Isnin, 19 April 2010

Emergency Leave sebab kucing sakit?

Aku kesian dengan Lily, kucingnya Chuck jatuh dari tingkat 4 rumahnya. Sekarang Chuck ditahan di wad sebab spinal cordnya terjejas, dan menyebabkan dia tak mahu makan, tak boleh berdiri, tak mahu minum..alahai, kesian sungguh.


Bila dia bercerita pada kawan-kawan, ada yang bersimpati (tapi yang bersimpati adalah 'cat-lover' macam aku). Kalau yang bukan cat-lover, mesti rasa macam remehnya masalah kucing ni. Aku memang lemah sikit kalau bab-bab binatang ni, aku mesti rasa sedih sama. Actually bukan hal binatang aje, kalau perkara-perkara sedih menimpa sesiapa pun, aku sibuk sedih sekali (read:bz body)


(Picture of cat : Lily's blog)

Aku pernah hilang seekor kucing sebab dia sakit buah pinggang. Labqi namanya. Aku bela dia masa zaman aku study lagi dan dia 'pergi' masa aku pregnant 5 bulan. Masa aku pregnant, husband takde dengan aku (still kursus), jadi

Pregnant + Husband takde + Labqi Gone = Major breakdown

Labqi rupa dia ala-ala mcm ni la.
(Source: www.gather.com)

Sebab tu aku tak sanggup nak bela kucing lagi sampai sekarang, sedih beb~~

Korang semua rasa macam mana? Kalau ada kawan-kawan ambil cuti sebab nak hantar kucing mereka yang sakit atau kemalangan, apakah respon korang?

9 ulasan:

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

aku buleh terima sebab aku rasa bila ada pet ni, dia part of family member jugak.aku sedih tengok hubby aku sedih bila dikhabarkan kucing dia mati.siap leleh air mata sama.

Mama Hanim berkata...

itu tanda nya kucing tu dibela dgn penuh kasih sayang kan.. tahniah2.. byk pahalanya bt baik pada haiwan..

chugie berkata...

yep, mesti lah sedih nia.. dh lah kucing tu kita bela, kita mandikan.. kita bg makan bagai, n bila something happen, sure kita pun akan rs kehilangannya.. penah gak dulu, sy bela kucing warna putih, cantik sangat bulu die.. agaknye die lari dr umah kot, lame die kt umah sy.. last2 pergi jua..sebab accident kene langgar motor.. arwah mak yang nampak masa tu terus je mengalir air mata.. huhu..cedih wo!

Marina berkata...

memg susah hati la kalau kucing ni sakit,org ade 14ekor kucing nak kena jaga,kadang2 tu kalau dorang demam,bagi je panadol biase..hahahaha..dulu ade sekor dua je,mampu lg la nak anta g klinik..

kalau nak ikutkan hati,memg la nak amik cuti untuk hantar kucing tu g klinik or jaga die,kalau la die pandai g klinik sendiri,org bg duit je kat die..hahahaha..tp tu la, kadang2 org-org yg x faham ni, die akan ckp benda ni remeh,kalau nak mati,mati jugak.
sakit hati bila ade yg ckp mcm tu,mcm xde perasaan langsung!

so lepas ni kalau kucing sakit, amik je cuti,kalau ade org lain nak tolong anta,bagus jugak..tp itu kan kucing kite,ofcoz org lain akan ckp,kucing ko kan? g la anta sendiri..
betambah sakit ati je.

ajjah berkata...

i ada bela time kecik-kecik dulu.. tapi sebab my mom lama-lama jadi tak tahan kat bulu kucing & affected her lungs so kitorang di banned membela kucing..

Farah Yusri berkata...

Farah and family are cat lovers. Pernah sekali sampai bela 13 kucing dalam rumah! Sekarang tinggal 7 je, yang lain dah bawa haluan masing-masing. Hehe. Kalau dengar cerita-cerita macam ni, kita yang rasa susah hati. Ish sedih.

Kalau farah jadi lily, I would pretty much do the same thing. Definitely akan amik cuti. Minta-minta chuck cepat sembuh & appetite dia kembali seperti sediakala.

tunbegia berkata...

sungguh sian kanns,

salamm,

Lily berkata...

Marina: bagi kucing panadol adalah jalan pantas untuk bunuh dia sebab buah pinggang kucing takleh digest panadol

Anyway, esok Chuck boleh balik yay!

DrSinga berkata...

curious...apa simptom kucing sakit buah pinggang???