Khamis, 25 Februari 2010

Semua Toddler Sama Ke? Cuba Check Tengok.

Aku pelik bila kebelakangan ni Madihah mengubah 'pattern' tidur, dan takut perkara macam ni berkekalan. Tapi, aku teringat beberapa bulan lepas masa dia nak tumbuh gigi pun, dia ada perangai-perangai baru jugak. Masa tu sebab gusinya tak selesa, tapi masa mula-mula tu aku tak faham juga.
Sama juga kalau anak kita nak mula pandai berjalan dan lain-lain perkembangan baru. Dia akan dapat satu perangai lain, ala-ala bengkeng la sikit. Terjerit-jerit ke, asyik mengamuk ke, bergantung pada baby tu. Apa yang penting, masa dia dalam proses nak mengembangkan lagi bakat-bakat baru dia, kita jangan ubah apa-apa yang dia dah biasa. Macam pengasuh ke, makanan dia ke. Sebab dia tengah 'concentrate' untuk 'master' bakat baru dia ni, bila kita ubah apa-apa, dia akan rasa kurang selesa. Iye lah, macam kita yang dewasa ni, kata lah kita beli rumah baru, dalam masa yang sama takkan kita nak beli kereta baru, naya nak membayarnya weh!

Macam Madihah, bila dia nak 'master' bakat berlari dia, dia sangat marah kalau duduk dalam rumah, sebab takde ruang nak berlari. Tapi, kalau dilepaskan ke laman, uii, macam tak cukup tanah nak pijak. Lepas tu tak nak masuk rumah langsung, menjerit-jerit bila dipanggil masuk.
Ha , ini yang tak berapo nak gomar nih. Pegang sana, pegang sini, masuk kena cuci tangan ni.

Muka puas hati la ni, sebab dapat main kat luar berlari-lari.

Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke whattoexpect.com.

5 ulasan:

Em's Family berkata...

at least biar je laa dia active kan, kite pun senang hati.. dari bior dia duduk diam kan kan

Liza berkata...

every child is unique, so jgn risau sgt, it's part of her growing up

zh-ena berkata...

mmg semua bdk takkan sama
setiap bdk akan berbeza2 cara pembesarannya

jgn risau

unlisted_one berkata...

Em's : Ye kan, bila dia sakit, monyok je, kita pun susah hati.

Liza & Ena : Risau tu kurang, penat tu yg lebih,..hehe.

sue berkata...

cantiknya batu pijak2 kat laman nia.. berkenan plak