Khamis, 15 April 2010

Isk,..susu siapa awak bagi ni?

Suami aku tanya tadi, masa aku buatkan susu ni..."Isk, susu siapa awak bagi ni?"
Aku tersenyap.."Susu siapa pulak?", tanya aku.
"Ye la, susu lembu ke ape ni, lain je rasanya", dia explain pulak kat aku.

Ooo..ni susu kambing la...
Ha,..sejak bila aku minum susu kambing? Sejak ada sorang kakak ni recommend. Dia recommend brand Hi-goat. Ok juga, takde bau kambing. hehe..


Ada ofis mate aku recommend Hiraq punya. Sebenarnya rasa dia sama aje dengan Hi-goat tu, tapi aku beli sebab kotak dia lagi lawa. Haha,..teruk betul aku nih.
Ada gambar 2 kambing yang comel. Ofis mate aku kata rasa tenang tengok gambar kambing tu..haha..soothing..


Ini rupa sachetnya. Mungkin ada yang akan tanya, kenapa tiba-tiba nak minum susu kambing? Sama aje la dengan susu lembu..

Ha, meminum susu kambing ni, adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ertinya kalau kita buat, insya Allah, akan mendapat pahala. dan susu kambing ada banyak kelebihannya. Diantaranya :
1) Mencantikkan kulit - penting nih!
2)Menguatkan sistem imunisasi paru-paru- utk kesihatan
3) Mengimbangkan kandungan gula dalam darah

Maklumat lanjut boleh 'google' susu kambing ya..

Source : nicabar

12 ulasan:

Lelord berkata...

best ke? tp cam x lalu lak :)

ElyaElmo berkata...

elya pernah tryy...kejap jee..try 2 minggu...sebb buhsann...rasa tawarr jee..ha3

unlisted_one berkata...

uii, best tau. mesti mau cuba..hehe

Huda berkata...

xske minum susu
hehehe

aizuddin.com berkata...

haha..susu kambing rupanya

momguess berkata...

akk suka minum susu
tapi kalo susu kambing ya ampunnnnn buk
mmg TAK lahh
tapi kalo daging kambing
den suko
heheheheh

chugie berkata...

emm bagus nye khasiat susu kambing ni ye.. tp, sy x minum susu putih cam ni.. rs menggelugai tekak.. but the info is such a good to sharing..

unlisted_one berkata...

Lelord : tak lalu? hmm,..kena minum chocolate la ni kot.

Elya: Tawar ke? Rasa susu tawar ya.

Huda: La,..tak suka? hehe

Aizuddin : Ya lor,..susu kambing je.hehe

kak guess: ala kak, sama mcm susu lembu jgk rasa dia

chugie: hehe,..tak suka jgk la ni yek

ibu_Arifa berkata...

pernah try sekali..okey sedap..

lawak lah baca dialog kambing tu.. hahaha

Farah Yusri berkata...

Teringat lak zaman sekolah dulu waktu muka meriah dengan jerawat. Rajin gak la beli pencuci muka susu kambing. Tak pernah cuba nak minum lagi.

Bella berkata...

I never tried susu kambing my whole life.. Entah nape, rasa mcm janggal la plak.. Dah terover kelembuan kot.. HAHA!

unlisted_one berkata...

Farah : Yes,..baunya sgt wangikan. Tapi, kulit akak tak tahan pulak.

Bella : isk,..kena try babe. Sunnah tuh..hehe