Selasa, 23 Mac 2010

Masalah mengasuh anak?Contact Nanny 911!

Tengah aku sibuk melayan Diha depan TV malam tadi, tiba-tiba ada pulak rancangan ni. Aku memang tak pernah tengok pun, kalau hari bekerja, payah sikit nak tengok TV. Rancangan ni konsep realiti TV, tau2 ajelah, sure melibatkan emosi..haha.

Konsepnya, sekumpulan pengasuh a.k.a nanny akan cuba membantu mana-mana keluarga yang ada masalah mendidik anak. Nanny akan dipilih mengikut kesesuaian dan diberi masa seminggu untuk mengubah keluarga tu. Setiap episod pun akan melibatkan anak2 yang hyper dan mencabar.

Source : abcfamily

Episod yang aku tengok semalam, anaknya 4 dan cukup hyper. Mak dan ayahnya pulak tak dapat bekerjasama dalam mendidik anak. So, nanny tu turut menyelesaikan masalah rumahtangga juga lah. Moral (mesti ada nih).yang aku dapat:

1) Anak perlu dididik dengan ketegasan, tapi bukan dengan ugutan atau kekasaran.
2) Ibu bapa perlu bekerjasama dalam kerja rumah dan mendidik anak-anak.
3) Pastikan anak faham akibat bagi setiap perbuatan mereka.
4) Ibu bapa perlu konsisten dalam mendidik anak. Tak boleh sorang tegas sesangat, sorang lagi lembut sesangat. Nanti anak tak dapat tangkap apa mesej yang mak dan ayah cuba sampaikan ni.
5) Last-last family tu dapat hadiah dari penerbit rancangan..haha.

Kalau kat Malaysia ada, bagus jugak. Aku nak ambik untuk time balik kerja sampai Maghrib aje, sebab masa tu la aku selalu huru-hara sikit.

Ape, mak nak panggil nanny? hehe,..dia boleh handle ke Diha ni?

6 ulasan:

temp. housewife berkata...

aah mesti best kalau ada Nanny 911 ni kat Msia. ada satu lg program "Supernanny". Program tu sorang je British Nanny tapi dia pergi tolong keluarga kat Amerika.

Hanz berkata...

Me suker tengok crita ni! Banyak tips parenting kita leh dapat.Monday night memang kitaorang tengok tv sebab lepas crita Nanny ni, layan NCIS pastu Criminal Minds. Hari lain tak tengok tv pun....

CikLilyPutih berkata...

Nia,
senyum diha tu cam ade makna je?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Liza berkata...

betul kalau ada this service best gak...

Intan berkata...

Alamak awat den tak tau pasal rancangan nie...nak kena tgk nie :)

Channel brp ye Nia :D