Isnin, 22 Mac 2010

Pernah dapat e-mail mengatakan KFC Haram Dimakan?


Source : kfcholdings.com.my

Source : vector-logos.com

Sesungguhnya e-mail itu PALSU semata-mata. E-mail yang paling popular adalah yang diforward oleh seorang lecturer Politeknik (tak perlulah aku sebutkan namanya sebab dia sudah cukup aib dengan kesilapannya). Tajuk e-mailnya cukup sensasi,

"Mesti baca, dari ex-student saya".

Ex-student lecturer ini berkerja di Ayamas (supplier KFC), dan dia sedang dalam keadaan tertekan dengan beban kerjanya ketika itu. Jadi dia melepaskan geram dengan menulis yang bukan-bukan didalam e-mailnya kepada lecturernya. Si lecturer tanpa usul-periksa terus 'forward' email tersebut pada kenalan-kenalannya. Hasilnya, 'chain email frenzy!'.

Antara kandungan emailnya ketika itu :

Ayam ayamas disembelih oleh orang bukan Islam. (itu aje yang aku ingat, sebab itu yang kontroversinya). Memandai jek cik adik tu.

Aku berani kata tuduhan dia palsu sebab aku berkerja 2 tahun di Ayamas sebagai QA, dan antara area yang pernah dibawah tanggungjawab aku adalah area sembelih ni. Aku kenal pun orang yang menulis email fitnah tu. Semasa email ditulis, aku dah bertukar kerja ke tempat lain. Tapi, secara jujurnya darah aku menyirap bila aku baca email tulisannya tu. Kenapa? Sebab emailnya membawa maksud aku dulu dan pekerja-pekerja Ayamas yang lain ketika itu bersekongkol menutup perkara haram.

Aku masih waras lagi, ramai kaum keluarga aku makan produk Ayamas, kalau terjadi perkara-perkara halal haram ni, takkan aku nak diam? Aku terus hantar email pada penulis email ni, aku sound cukup-cukup. Dia pun mengaku dia dalam keadaan tertekan semasa menulis email tu, banyak kerja kot. Tapi, dia sama sekali tak sangka lecturernya akan bertindak meng'forward' email tersebut.

Aku kesian juga pada dia, iye lah, mangsa keadaan. Hajat dihati nak hantar pada lecturer aje, alih-alih ramai yang dapat. Tapi, kenapa la pegi hantar email macam tu 'on the 1st place'..alahai..

Moral disini ialah :

1) Kalau dapat email tentang Halal & Haram ni, tolonglah periksa betul-betul dulu sebelum forward dengan semangat yang berkobar-kobar tu. Jangan terlibat dalam penyebaran fitnah.

2) Kalau tak puas hati dengan tempat kerja korang sekarang, tolonglah jangan pegi email bagi pada sesiapa. Takut boleh digunakan untuk perkara salah.

3) Jangan sesekali mereka-reka perkara yang tak wujud tentang tempat kerja korang dan beritahu pada orang luar. Sesetengah orang akan terus percaya cerita korang tu.

Kalau ada sesiapa nak salinan penjelasan dari KFC dan surat permohonan maaf dari penulis email tu dan lecturer terbabit, boleh email aku di unlisted_one90@yahoo.com.my atau pun tinggal address email dekat comment.


7 ulasan:

Miss Q berkata...

bahaya jugak ekkk

5577 berkata...

betul kan, jgn main fwd je kena siasat dulu..

Lily berkata...

ah, the memories

DrSinga berkata...

emmm...
kira fitnah lah jugak kan...

Liza berkata...

i got that email sometime back, trus forward to a fren who works for KFC...nie kira macam nak sabotaj business org ler nie

snsyafiqa berkata...

snsyafiqa.as145@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

seperti kata lily... "ah.. the memories"... teringat dolu2...printout emel lecturer dan budak tu, semata2 kalau customer ade tanya kat outlet pasal emel ni... kecoh terima panggilan telefon segala bagai... ~kak Audit Team~