Rabu, 24 Februari 2010

Anda Mungkin Pemilik Kereta Tanpa Signal Pertama Di Dunia

Sekiranya anda seorang yang cukup susah untuk memberi signal di jalanraya…

TAHNIAH!

Ini bermakna anda seorang pengguna kenderaan yang bertuah kerana memiliki kereta tanpa signal yang pertama di dunia!! Kepada mereka yang tak begitu bertuah macam aku ni, anda boleh cuba mengesan pemilik2 kenderaan yang bertuah ini apabila :

1) Ketika mahu menukar lorong, mereka akan terus menghimpit kita dengan harapan kita akan memberi laluan untuk mereka menyelit.

2) Kalau nak masuk simpang tu, terus masuk aje, jadi kita yang tengah menunggu untuk keluar dari simpang yang sama ni terpinga-pinga la sebab ingatkan diaorang nak terus (sepatutnya kalau diaorang signal awal-awal nak masuk simpang, kita boleh la keluar.

3) Kalau nak berhenti di tepi jalan, mereka akan meng'slow' kereta dan terus berhenti. Yer, berhenti disitu jugak, siapa yang terlanggar, nasib la ye.

4) Sama macam kes 3 di atas, tapi bezanya tak berhenti di tengah jalan, dia akan slow kereta dan terus pergi ke tepi jalan..sedangkan masa dia slow tanpa signal tu dah cukup berbahaya untuk kereta dibelakang.

5) Kalau nak masuk ke jalan balik selepas berhenti tu, mengesot aje perlahan-lahan tanpa signal, nanti kereta lain nampak kereta dia tengah mengesot, kereta lain mesti bagi masuk punya.

6) Kalau di roundabout, bila rasa nak potong Q tu, menyelit aje kat depan kereta orang lain, lepas tu bila orang tu tak bagi menyelit, uii, hon kuat-kuat dengan bagi 'flash'..marah la tu kononnya.

Sebenarnya memang sangat bahaya kalau kereta tak bagi signal semasa perlu. Memang tak pernah wujud pun kereta tanpa signal ok. Jadi, gunakanlah signal yang ada pada kita tu dengan sebaiknya. Anda mampu mengubahnya.(eceh, kempen keselamatan jalanraya).



Source : paultan.org

Yang dibulatkan warna merah tu adalah signal..hehe. Rasanya semua kereta ada kan.

10 ulasan:

Hanz berkata...

post msg ni kat FB nia & minta kengkawan pun forward..kasi kesedaran sikit. :>

Wansteddy Tales berkata...

ha... betul tu. my hb slalu hadiahkn ponpon je dgn org malas bg signal ni. xreti2 adab memandu main taram je huhu

Farah berkata...

hahahaha..saya cukup sakit ati kalau kena yang no 2..kite ni dok la melangut tunggu die kunun nak bagi jalan..alih2 die masuk simpang..rase nak tendang je!

Sumijelly berkata...

Unlisted_one...
dikau mendapat nombor bertuah di Mamtisya blog...meh..meh..sumi dh tempek link nyer...

http://mamatisya.blogspot.com/2010/02/7-pemenang-bertuah.html

dari sumijelly
yg prihatin..hehehe

temp. housewife berkata...

idea yg bagus utk sound org2 yg tak reti2 nak bg signal. hehe

unlisted_one berkata...

Hanz : Elok jugak letak kt FB kan, tapi networked blog ni problem pulak.

Wan : Diaorg ni elok bagi hon kapal aje, baru gempak.

Farah : Tu la, lepas tu kereta2 lps dia semua nak terus, makin melangut la kita tunggu kat situ.

Sumi : Wah, sungguh cekap cik Sumi kita. Thanks dear!

Temp.housewife : Ala2 tegur berlapik la ni..hehe

Farah Yusri berkata...

LOL. Sokong sangat entry Kak Nia ni!!

zh-ena berkata...

mmg geram sebenarnya org yg tak bagi signal nie
sungguh la bahaya tau

Syigim berkata...

best posting ni!!! mmg plg nyampah gile gile org yg tak kasi signal. no 2 tu plg nyampah skali! benchhhiii betui. xtau la org2 yg xsignal ni ape yg diorang pikir ye bila on d road...

Liza berkata...

i did one entry on this sometime back, mmg bengkek to see this kind of drivers...