Rabu, 7 April 2010

Aku berjaya menceroboh Menara The Star,..hehe


Aku dipanggil untuk ambil hadiah yang aku ceritakan dalam entry ini. Tapi, bila aku call balik masa hari kejadian, untuk confirm, receptionist tu tak tau ape2. Aku mula cuak. Eh, ada ke tak ni? Aku dah ambil half-day ni (dengan semangat yang berkobar-kobar).

Aku cuba telefon lagi, minta ditransferkan pada orang yang call aku hari tu. Tapi, orangnya takde pulak. Akhirnya aku nekad, nak pergi aje ke sana.


Pukul 2.45 petang, aku dah terpacak kat sini,..hehe. Penyampaian hadiahnya pukul 3.30 petang. Aku buat macam kena panggil interview pulak dah, datang awal ya, untuk isi borang dulu, huhu..

Bila sampai, receptionist minta aku register dekat security, tapi pakcik tu suruh aku tunggu dulu sebab diaorang tak diberitahu apa2. Sudah,...jangan-jangan tak jadi kot.

Aku pun jalan-jalan la buat lawatan sambil belajar dekat lobi dia. Wah, macam muzium pulak dah. Ada sejarah The Star lagi.


Ni penerbitan The Star.

Koleksi gambar-gambar menarik dari jurugambar The Star.

Unik betul lobi ofis diaorang ni. Kena usulkan dekat company aku ni. haha..
Tengah aku sibuk buat lawatan sambil belajar ni, pakcik security tadi panggil suruh aku naik tingkat 2. Pergh,..selamat, kalau tak, jadi penceroboh aku hari ni.

Aku duduk belakang aje, sebab semua orang dah pakat-pakat duduk kat tepi, malas nak menyelit nak masuk kat kerusi dalam. Kat depan tu ada persembahan tarian india. Menarik juga, pandai akak tu menari. Rasanya dia staff dekat The Star juga.

Kalau tak silap nama cik kak ni Ain, suara sedap jugak masa nyanyi ni. Sayang aku lupa tajuk lagi ni. Tapi, ending dia,...." ..,my valentine.."

Member yang tolong ambil gambar ni tak sempat nak ambil gambar aku masa ambil hadiah, ini pun kira ok lah.

Dalam contest ni, kami kena buat dialog untuk 'couple' ni, rupanya diaorang ni staff juga rasanya.

Saja je, sibuk nak ambil gambar dengan diaorang, kalau tak kerana diaorang, aku tak menang. Betul tak? hehe..

Ini hadiah aku sebelum dibukak. Berat juga, ingatkan ada jongking emas ke (mentang-mentang le salah satu penajanya HABIB, tak sedar-sedar diri tu menang saguhati aje,..hehe)

Wah, sukanya aku,...hadiah saguhati pun macam ni dah. Terima kasih pada CN Beauty Sdn Bhd dan NH Colla-Plus. Paling penting, terima kasih THE STAR!

Ada tips penting aku belajar, lain kali kalau ada contest macam ni, korang letak nama penaja sekali. Wah, mana tau rezeki korang. Aku tak letak nama penaja, ni pun nak rezeki la dapat saguhati ni. 1st time dapat hadiah contest cam ni.

15 ulasan:

mama tisya berkata...

tahniah2...menang saguhati pn adiah gk....menara THE STAR tu sebelah je opis kita..kita kt bangunan SIEMEN dkt eastin hotel tu..

Adlina Husaini berkata...

eh bestnya dia =D tahniah yer

DrSinga berkata...

selamat gunakan hadiah dan bertambah pejal!!
:)
(ada collagen kannn...)

ajjah berkata...

best jugak kan join2 contest ni.. :)

ila@cantekmama berkata...

bestnye Nia,Ila x penah menang2 lagik kalo join contest2 nie..Saguhati pon xpe arrr Nia,janji dpt hadiah..hehe

tunbegia berkata...

sungguh tahniahnya dapat hadiahh,

salamm,

wsxwhx692 berkata...

IS VERY GOOD..............................

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

wah jeleznya...tahniah!!!

[-suziey-] berkata...

hohohoo menyerang hendap menara the star..hehe..waa bestla mask kontest n dpt saguhati..kita xpnh lg masuk kontest paper ..malas..ekeek:D

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum dan Tahniah Mama Nia,

Its not the gift, its that feeeeling on the top of the world even for a moment!

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

bestnya dapat hadiah....saguhatipun dah best..yg menang hadiah utama tu agak2 menang apa lak yer...congrats...

chugie berkata...

wah.. syoknye dapat hadiah.. rajin nia join contest cam ni ek..

Liza berkata...

wah, bestnyer dapat present, congrats!

sue berkata...

sib baik tak dpt jongkong emas. kalo tak nak gak minta sket.

unlisted_one berkata...

Mama Tisya : Wah,..kalau kita tau, dah pergi terjah dah hari tu.

Adlina : Thanks dear!

DrSinga: A'ah, ada collagen, nanti kulit bertambah elastic,..hehe

Azzah : Best woo,.ada thrill.

Ila: Betul la Ila, saguhati pun syukur nih.hehe

TunBegia : Thanks!!:-)

wsx: Thank you

Ellis : Thank you dear!

Suziey : Tak masuk contest paper, tapi Suziey dah masuk paper, lg best tu..hihi..

Melayuangkat : Thanks makcik, betul tu, kdg2 bukna ttg hadiah sgt kan.

Ayu : Hadiah utama menang Habib Jewels, pakej hotel,etc. Hadiah semua meletup.

Chugie : 1st time join yg surat khabar punya, selalu mls, sbb rasa pyh nak menang.

Liza : Thank you dear!

Sue: Kalau dpt jongkong tu kita bleh kongsi2 Sue..hehe