Jumaat, 12 Mac 2010

Seni Memukul Anak


Bolehkah kita memukul anak?

Memukul yang dimaksudkan bukan pukul yang belasah beria-ria tu. Tapi (sebagai contoh), memukul dengan menepuk tangan atau kakinya disertakan dengan penjelasan kenapa dia tak sepatutnya berbuat begitu.

Kalau melihat kaedah memukul ini dalam konteks mendidik anak, aku sangat yakin lebih ramai yang kurang bersetuju dan mesti ramai yang merasakan kaedah psikologi adalah lebih baik. Tapi, harus diingat, itu anak kita, dan kita ada naluri kita sendiri untuk mendidiknya. Maksud naluri disini, kita lebih kenal anak kita. Kita tahu apa kaedah terbaik untuk membolehkan dia faham ajaran kita.

Apa yang paling penting, kita memukul bukan disebabkan perasaan MARAH, tetapi dengan niat mahu MENDIDIK kerana Allah s.w.t. Kalau kita memukul sebab kita marah, maka terjadilah kecederaan-kecederaan yang tak diingini tu, termasuklah kes dera.

Kalau dilihat daripada beberapa pendapat mengenai memukul anak ni :

1) Daripada wikipedia (jika ada salah silap untuk ini, jangan teragak-agak untuk tegur)

Berkaitan mereka yang memukul anak mereka suatu fatwa Mufti Kafaayatullah memberikan kita yang berikutnya:

‘Kecuali muka dan bahagian-bahagian sensitif badan, ia dibenarkan untuk memukul seorang anak untuk tujuan disiplin asalkan had itu tidak dilanggar, iaitu memukul anak dengan cara yang luka diberikan, atau tulang dipatah, atau lebam yang bermuncul atau suatu internal disorder results (to the heart or brains, etc.). Kalau had dilanggar seperti dijelaskan tersebut dalam mana-mana cara, walaupun dengan satu pukulan, orang seperti itu dianggap berdosa’[20]

2) Daripada whatoexpect

Is a warning smack okay? Some experts (and parents) believe that a smack on the hand or the bottom may be warranted in a dangerous situation to get an important message quickly across to a child too young to understand words — for example, when a tot wanders into the street or continues to approach a hot stove following a stern warning. That's okay, as long as your intention is not to inflict pain but to quickly call a child's attention to the seriousness of the situation. Such a slap should be followed by an explanation: "If you run into the street, a car could hurt you." Once a child shows that she understands what you say, however, physical force is no longer justifiable.


Jadi macam mana? Setuju atau tidak? Kalau aku ada tersilap dimana-mana, tegur ya. Aku pun masih banyak kena belajar lagi dalam mendidik anak. Apa yang pasti, jangan sampai anak kita tercedera atau mendatangkan kesan pada mentalnya.

6 ulasan:

chugie berkata...

pukul mendidik tak pe.. jangan pukul mendera! buruk padahnye..

temp. housewife berkata...

sayangkan anak tgn2kan. tapi yelah pukul nak bg pengajaran je. tapi FYI, kat NZ ni baru2 ni baru je Green Party diaorg buat cadangan "Anti Smacking" bill. Ramai parents yg lain tak setuju pun sbb dlm bill tu ada ke patut, kalau ibubapa pukul anak utk mengajar anak pun, anak boleh report kat polis.

zh-ena berkata...

sayang anak jgn sampai anak jd naik muaa
nnti kita nak tegur makin ssh plak

ena pun naik jugak tangan pd umairah
tapi bukannya kuat pun
kita tepuk kat punggung yg ada pampers tu [tak sakit pun]
wat deeekkk jea bila ena marah kat si kecik tu

bg ena pukul kena ada tapi tgk apa kesalahan yg ank kita buat tu

ita cutevirus berkata...

nia,

ita pon stuju.. klao stakat pukul² manja apa salahnyer.. kite nak mengajar anak² supaya menjadi lebih baik.. dan jugak ajar anak supaya lebih berdisiplin...
tp, sejak kebelakangan ni, byk sgt kite denga kes dera @ pukul anak sampai mati...
hhhrrrmmm... entahlah...

Liza berkata...

i do smack my kids when it's necessary and after that i will sit down with them again and explain why i do what i did....I love my kids and I know I will not do anything to hurt them

unlisted_one berkata...

Chugie, Yani, Ena, Ita & Liza ,

obviously kita tak mcm barat, tak nak pukul anak langsung, tapi kita tak la kejam sampai mendera kan.