Khamis, 15 April 2010

Diha, kenal ke sape ni?

Terima kasih banyak pada semua kawan-kawan yang bagi tips untuk aku semalam. Memang semua tips tu sangat berguna bagi aku. Jadi, sangat susah untuk aku untuk pilih seorang pemenang. Jangan risau aku akan nilai dan minta pendapat juri profesional (eceh, macam nak bagi hadiah kereta aje,...hehe). Iye lah, nak juga buat keputusan yang adil kan.

Insya Allah akan diumumkan selewat-lewatnya malam ini. Maaf ya kerana men'delay'. Aku tak larat nak fikir malam ni, penat woo, 2 session bercakap depan orang ramai. Adoi! Mungkin sebab 1st time kot, penat lebey sikit.

Diha sejak kebelakangan ni suka betul tengok Playhouse Disney Channel dan favourite dia Mickey Mouse Clubhouse ni.


Masa 1st time aku pasang channel ni, mata dia terus melekap dekat TV, lama pulak tu (sangat ajaib kalau Diha nak tengok TV lama-lama ni). Aku rasa, Diha suka tengok sebab :

1) Warna kartun ni sangat terang dan menarik perhatian kanak-kanak.
2) Skrip yang dibaca oleh watak-watak kartun tu adalah perlahan dan mudah untuk dia mendengarnya.
3) Suara watak-watak dalam kartun ni.
4) Pergerakan watak-watak tersebut yang menarik perhatiannya.

Setiap kali di akhir rancangan, Mickey, Minnie, Donald, Daisy & Goofy akan buat 'Hotdog Dance'..uii, ini yang Diha tak tahan. Dia akan hayun-hayun punggung dia depan TV tu. Kononnya mengikut menari sama. Hehe.

Bila tengok TV, memang tak reti nak jauh sikit, mesti dekat-dekat macam tengok wayang kulit. Haha. Tapi ni wayang kulit takde tok dalang la nih.

Dulu si Diha ni mana minat tengok TV pun, dengan perkembangan baru dia ni, aku ingat nak carikan CD yang Islamik. Ajar mengaji ke, nasyid ke, selawat ke. Insya Allah dia akan cepat hafal kan? Budak-budak umur ni kan otak mereka macam span, senang menyerap.

Ada apa-apa CD yang boleh disuggest? dan kat mana boleh beli tu ya?

14 ulasan:

[-suziey-] berkata...

aah bdk2 baya diha ni mmg tgh berkembang mengikut ape yg ditonton..n dh pandai tgk2 bende2 yg menarik n colorful..beli cd mengaji alif ba ta tu pn ok..at least biar dia suka ke arah tu dr hiburan semata2:)

aadzrah berkata...

Sekarang QQ suka dengar lagu nasyid Raihan, album pertama: SYUKUR. Wahh, dia suka siap goyang2 kepala.

Tapi, paling tak tahan bila dia siap goyang2 kepala kepala, kaki, tangan bila dengar lagu... Don't Stop Believing, lagu GLEE! Hahaha, boleh tahan!

momguess berkata...

cuba cari kat mph

tunbegia berkata...

sungguh tak terlayann kartunns,

salamm,

chugie berkata...

budak2 memang suke bila tengok gambar2 yg berwana dan watak2 kartun ni kan.. buat dorg rasa lucu sangat..

unlisted_one berkata...

Suziey : Mesti pada diaorg sgt interesting kan. mak dia ni ha..terpaksa tgk sama..adoi

Are : QQ layan GLEE jgk ke? hehe..bleh masuk glee club nih.

Kak Guess: Ooo,..a'ah ye, MPH pun ade jual CD jgk

tunbegia: tak terlyn oleh mak dia ni haa

Chugie: bukan budak aje, mak dia ni pun ade tgk sesetgh kartun lagi

Lelord berkata...

Najlaa pun suke tgk katun. Ritu adik Lela ade bagi CD Iqra. Najlaa pn dh bleh ikut skit. Cuba tengok ni..

http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com/2010/04/sebelum-najlaa-beradu.html

temp. housewife berkata...

ada banyak juga Cd islamik skrg. kdg2 boleh cari kat kedai2 buku yg jual buku2 Islamik ataupun mungkin boleh tengok http://littleworldgallery.blogspot.com

Farah Yusri berkata...

Ehe, tak pasti kat mana nak beli. InshaAllah nanti turn saya ada anak sendiri, saya minta tips dari akak pulak eh? Hehe.

Dulu mak farah selalu sangat pasang sesame street untuk farah sementara dia mengemas rumah. Saja nak keep me occupied. Dan supaya farah tak kacau dia mengemas.

Lily berkata...

akak jgn bg diha tgk tv dekat sgt

kalo tak nnt by the time dia darjah satu dia dah kena pakai spek

mcm saya lol

kak ina kl berkata...

salam..memang bagus kanak-kanak dapat tenguk siaran dari walt disney ni sebab byk pengajaran..

tapi tak leh tgk tv sgt masa kecil..takut effek kat mata

~mama ila~ berkata...

Kt umah anak2 ila pulak suke ultraman,Ben 10..Dah dua2 hero camtu,heroin lum ade rezeki g :)

unlisted_one berkata...

Lelord : CD Iqra beli kat mana tu yang?

Nuradyani: Wah,..thanks dear!

Farah: Ha,..harap2 Farah cepat dpt baby, akak dah tak sabar nak kongsi tips ni..hehe.

Lily : Ko pakai spek darjah 1? pergh..

kak ina: betul jgk kan kak, dekat sana nanti, sian mata si kecik tu.

Ila : Takpe, insya Allah nanti dpt la heroin nanti..hehe

kakyong berkata...

kakyong download dr youtube video kumpulan Alif Iqra' .. burn to DVD..