Sabtu, 9 Januari 2010

Letak balik! Letak balik!

Madihah paling suka berdiri dekat meja, sebab banyak sangat barang yang boleh diexplore..kunci, cawan,..apa saja yang boleh dicapai. Biasanya aku akan cepat2 ambik dia dan letakkan dia dekat dengan barang-barang mainan dia yang lain.
Barang-barang mainan tu semuanya ever-willing nak main dengan Madihah. Rasanya takde pun barang-barang mainan tu yang aku beli. Ada yang adik aku punya dulu (dah cuci ok..hehe), ada free-gift, ada yang opah dia bagi, tapi memang takde satu pun beli, sebab maknya ni tak pandai nak membeli barang2 mainan sangat.

Tapi, biasanya Madihah buat tak heran aje, dan pegi tinggalkan kawan2 dia ni begitu saja.


Dia dah jumpa yang lagi menarik...spek mata ayah!! Hie..letak balik la Madihah! Selalunya, barang2 di tangan Madihah akan end-up kena baling atau Madihah ketuk2 pada lantai atau meja. Handphone aku pun pernah jadi mangsa lontaran Madihah yang terkenal ni.


Lepas spek mata tu diambil, Madihah akan mulakan semula operasi mencarinya semula..beware everyone, keep your belongings safe with you..haha..!


Antara tips pemilihan barang permainan untuk 'new toddler' (baby yang baru masuk setahun) adalah :
1) Mainan bergerak : Kereta mainan yang baby boleh duduk dan sorong, selalunya dalam bentuk kuda, kereta atau kereta kebal. Masa aku sekolah rendah dulu, kreatif sgt la kononnya, vacuum cleaner tu aku guna untuk main dengan adik (masa tu dia setahun), mengamuk mak aku,..huhu..Selain tu, trolley mainan pun boleh digunakan.
2) Hasil seni : Berikan Krayon, tapi pastikan ada kertas mahjong yang besar untuk 'toddler' anda. Kecuali kita tak kisah lantai dan dinding jadi sebahagian dari galeri hasil seni si kecik tu nanti.
3) Alatan muzik mainan : Drum, gitar, gendang..kompang pun bleh. Jangan pedulikan bunyi bising yang dia akan buat, anggap ini sebahagian dari pembelajaran untuknya.
4) Aktiviti mengisi dan mengosongkan bekas : Selalunya aku akan isikan kotak mainannya dengan bola2 plastiknya. Dia akan kosongkan bekas tu, dan masukkan bola2 tu semula.
5) Mengasing bentuk : Ingat lagi masa kita atau adik2 kita kecik ada satu permainan dengan bentuk2 yang perlu kita masukkan ke dalam bekas, tapi mesti mengikut lubang yang bersesuaian dengan bentuk yang dipegang.
6) Manipulasi: Boleh dilakukan dengan keyboard mainan atau handphone mainan yang mengeluarkan bunyi bila ditekan butangnya. Jangan sesekali beri handphone atau kamera digital anda, buruk akibatnya! ( mangsa yang terpaksa servis handphone lepas kena baling).
7) Barang seumpama sebenar : Barang-barang plastik yang menyerupai barang2 makanan sebenar (cth: ayam, telur, daging) atau barang permainan masak2.
8) Main air : Kebanyakkan 'toddler' sangat suka bermain air, penuhkan air didalam tab mandi atau besen dan temankan baby tu main. Bawa sekali barang permainannya seperti itik kuning, bola dan sebagainya.
9) Membaca: Gunakan buku yang bersesuaian dan baca untuk baby. Biasanya 'toddler' suka buku yang bergambar dan berwarna-warni.
Rujukan : Sini

12 ulasan:

melayuangkat berkata...

Salam buat semua,

MEMANG, usia macam ni lah yang paling nak 'explore' dan 'capai' everything within the means. So, parents..take care!!

unlisted_one berkata...

Makcik, kena take care of the baby and our stuff too..huhu

Mr N Mrs |mran berkata...

cop! i rasa macam nampak u la dekat friso gold nuffnang..u yg tegur i tu eh? u pakai tag nama munira..betul keR?

Zuhaini berkata...

hehe.. macam-macam nak dicapainya! :)

unlisted_one berkata...

Mr N Mrs Imran : oh,..ya, i tegur u masa kat bilik gym yg utk toddler tu rasanya..wah,..u bleh igt i pakai tag nama munira ye. ;)

Zuhaini : tu la psl, pantang ada yg pelik2 sikit, cepat je tgn dia tu.

Sumijelly berkata...

nama pun kanak2..barang sendiri x moh main..br dewasa yg sibuk nak main..hehehe

sok bila dh besar...sibuk nak main barang kanak2
lak...hahaha

http://sumijelly.com

unlisted_one berkata...

Sumi: yg dewasa nak main brg kanak2 tu mcm mak dia ni..huhu..

5577 berkata...

comel je madihah ni.. hehe.. tulah. nadhrah pun camtu, beli lah mainan dia byk mana pun, kacau gak brg kite..

i ni mmg suke belikan mainan.. teddy bear je penuh katil (dgn koleksi mama dia dulu2 lg..)
envy je bile gi umah Munirah Triplets-plus-one, best gile mainan die.. kalau mampu,mmg dh beli camtu dh.. hahaha.. mak dia yg over kans?

My Written Thoughts.. berkata...

Nia, ko x igt ker yg ko dulu pun mcm Madihah gak? Suka mencapai.. hehe

Nessa berkata...

Hai Nia! Selamat Tahun baru 2010 :)

Takpe... maybe bila da besar nanti jadi juara lontar peluru ke, lembing, cakera ke.. mana tau kan :)

Liza berkata...

Masa umur cam ni ler smua bende nak dicapai...slalu suspen je...

unlisted_one berkata...

Farah : Hehe,..samer la dgn i pun, mainan anak dah bercampur dgn mainan anak sekali

Fiza : uik,..aku capai ape akak oii..

Neesa : Thanks dear, happy new year to u too!

Liza : Tu la, selain mencapai, sgt aggresif pulak tu..huhu..