Rabu, 31 Mac 2010

Wedding Day at Dewan Bankuet MBSA

Sabtu lepas adalah kenduri kahwin adik aku untuk belah keluarga kami. Diadakan di Dewan Bankuet MBSA, majlis daripada pukul 12 tghari - 4 petang.

Ini pelamin untuk pengantin, tema majlis kami adalah 'silver'. Aku bergurau kata nak buat ala-ala millenium, aku dah bayangkan nak pakaikan sesungut silver mcm alien dekat Diha, tapi diaorg tak terima idea mengarut aku tu..haha, syukur la..

Ini pengantin semasa sampai di dewan. Aku tak paham kenapa adik aku suka buat senyum macam tu, mak aku kata senyum palsu. haha..

Gambar ni aku ambik lepas menyelit-nyelit dikalangan photographer2 bertauliah dan tak bertauliah yang lain. Mesti diaorg hangin tiba-tiba aku datang mem'block'.

Ini 'star' aku, Diha.


Ini masa aku pujuk Diha supaya tak berdukung, dia tetap jugak nak berdukung, tu yang buat pandangan mintak belas ehsan tu.

Lepas ni kalau ada contest mummy & baby, aku nak guna gambar ni,..haha..

Ini gambar family kami bergambar di pelamin sebelum pengantin datang. Rasmikan dulu pelamin tu ya.

Ini Are & family. Masa wedding aku dulu dia kat Australia, jadi ni 1st wedding family kami yang dia join. huhu..

Kak Ros & Izzah. Aku tengok Kak Ros memang releks aje bawak diri sebelum aku terjumpa dia (silap aku tak tunggu kat pintu masuk,..isyk!)..hehe..Memang 'cool' lah Kak Ros ni. Thanks for coming kak!

Ni Cik Lily Putih, datang dengan 'hubby' dia, Mr.Big (tapi takde dalam gambar la, sebab aku mintak tolong ambikkan gambar kami ni,.hehe). Thank you for coming dear!!

Member sekolah aku, Fiza. Bila check hp, banyak kali cik kak ni call sebab tak jumpa cari Dewan Bankuet ni, nasib baik dia tak putus asa dan blah aje..hehe. Syukur laa..

Ni adik dengan kakak ni, Marina dengan Lily. Aku tahan tak bagi balik, datang awal dah, tapi balik antara yang terlambat.hehe..
Owh, tak lupa juga thanks kepada Azzah, kerana mengirimkan wedding present untuk adik aku walaupun tak dapat hadir sebab ada kelas.

Sebenarnya aku nak menjemput lebih ramai lagi kenalan-kenalan aku, termasuk dikalangan 'bloggers', tapi sebab ini bukan kenduri kahwin aku, segan la pulak. Hehe..kalau majlis aku sendiri nanti (bukan kenduri kahwin arr), ada rezeki dapat la aku jemput ramai lagi. Insya Allah.

Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi hadir walaupun ini cuma kenduri adik aku aje. Besar maknanya tu pada aku..I'm touched...
Kepada yang tak dapat hadir, takpe lah, mesti ada urusan lain masa tu. Aku faham babe!

Some pictures are credited to : Nazirah Moheddin's Photography

13 ulasan:

~sall berkata...

Pehhhh....silver tu...cantik3

ajjah berkata...

harap next kenduri tak clash dengan class lagi... thanks for favor :) :)

My Written Thoughts.. berkata...

hehe.. gambar aku n ko ada kat sini.. hehe.. tp madiha tidur la plak masa aku dtg.. huhu.. ko kena citer byk2 pasal aku kat dia nanti.. spy dia tau aku slh sorang bff mak dia.. haha.. :D

p/s: aku suka warna tema nih.. simple n sweet!

Anje a.k.a Mama_Aqish berkata...

wah tanteknyer pelamin...sejuk mata memandang gitu...tak ajak kiter pun...he....he...diha tak jadik flower girl ker

sumijelly berkata...

Tahniah! anda baru mendapat AWARD dr Sumi...hahahaha

Wah.x ajak pun sumi... jeles..jeles....hehehe.. chantik baju nia tu..

oh ya..key chain dh trima..lupa nak habaq la...

ambik AWARd yek kat Blog sumi..jgn lupa!

Sumijelly.com

unlisted_one berkata...

Sall :Thanks dear!

Azzah : Yeah, satu lagi kenduri nanti.

Fiza : Ala,..nanti ko dtg la jumpa dia pulak wei. dtg le umah main2 dgn dia..hehe

Mama Aqish : Alamak, jgn marah ye Mama Aqish, insya Allah next time kita jemput. Segan nak jemput sebenarnya. Diha takde lesen jado flower girl lagi,..hehe..

Sumi : Alamak, Sumi, sori lah, mmg terpikir nak jemput Sumi & lain2, tapi masa dan keadaan tak mengizinkan.

Liza berkata...

the pelamin is soooo nice!!! love it!!!

Lily berkata...

Sapa budak tembam baju biru dlm last pic tu

unlisted_one berkata...

Liza : Walaupun bukan i yg buat pelamin tu, thanks dear!

Lily : Budak tembam? Banyak la ko, itu kan ko tuh!

maRina berkata...

makanan die sedap! exspecially kueh sampan tu,kak lily makan banyak..(marina pn)hehehe..

Little Mama™ berkata...

nia, i pun ada menyibuk ambik gambar pengantin ..ha..ha.. *err.. entry pasal ni belum terbuat lagi ahaks*

unlisted_one berkata...

thanks for coming ya kak!!

aadzrah berkata...

Nia, tq atas jemputan. Makanan memang sedap2. QQ makan kuih tepung pelita tu sampai 2! tak pernah2 dia selera mcm tu, segan aku!
Hehe, nice wedding.
Selamat Pengantin Baru utk Nuar - "bekas" Penghulu BBSB. Yo!!