Rabu, 10 Mac 2010

Aku jumpa selebriti dekat kenduri kahwin

Aku ke Perak hujung minggu lepas, ada kenduri kahwin. Tak banyak gambar yang aku ambil, sebab tak bawak kamera. Tapi aku tetap ambil gambar pelamin, sebab rasa pelaminnya unik. Pakai sofa lagi. Sayangnya masa bergambar, sofa tu digantikan dengan kerusi biasa pulak. Dengarnya, mak pengantin lelaki rasa anaknya tak sesuai nak bergambar duduk atas sofa tu (ni kenduri belah pengantin perempuan). Aku no komen ye..haha..

Konsep pelamin ni merah,putih, hitam. OK lah tu,..cantik nih.


Masa tengah makan tu, ternampak pulak dekat khemah VIP. Rasa macam kenal aje..siapa ye? Tapi ni gambar dari belakang aje.

Ooo..tau dah. Aku ambil gambar ni bukan sebab aku sokong atau ape. Dengarnya malam sebelum tu, MB Perak Datuk Zambry ada datang. Kalau aku ada malam tu, sure aku ambil gambar juga. Sayang betul diaorang tak datang pada masa yang sama, kalau tak, boleh suruh bergambar sama..haha..

Aku memang tak minat nak ambil tau pasal politik dah. Sebab kalau kita nyatakan pendirian kita, boleh bergaduh pulak. Aku dah pernah kena dah. So, aku zip mulut dan cuma beritahu pilihan aku masa pangkah kat kertas undi aje. Habis cerita.

8 ulasan:

chugie berkata...

ooo.. ni lah artis yang nia jumpe tu ye. ihik! saya juga tak mau dah campur urusan politik bahkan nak bc berita tentang politik pun dah malas! baik tengok blog, lg best kn?

hydir berkata...

ooo .. ex-MB Perak
Ir tu .. :)

h4ni3 berkata...

awat x amik gambar sama2?
:)

unlisted_one berkata...

Chugie : Betul babe, baik layan blog,..tak pyh berdebat2

Hydir : Yup,..IR lagi

Hanie : Uii,..tak bleh bergambar tu,..nanti org salah faham..hehe

Liza berkata...

samalah kita, politik nie tak minat lah

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Nia,

Memang cantik pelamin tu.

Kadang-kadang frust juga bila terlupa bawa kamera.

Harap Nia dan Diha semua sihat belaka. Amin!

ieyza berkata...

x ambik tau sangat pasal politik nie...tapi yg penting, tiap 5 tahun pasti jalankan tanggungjawab kepada negara...hehehe
jom join giveaway nieee...
macehhh

http://ieyza83.blogspot.com/2010/03/renims-giveaway.html

mas2ra berkata...

sape yg ssh payah amek gmbo tuh ek?
tulis ar kt bwh gmbo tuh
credit to my sister.
haha!