Sabtu, 27 Februari 2010

Terjah Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka

Aku memang tak pernah lagi buat blog review untuk mana-mana blog, sebab tak berapa sure aku pandai buat review atau tak. Tapi bila eyriqazz buat contest untuk review blognya sendiri, wah,..time-time tu jugak aku jadi pandai..hehe.


Ini banner Edisi Terjah Eyriqazz, gambar tu rasanya masa pergi Mister Potato Fiesta hari tu.

Aku mula-mula menziarah blog Eyriqazz bila dia start komen di mombloggersplanet. Masa tu dalam hati terdetik, eh, ada juga daddy yang minat nak visit blog untuk mommies ni? mungkin nak tengok2 aje kot. Tapi, lepas beberapa lama, aku tengok bro ni rajin bagi komen dah terpilih pulak jadi MBP Contributor. Wah,..ertinya Eyriqazz memang betul-betul komited dengan MBP. Bukan main singgah-singgah aje tau.

Masa first time aku masuk blog Eyriqazz (masa tu headernya tak macam sekarang ni, simple aje), aku dapat tahu, blog tu baru lagi, tapi aku kagum sebab ramai yang dah komen. Ha,..ada apa dengan eyriqazz?

Gaya penulisan Eyriqazz memang bersahaja, itu yang paling penting sebenarnya, sebab kita kena tulis dengan cara penulisan yang kita selesa, baru pembaca rasa dekat dengan kita. Dia banyak berkongsi info-info untuk bloggers baru (atau bloggers lama, tapi tak reti-reti macam aku..haha). Aku kagum sebab gaya penulisannya sangat 'down to earth', aku qoute sikit

Aku bukannya bloggers hebat, honestly hit aku hanyalah sekitar 300-700 sahaja sehari, namun walaupun aku tidak berblogwalking ataupun bercuti, aku masih mampu untuk mendapatkan hits sekitar 150-500 sehari . Dari mana datang nya hits ini? - dari entry tips-menambahkan-visitors-ke-blog-anda, 17th Feb, 2010.

300-700 visitors sehari tu pada aku sangat hebat!

Eyriqazz juga ada berkongsi cerita-cerita berkaitan dengan keluarganya, bukan tentang blog sahaja. Dari blognya juga aku cam isterinya masa di Friso Gold Family Day Out. Tapi segan la pulak nak tegur.

Rasanya, yang berbaju hijau tu isteri Eyriqazz, kalau salah, maaf ya. Yg kat depan t-shirt putih tu, my cutie pie, Diha


Perlu juga cerita-cerita sebegini, buat selingan selain daripada info-info dan tips untuk ber'blog'. Paling tak tahan kalau Eyriqazz buat entry pasal makan..haha,..untuk aku cerita pasal makan, laju aje nak baca.

Entry Eyriqazz yang paling aku suka
Aku suka entry ni, sebab ada unsur-unsur motivasi buat aku. Eyriqazz ada berikan beberapa tips untuk tingkatkan peluang kita mendapat hasil dari Nuffnang didalam entry ni. Terdetik dalam hati aku bila baca entry ni, uissh,.kena kerja kuat ni. Kena serius update blog ni..

Entry kedua yang aku suka



Aku ni memang 'blur', buffered earning pun aku tak tau. Tapi, bila baca entry ni, baru aku faham apa itu buffered earning dan aku akan gigih berusaha untuk dapat buffered earning jugak,..'chaiyok'..'chaiyok'. Dari sini jugak aku terbuka mata (dan hati) untuk update survey. Penting weh, jangan tak update tu, kalau tak susah nak dapat market.

Cadangan :

1)Apa yang aku rasa boleh 'improve' dekat blog Eyriqazz ni ialah layout dan header. Bukan yang sekarang ni tak lawa,..eh bukan. Sebenarnya pemilihan warna putih untuk background entry tu dah tepat dah, senang orang nak baca. Tapi, mungkin boleh buat template yang lebih menggambarkan personaliti bloggers tu sendiri. Header dan template sekarang sangat simple. (Tapi, mungkin juga Eyriqazz suka kan yang simple kan, ni pendapat peribadi saya sahaja.)

2)Satu lagi mungkin Eyriqazz boleh letakkan logo untuk kategori entry yang berbeza. Kalau tips untuk berblog, boleh letak logo komputer ke. Jadi pembaca dapat bezakan, ini entry tentang apa.

3) Eyriqazz boleh buka pada semua pembaca, application untuk blog mereka diterjah. Mesti ramai yang berminat nanti ni.

4) Buat badge untuk blog ni, untuk pembaca setia letakkan pada blog masing-masing. Boleh tingkatkan trafik juga tu.

5) Buat contest bulanan, macam kena ambil gambar mengikut tema yang diberikan ke? Atau mungkin, hadiah untuk referrer tertinggi setiap bulan. Cabutan bertuah dikalangan followers ke?

6) Entry pula, mungkin boleh try entry yang melibatkan hal ehwal semasa (macam sekarang kes buang anak, hukuman sebat ke, politik tak payah le kot), dari situ pembaca pun boleh berkongsi pandangan. Dari situ juga kita akan dapat tau pendapat orang lain dari perspektif mereka sendiri.

Itu aje komen saya untuk Terjah Eyriqazz ni. Kalau ada salah silap, maaf ya Eyriqazz.

Aku nak tag :

1) Kak Ros - Little Mama Diary

7 ulasan:

Eyriqazz berkata...

thanks for joining my contest..i really like it..sorry,tak sempat nak komen byk..baru balik dari paintball...

unlisted_one berkata...

oh, takpe, u kata suka entry ni pun kembang semangkuk dah..hehe

temp. housewife berkata...

dah buat pun ye. at least salah sorang yg I tag buat. good luck Nia.

h4ni3 berkata...

alamak.. kalau kena tag ni, kena buat jugak ker? hehehe.. saje tau nia ni.. dah la otak beku skrg ;)

Little Mama berkata...

nia, siapa kak ros yang kena tag tu? aha..ha

*maybe u can consider open comment box ni to all including anon manon.. that way senang sikit orang macam i yang malas nak login google nak komen ;)

Matjoe berkata...

perghhhh. menang siuttt. power aaa

sumijelly berkata...

yer..Tahniah Nia..
leh la banjer Eskrim kat sumi..muahahaha

Sumijelly.com