Rabu, 17 Mac 2010

Buaya Kayuh Sampan Masa Kenduri Kahwin Johor- isyk, ngeri betul!

Sekurang-kurangnya aku rasa macam tu.

Kami ke Johor hujung minggu baru ni untuk pernikahan adik lelaki aku. Bakal isterinya (sekarang dipanggil isteri..huhu), orang Semerah, Batu Pahat, Johor. Dalam perjalanan ke rumah isterinya ini, ada replika buaya mengayuh sampan. Hisyk, horror aje aku tengok.


Ini masa selepas selesai upacara pernikahan. Di Johor Modul Sakinah digunakan (orang2 Johor mesti tau ni). Apa itu modul Sakinah? Aku cuba google, dan antara findings aku ialah
Modul Keluarga Sakinah dan Sakinah bt. Ibrahim. Jadi aku rasa yang paling tepat ialah modul keluarga Sakinah tu lah ye.

Boleh try baca disini. Tapi secara dasarnya, apa yang aku nampak (dan dengar), ada lafaz dari pihak wali dan pihak pengantin lelaki sebagai penerimaan tanggungjawab. Lafaz pengantin lelaki macam ni.
"Dengan ini saya ....................... suami yang sah kepada .......................bersyukur kepada Allah s.w.t di atas anugerah nikmat iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini.

Oleh itu mulai saat ini, saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya ................ dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut:

1. Memberi nafkah zahir dan batin.
2. Pemeliharaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama kedua ibubapa dan kedua ibubapa mertua saya. Sekian terima kasih."


Tapi yang paling best ada lafaz dari pengantin lelaki dan perempuan. Yang aku ingat (yer, aku paling ingat part ni) adik aku cakap " Kanda mengharapkan sokongan Dinda untuk----(lepas tu aku dah lupa)..adik aku suka sangat gelakkan orang dalam apa juga keadaan sekali pun. Maka, bila dia dah terpaksa membaca skrip sedemikian rupa (dengan kanda-dinda tu), kitaorang pakat-pakat perli la lepas tu. "Jiwang rupanya ko yer,.." Dia tersengih-sengih aje lepas tu. Mood baik kan, kutuk la apa aje.


Ni hantaran pihak kami. Simple aje, sesuai tuh, kami kan pihak lelaki..hehe..
Hantaran pihak perempuan memang grand, dengan batu-batu lagi, dengan bakul yang ala-ala crown lagi.
Selesai upacara nikah, kami ke tempat penginapan. Terpaksa bermalam le, esok ada bersanding pulak. Kawan ayah yang 'book' tempat kami ni. Sekali sampai aje, macam ni la keadaan tempat tu.
Macam tak terjaga pun.

Pergh,..maintenance fail! Dia sebenarnya macam apartment, sewa satu malam RM125 (ceh, mcm rate hotel aje)

Last-last, aku dan adik aku tidur dekat apartment kuarters bomba (kami ambik jgk ni). RM50 aje tau. Yang lain ada yang tido kat villa horror tu jugak (tapi rumah kat dalam tu bersih aje sebenarnya, tapi sebab takde sape sanggup stay kat apartment bomba tgkt 4 ni, kami pegi aje la)
Rasa macam kat rumah pulak

Dapur best woo, ada 3 cerek. hehe..masak la air banyak mana kita nak..

Ni gambar masa nak pergi untuk upacara bersanding. Flower girl baling gula-gula. Aku anggap makcik tu ambik gula-gula tu untuk cucu dia lah ye.

Ni adik aku dengan pengapit dia. Tengah tengok silat. Ni la salah satu impian adik aku agaknya, jadi star for the day.

Ni budak-budak silat. Dasyat wei, macam persembahan kebudayaan. Owh, bapa mertua adik aku tu guru silat. Tu la pasal.

Ni tol terakhir adik aku sebelum ke pelamin. Demand mak andam ni, satu sampul tak cukup, nak dua. Potong upah ngandam kan..hehe ( aku suka je dengki).

Aku tak tau la perasan adik aku masa ni, yang pastinya dalam hati dia mesti melompat-lompat gembira. Susah payah dia nak tackle isteri dia ni..haha.

Ni la flower girls yang comel-comel.Siap bagi flying kiss lagi.

Adik aku ada bagi amaran keras sebelum dia bernikah, dia tak nak sesiapa pun menangis. Kami tak nangis, tapi modul Sakinah tu memang meruntun perasaan, buat keluarga pengantin perempuan menangis.

Ada sekali tu, lepas dia dah bernikah, aku ter'flash back' pertama kali aku tengok adik aku, 25 tahun dulu. Aku nampak dia dalam pangkuan mak aku yang baru balik dari hospital, aku terus terjerit-jerit panggil 'adik' sambil melompat-lompat (aku anak sulung, dia my 1st adik sebab tu hyper). Aku teringat juga masa kecik2 dulu, aku jahat, suka buli dia. (sekarang pun dia kata aku masih jahat)..owh,..aku stop la sekarang, karang aku banjir pulak..sobs..sobs..

