sekarang ni, aku rasa tak payah la aku nak hipokrit kata warna kegemaran aku biru kalau hakikatnya hati aku berwarna merah jambu..haha..

4 ) dari mana anda tahu mengenai SEGMEN JELAJAH BLOG IBU ini ..

Dari Blog Ben Ashaari. Tapi, aku lambat buat entrynya..huhu..

Kalau ada other mommies yang nak join segmen ni. Boleh klik dekat link tu ya!

2 ulasan:

Azrul Hisham berkata...

salam ziarah dari blog ben...

berguling2 kat sini jap sambil baca entri dan tengok baby comel...weee \(^_^)/

unlisted_one berkata...

Thanks for visiting ya!