Jumaat, 23 April 2010

Jangan Tulis Blog Semasa Marah

Pernah dengar kes tentang seorang artis yang kena 'ban' sebab ugut nak bunuh wartawan dekat status 'Facebook' dia? Tak pernah? Boleh baca di sini (credit to Beautifulnara).

Menurut artis tersebut, dia dalam keadaan marah semasa dia menulis status tersebut. Jadi, sebab tu dia tulis berdasarkan anginnya ketika tu.

Sebenarnya bukan saja Facebook..Kita juga sebaiknya jangan update Twitter, Blog, Friendster, (ada lagi ke?), tulis e-mail dan lain-lain yang seangkatan dengannya semasa marah.


Macam aku sendiri, kalau aku marah dan membebel, mesti aku akan keluarkan perkataan yang tak diingini. Akhirnya, bila aku dah 'cool' mesti aku menyesal sendiri dengan apa yang aku cakap tu. Kaedah terbaiknya,..DIAM kalau tengah marah.

Aku pernah hantar email semasa aku tengah marah, dan hasilnya hidupku berseri-seri selepas itu (iyo sangatlah tu!). Sebenarnya, hasil email tersebut, aku bergaduh dengan lebih hebatnya dengan pihak penerima email tuh.

Kalau kita fikir, lepas dah cool down boleh delete, aha,...fikir 2 kali lah yang oii, sebab orang boleh capture image Facebook, blog atau apa sahaja. Jadi kalau dah delete pun, benda tu dah ada pada orang lain dan boleh digunakan untuk mengenakan kita balik.

Boleh print screen macam ni yek. Clear je ape yang kita pernah tulis tu.

Kenapa aku tulis entry berunsurkan nasihat macam ni?
Sebenarnya aku jugak sedang menasihatkan diri aku juga, sebab aku tengah marah yang amat beberapa minit yang lalu..haha..Takut juga kalau aku lepas geram dekat blog ni, syukurlah dah 'cool' semula.


Tapi, kalau ada yang lepas geram juga di blog, aku rasa aku faham, kekadang blog ni macam terapi kan?

Korang macam mana? Pernah lepas geram di blog? Kenapa yek?

21 ulasan:

ummumishkah berkata...

setuju dgb entri ni..

Miss Q berkata...

Jadi macam x bole tahan tau. Rasa geram giler. Lepas dah tulis entry pun, sebenarnya rasa puas x hilang. Mungkin sebab syaitan makin bisik terpekik terlolong suroh reveal more and MORE! Ada jugak yg nasihat, percayakan Tuhan will do HIS job (punishment apa bagai) dan kita akan relief. Tapi kita manusia ni x penyabar, kan? Tak sabar nak tengok mereka dapat balasan Tuhan sehingga kita sendiri punished mereka.

p/s: entry siot tuh dah di private kan dah. Sumpah malu giler dia. students dia of course ramai baca entry tuh. Mision accomplished!

unlisted_one berkata...

ummumishkah: untuk melindungi diri kita jgk kan.

Qast: Kalau u punya kes, i faham babe. Rasa terpaksa juga lps geram mcm u buat tu, kalau tak org belah sana tak faham2.

temp. housewife berkata...

pernah alami situasi yg mana akk tengah marah, sindir kat gambar2 org sbb diaorg tak jemput kita ke majlis tu. lps tu menyesal dan terpaksa minta maaf. mmg sejak tu berhati2 nak tulis apa2 je kat FB, blog atau mana jelah yg org2 lain boleh baca.

Ayu berkata...

penah jugak lps geram dlm blog..tp still ade tapisan utk certain2 words..hehehe!

psstt.. bby awak chumel sgt! ^__^

sebelas berkata...

betull saya sokong.sebab kekadang saya pun ader terbuat gitu gak bila tengah marah.dan hasilnya.cukup seksa tau :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

[-suziey-] berkata...

aah btl..agree..slalunya kalu tgh marah emosi je lebih..syaitan tgh menguasai

ardinihumaira berkata...

err... kenapa dengan project alpha?

ekceli dni tak paham la syarat dia cmana sebenarnya. embed sampai episod 7 baru post ke cmana tah. dari week 8a dni blur... huhu


p/s: calm down dulu baru berblog. itu yg terbaik :)

DNNA berkata...

Hahahahaha Nia ... memang syokkkk wooo dapat lepas geram dan amarah masa tulis entry ...

Lepas tu save as draft ...

Lepas tu bila dah cool balik, delete ...

kikikikiki ...

Nessa berkata...

I penah tulis panjang berjela taim aku tengah hot tapi tak publish la. Bila dibaca balik, aduh, memang bahsa sungguh tak elok....

tapi slalunya kalau i marah, i lepas geram kat twitter je.. hehe... takyah nak tulis panjang2... skadar 'menjerit' da cukup tuk lepas tensen :D

Wansteddy Tales berkata...

ha... aku la jenis penulis blog lepas geram camni. pehtu nyesal... pehtu delete entry tersebut. pehtu buat lagi huhu...
kesimpulannya bila menulis time geram & marah mmg xde pekdah. menyusahkan dri je.

DrSinga berkata...

meh dengar lagu ni...
:)
http://www.youtube.com/watch?v=nHLvkq7Z2Cw&feature=related

tunbegia berkata...

sungguh tensen diha kan, kannns

salamm,

melayuangkat berkata...

Salam Nia,

Ha ha Diha pun nak tumpang tension.

Kalau dalam Marah APA pun tak jadi..tunggu cool down dulu barulah bertindak apa-apa. Marah itu kan API, API itu syaitan. WaAllahuAlam.

ajjah berkata...

i dulu selalu suka hint something kat my fb status.. tp tak terus maksudkan orang tertentu tu.. but since my sis said my mood can be predicted thru my fb, terus stop.

n betul pun nia, klau marah baik diam je dulu.. kdg2, bila marah ni main cakap je even tak maksud pun benda tu..

ibu_Arifa berkata...

kena pk dulu baru nak tulis apa2 dan publish kan.. kalo tak malu serta menyesal tak sudah. setuju dgn pendapat Nia atas tu!

chugie berkata...

setuju ngan nia tu.. sy pun penah buat gak, bila dh cool baru nyesal..

tp geram punye pasal, bila dh luah baru ilang.. heheh

Farah Yusri berkata...

Garangnya Diha!! Comel, comel.

So far, Alhamdulillah tak pernah melepaskan geram secara online. Ehe. Tapi pernah lihat dengan mata kasar lah kawan karang satu entry dalam keadaan marah, tapi problem dia tak pernah selesai. Makin melarat ada lah.

Bella berkata...

Rasa2 setakat ni belum lagi tulis post berunsur marah.. Sedih tu ada la.. Yeah, when angry and then tulis pulak nama org yang dimarah tu terang2an, mmg la akan membawa padah pada diri kita sendiri.. Best go take a cold shower, kasi cool. Tak pun amik wudhu.. Tapi kalau marah sgt tak tahan, buat voodoo doll pastu cucuk2 la doll tu.. HAHA

Lily berkata...

tapi tapi...

writing is therapy for me

kalau sy marah/sedih/emo sy punya writing jadi lagi best daripada menulis dlm keadaan biasa

one thing tho, kalo saya nak tulis something yang akan membuatkan org lain marah kat saya, saya takkan post it in a public forum. That's what my private blog is for.

Liza berkata...

mmg sgt betul, telajak perahu boleh diundur, telajak kata susah dah nak gostan