Isnin, 4 Januari 2010

Kaedah memberi ubat (untuk Madihah)

Last month, Madihah asyik sakit aje. Demam, selsema & batuk. Kalau sihat pun, untuk 2-3 hari aje. Kesian tengok dia, mungkin akibat kurang minum susu ibu..huhu..Sepanjang sakit tu, cabaran terbesar aku adalah memberi ubat pada Madihah. Maklum aje, ubat ni bukannya sedap mcm air oren.




Bukan sikit-sikit ubatnya, kami pun dah boleh bukak klinik dah ni.



Ubat Madihah kami simpan didalam bekas plastik ni dan diletak didalam peti sejuk. Yg dalam kotak oren tu, probiotic.




Syringe akan dibilas dulu dengan air panas.


Selepas itu, ubat akan disedut di dalam syringe. Satu ubat = satu syringe. Bagi mempercepatkan proses memberi makan ubat.


Madihah akan diletakkan dalam posisi seperti dalam gambar. Tempoh masa memberi makan ubat ini bergantung kepada mood dia. Kalau si kecik ni asyik meraung, lambat la sikit sebab takut dia akan tersedak kalau terus bagi ubat. Kebiasaannya, lepas selesai makan ubat, dia akan diam secara automatik (sebenarnya dia tak suka dipegang, tapi kalau tak dipegang, lagi susah).


Syringe yang telah digunakan akan dicuci bersih dan disimpan didalam bekas.


Tapi, sekarang rasanya aku dah dapat kaedah baru, bagi dia makan ubat pakai sudu. Dia dah kenal syringe tu untuk ubat, jadi kena tipu sikit sekarang..hehe.

9 ulasan:

Intan berkata...

Byknya ubat madihah!

Kesian sgt kan bila tgk anak2 kita sakit...hopefully lepas nie, di jauhkan lah segala penyakit dr diha...amin!

Miss Q berkata...

banyaknye syringe! I punya cara pulak:

- sukat ubat dalam syringe (biasanya 3 ml kan), campurkan dalam satu bekas lain. Kalau u ada 4 ubat x 3ml = 12 ml. Campurkan sekali harung (teori: dalam perut pun turut akan bercampur. heh heh)

- cari syringe yang besar (biasa bole amik sampai 15 ml rasanya) dan sedut semua ubat dlm 1 syringe besar

- seterusnya aktiviti kejam bermula. Anak lelaki 9 bulan nih memang da kuat kederatnye menolak. Kepala pun da pusing-pusing, pandai katup mulut, pandai ludah keluar balik ubat.. betis kita kena tahan kedua tangan dia, tangan kiri tutup hidung, tangan kanan kita picit ubat.

- Memang seksa nak bg budak makan ubat!

Bagus lahh cara you bagi ubat dengan sudu.. asalkan anak kita cepat baik kan!

Sabar ye madihah.. Rajin-rajin makan ubat, cepat le sihat!

AlohaMolly berkata...

Hi Unlisted_one,

Thanks for dropping by my site :) and thx for the tips!

Cheers!
Alohamolly
http://secondtimeparenthood.blogspot.com/

h4ni3 berkata...

banyaknye ubat diha kena makan. huhu~
cian dia..

My Written Thoughts.. berkata...

Nia, biasakan anak ko makan madu (aku syor ko cari amazing keluaran DCL! Ada 6 makanan amalan nabi dlm tuh) x pun tok guru nyer pun ada.. .. campur dlm susu madihah pun ok utk d amalkan.. mmg kesian bila nak bg budak kecik minum ubat.. aku ingat lg masa adik aku kecik2 dulu.. camtula lagaknya.. smoga madihah cepat sembuh..

my little cute madihah, cepat2 sembuh k.. mmuahhs!

unlisted_one berkata...

Intan : Terima kasih ya sebab doakan Diha. Memang sedih bila anak kita sakitkan, nak buat kerja pun tak senang.

Qastalani : haa..good idea, campurkan semua sekali harung pun senang jugak tu, sekejap aje semua dah settlekan.

Molly : Thanks for visiting me too. Do come back again ya!

Hanie : tu la, sian dia terseksa mkn ubt byk2..huhu..

Fiza : mkn madu yek? bleh jgk try kan..thanks ya.

sue berkata...

my ilham makin susah nak makan ubat skerang. tak macam dulu. luas jek buka mulut. ngeri jek kalo sue nak guna syringe. takut terkena gusi dier bler meronta2 tak nak. ari tu nyaris terkena mata. so skrg kalo nk bg mkn ubat guna measuring cup kecik yg mmg untuk ubt.

Liza berkata...

hope madihah is feeling better, hugs and kisses from aunty!

unlisted_one berkata...

Sue : Ilham nak pakai measuring cup tu ya? OK jgk tu.

Liza : Madihah said " Thank you aunty Liza,..!" ummuahh!