Khamis, 1 April 2010

Ada orang nak bagi kita rumah ni!!

Kami pergi tengok rumah ni baru-baru ni, 'show house' sebenarnya. Memang dah lama kami nak rumah sendiri. Hiasan dalaman rumah ni simple aje, tapi nampak menarik. Kami suka hiasan yang moden macam ni. Kalau mak aku lain pulak, dia suka yang antik dan klasik. Bertentangan sungguh.

Sofa macam ni bagus kalau anak kita tertumpah air. Takde 'stain'.

Meja makan kayu, tapi aku mungkin akan beli jenis lain kot nanti.


Ni bilik tetamu dekat tingkat bawah, besar woo. Kalau ada 'maid' sayang aje rasa nak bagi bilik ni. Aku ingat kalau mertua datang, selesa sikit diaorg.


Ha, ni ruang keluarga. Aku suka betul lantai kayu macam ni. Nampak sangat unik laa..


Ni master bedroom, aku paling suka tempat santai dekat tingkap tu. Teringat Langkawi Lagoon Resort dengan konsep bilik yang sama.


Ni bilik kedua, biasa je. Sure bilik anak-anak ni.

Bilik ni kecik sikit, untuk anak lelaki kot (memandai2 jerk aku ni, hehe)

Semua bilik dekat rumah ni (4 bilik) ada toilet, tapi bilik tetamu tingkat bawah tu kongsi dengan dapur. Aku sebenarnya tak berapa berkenan dengan konsep toilet dekat dapur ni, macam ape jek. Tapi, dah designnya begitu, terima aje lah.

Habis aje tengok-tengok rumah ni, suami aku keluarkan dialog biasa dia,..

"Takde orang nak bagi ke rumah ni kat kita?",..ha'ah, kalau ada, senang hidup kita bang. Tak semput nak bayar bulan-bulan macam sekarang ni.

Kami dijangka dapat masuk ke rumah baru kami akhir tahun depan. Alahai,..lamanyer..

Macamana korang semua? Suka rumah jenis ape? Dan hiasan yang macamana?

18 ulasan:

ita cutevirus berkata...

cantiknyer umah tu... huhuhuhu.. sully furnished ek?? bestnyer...
kalo ita lebih suke umah bawah je... kalo bertingkat susah sket.. (sebab kemalasan di dalam diri ini utk panjat tangga)..
hiasan plak, cam ita tak suke byk perabot.. nanti serabot.. suke yg simple² je.. hikhikhhik

firahadifa berkata...

woh.. mmg tatek.. fully furnished ker? sekarang nie ramai suke concept modern contemporari.. yg nampak moden and ade kayu sikit2 ..

maRina berkata...

best la ade rumah sendiri..bila la agknye dapat beli rumah sendiri..

unlisted_one berkata...

Ita : Bukan fully furnished yang, ni show house aje. sama la kita, suka yg simple jerk kan.

Fira: i pun suka yg kayu2 tu, nampak unik kan. :)

marina : ko tak pyh beli la, buat je, lg puas hati..hehe

iEfa berkata...

bestnyer nk masuk umah baru sendiri...sok renovate habis habisan yeh :D

Amieynna Amin berkata...

cantekknya terutama bilik master itu..
kalau ada yg nak bg..
saya nak jugak...hehehe

md nasir berkata...

tgk rumah contoh mmg geram jerkan..dulu masa sy nak beli rumah pun sebab 'tergoda' tgk design yg dia buat..tapi bila dah duduk rasa nak beli rumah lain plak coz kaw plak tak berapa sesuai..jauh dari opis..ahaks..

Lily berkata...

apsal akak tangkap gambar umah saya

Liza berkata...

i love houses with simple decorations, ada yg over sgt and nampak sarat, yg tu mmg tak bekenan

sue berkata...

sue pon suka lantai kayu jugak!

chugie berkata...

wah..bestnye dapt umah camni.. nak gak lah! ade sesapa nk sedekah ke?? huhuhuh..

p/s: sy tetap sukekan yg simple n cantik + selesa..

unlisted_one berkata...

iEfa : Renovate tu memang nak, tapi yang penting duitnya kena ade, hehe.

Amieynna:Tu la pasal, naper la takde org murah hati nak bg rumah kan..hehe

md nasir : isk, kebetulan pulak, rumah yg kami beli ni memang jauh dari ofis, tapi sebab dah jatuh cinta sesangat kt rumah ni, kami beli jgk. kalau masa akn dtg ada rezeki lebih, boleh la beli rumah lagi.

Lily : Rumah ko ke? ooo,..hari tu ko takde kat rumah, akak ambik aje la gambar dulu..cit.

Liza : haa,..sama la kita. less is better kan. nak kemas pun senang.

Sue : Taste kita sama la, suka kayu2 sikit tu. Nampak best jek.

Chugie : Tu la, tengah cari org nak sedekah jgk ni..hihi..

Eyriqazz berkata...

tahniah..anda salah seorang pemenang contest terjah eyriqazz..dijemput ke blog saya untuk lebih lanjut..

unlisted_one berkata...

wah, eyriqazz! thank u, thank u..

Intan berkata...

Weee samalah, intan pon dok plan nak buat laminate flooring kat tingkat atas and mmg ada plan nak buat tpt santai kat tepi tingkap master bedroom tu coz everytime g hotel, suka sgt kalo dpt bilik yg ada tpt santai mcm nie :D

Me too like yg jenis moden look but nice...ekeke...cam ne tu ye :D

Waa tahniah nia on ur new property!

aadzrah berkata...

Aku suka rumah ala2 dalam katalog/ showroom IKEA tu.Sekarang ni tiada rumah sendiri lagi. Tapi boleh start dgn bilik tidur dulu. Kalau ramai yg puji, maksudnya menjadi. Kalau ramai yg komen apa bagai... just shove them away. Hehe!!

DrSinga berkata...

kalau ada orang bagi kat awak....cakap kat dia ...kita pun nak satu tau!!
:)

unlisted_one berkata...

Intan : I tak sabar nak tengok rumah u dear! sure meletops!

Adzrah : Adoi, aku lupa nak tengok bilik ko hari tu. But I am sure I will puji laa.

DrSinga: Ok, ok..nanti saya ckp kat org tu..hehe