Sabtu, 17 April 2010

Al-Fatihah Buat Achik Spin

Source : http://yynr.org

Terkejut aku bila dapat tahu Achik Spin meninggal dunia kemalangan. Mengikut Utusan Online, dia meninggal selepas MPV yang dinaikinya terbabas dan terbakar.

Dipetik dari Utusan Online

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan


Takziah buat keluarga Allahyarham.

Maklumat daripada: Utusan Online


2 ulasan:

Bella berkata...

Al-Fatihah

Wan Perlis berkata...

siapa yg sangka kan