Takpe la, dia bukan pegi mana pun, dia tetap adik aku...Selamat Pengantin Baru, Bro!

15 ulasan:

Intan berkata...

I loike hantaran dr pihak lelaki...sweeet sungguh!

Buaya...nooooo :D

ieyza berkata...

gi bp ker??
naper tak habaq...
kalau tak leh jumpa...
leh gak suggest homestay kat sini...
rege pun ok jer n tmpt mmg besttt
so...next time inform yerrr
ohh yer...selamat menjadi sebahagian dari org BP...
org Johor mmg kalau nak akad nikah kena baca skrip tu sumer...sedih lorrrrr
mak ayah tentu nangis coz biler pengantin pompuan ckp minta halal mkn minum n pasni tanggungjawab dah bertukar ke suami plak...
iza pun dulu kena gak baca..tersekat2 sebab sebak...hehehe

unlisted_one berkata...

Intan: hantarannya sweet ke Intan? Ala,..thanks yer. Igt nampak simple sgt.

Ieyza : Naper blog Ieyza tak dpt nak masuk, dia kata profile not available..huhu..

@BELLA@ berkata...

oh tidak! buaya darat! larrriiiiikkkk!!! lol

wah, ada skrip bagai.. saya tak pernah tau walaupun lahir kat johor tp sbb dah tinggal lama kat selangor ni, tak pernah lak g nikah kawan2 yg wat camtu.. takpe, insya'allah ada rezeki time saya nnt, saya pun nak wat la gini..

selalunya bila ahli keluarga terdekat kita melangkah ke alam baru, kita terasa kegembiraan dan kesedihannya.. mesti best flashback tu kan? but at least u know he's happier now.. :)

p/s: first time leaving comment here.. :)

unlisted_one berkata...

Bella, thanks for dropping by. Bila u ckp 'i know he's happier now' tu,..rasa nak nangis la...huwaa!

My Written Thoughts.. berkata...

hehe..org semerah ke Nuar dapat.. dekat ngan kg mak aku la Nia.. hehe.. replika buaya tuh mmg mmg jd penyambut haha.. mak aku cakap dulu ada sejarahnya.. :p

Mama_Aqish berkata...

wah cantik la hantaran tu....mardhiah tak jadi flower girl ker???

h4ni3 berkata...

hehe.. nasib baik me org johor yang telah berhijrah ke selangor. kawin pun kat selangor, dgn org selangor, so tak merasa la nak baca ayat2 jiwang camtu. hehehhe

zh-ena berkata...

ena lg suka hantaran dr pihak lelaki
catik sgt

temp. housewife berkata...

ada skrip ye. tak pernah tau pun. BTW congrats sbb dpt adik ipar.

Nessa berkata...

Haluu Nia :)

Chomel apa boya tu... tersengih je... hehehe. tapi apa citer di sebalik replika boya ni??

Selamat pengantin baru buat adik you & wife. Semoga berbahagia selalu.

Saya suka hantaran pihak lelaki.. simple but terserlah kecantikkannya. Sometimes less is more :)

Farah Yusri berkata...

Sweetla!! Semoga berbahagia to newlyweds! Masa farah dengan mso akad last year pun mak abah from both sides sedih extra sikit sebab both of us anak sulung.

Farah lagi sedih bila makcik bisik kat farah, 'kalau dah kahwin ni, hubungan farah dengan mak dah putus. Tapi hubungan suami dengan mak dia tak akan putus'. Huhu, sebak la pulak.

Huwaaa, homesick! :P

P/s: Suka sangat hantaran pihak lelaki!!

.::WaNiE::. berkata...

eiii makcik tu kutip gula2 pulakkk:P hhah over tauuuuu

hantaran pihak laki sangattt cantik :)

mas2ra berkata...

mase aku lak kawen nnt msti ko ter flash back
mse ko ngn abg sangkut sluar aku kt kipas.
huahahaha~

unlisted_one berkata...

Fiza : Dengarnya sebab dekat situ dulu lubuk buaya..

Mama Aqish : Diha takleh jadi flower girl la yang, dia jalan pegi tempat lain nanti..haha

Hanie : Aisey,..kan dah rugi tu Hanie, tak leh berjiwang2,..haha

Ena : Thanks dear!! mcm taman lak dah.

Yani : Thanks dear!

Neesa : Yeah, less is more, esp kalau tak de idea sgt nak buat ni..huhu

Farah : Hubungan dgn mak putus dari segi dia nak tanggung kita aje kan yang, kita still anak dia, tu takkan berubah..sobs..

Wanie : Tu la, nasib baik tak perasan makcik tu masuk kat bag dia tak..hehe

Mas : Oit,..ape ni pecah rahsia.