Selasa, 23 Februari 2010

Ada ke Hantu Baik?

Hantu baik atau kaum kerabat yang dah meninggal tapi muncul balik dalam bentuk hantu.

Hehe,..mesti ramai akan rasa, haa, ni dah bunyi macam Mastika la pulak dah. Tapi tak, aku bukan nak buat cerita Mastika kat sini. Tapi, itu sedikit sinopsis novel yang aku baru baca ni. Sophie Kinsella sebelum ni popular dengan siri Shopaholic (dah ada filem pun, "Confession of a Shopaholic"). Aku minat baca novel-novel Shopaholic pun dari member aku Are.


Novel Sophie Kinsella yang baru ni mengisahkan (eceh, mcm review buku aje bunyinya..).. anyway, mengisahkan tentang Lara Lington yang didatangi hantu nenek saudaranya Sadie Lancaster yang baru meninggal pada usia 105 tahun. Tapi Sadie muncul dalam bentuk gadis 23 tahun. Lara kena tolong Sadie cari kalungnya supaya Sadie boleh 'rest in peace'. Sebenarnya kalung ni dicuri oleh pakcik Lara yang kaya raya sebab kalung tu boleh merosakkan bisnesnya. Bisnes ape tu?

Pakcik Lara, Bill Lington ada francise kopi yang terkenal dan dia 'claim' dia memulakan perniagaannya itu masa dia tengah 'broke' dan cuma ada 2 keping syiling aje. Jadi dia menggunakan kisah hidupnya ni untuk tulis buku, buat ceramah motivasi, etc. Sebenarnya dia dpt modal dengan menjual lukisan Sadie (yang sangat mahal) dan bukan dengan 2 keping syiling aje. Dalam lukisan tu, Sadie pakai kalung yang dicuri oleh Bill ni, so Bill tak nak orang tau perempuan dalam lukisan tu mak sedaranya, kalau kalung tu still ada pada simpanan Sadie..(ape aku tulis ni, aku pun pening..)


Lagi satu, Sadie jatuh cinta dengan seorang lelaki, Ed yang akhirnya suka pada Lara. So, ada konflik cinta tiga segi jugak.

Adakah Lara berjaya mendapatkan semula rantai Sadie? Adakah Sadie akan memaafkan Lara kerana merampas Ed darinya? (eceh, sekarang betul-betul macam review buku). Apa-apa pun, baca buku jugak baru puas, kalau harapkan 'review' aku ni,.hehe, memang takkan faham le.



Yang pastinya, suami aku sampai perli bila tengok aku khusyuk sangat baca buku ni,.."best sangat ke?"..ala, pada dia mana la nak best, ni kan chic-lit novel. haha..


13 ulasan:

zh-ena berkata...

tak berkesempatan nak membaca skang nie..novel yg ena beli dulu pun tak abis2 baca smp la nie

h4ni3 berkata...

dah abes baca sok, pinjam eh
hehe

nadnye berkata...

macam best jea.....

Farah Yusri berkata...

Farah selaaaalu nampak kawan-kawan baca Sophie Kinsella punya novel. Tuan badan je yang tak pernah mencuba. Looks like a good read eh, Kak Nia :) Wajib cuba ni.

Miss Q berkata...

aih.. ini da macam ghost whisperer nihh

unlisted_one berkata...

Ena : Memang pun, novel ni pun i ambik masa lama sgt nak habis..hehe

unlisted_one berkata...

Hanie : Kalau nak pinjam, nanti jumpa kat mane2 nanti i bleh pass yek

unlisted_one berkata...

Nad : Memang best woo,..addicted terus

unlisted_one berkata...

Farah : Try la baca Farah, ok la untuk hiburan kan..

unlisted_one berkata...

Qastalani : A'ah, mcm ghost whisperer, tapi bezanya dia bleh tgk satu hantu aje.

Sumijelly berkata...

wah...sungguh rajin dikau membaca buku citer ENGLISH..
kalu sumi yg membaca..sepatah haram x paham...muahahah...
tp kalu nak gak baca..kene baca ulang2 samapi paham..sambil tu bukak2 kamus...hehehehe

http://sumijelly.com

unlisted_one berkata...

Sumi : Ala, sama la kita pun..baca bukak2 kamus juga..hiee

Hanz berkata...

dah lama x baca chick-lit ni...