Khamis, 17 Disember 2009

Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah

Contest ini dianjurkan oleh Ibu Hadif sempena anniversarynya.


Nama anak : Madihah Muhamad Zamzuri
Umur : 1 tahun



Pertama kali melihat anak, secara jujurnya aku hanya berharap anakku akan sihat semula kerana dia terpaksa dimasukkan ke ICU akibat kontaminasi pada paru-paru. Aku masih ingat, walaupun baru bersalin dan dinasihatkan berehat, aku setia menanti anakku di nursery dan berdiri di sebelah tempatnya. Sakit juga perut aku sebab berdiri lama, tapi aku tetap menunggu sambil mengusap2 anakku sebab aku percaya, anak akan cepat pulih kalau kita sentiasa menyentuh dan membelainya.

Aku amat bersyukur bila doktor mengesahkan dia boleh keluar dari hospital seminggu kemudian. Bila aku memandangnya ketika itu (yang boleh dianggap kali pertama kami), harapanku adalah supaya anakku akan menjadi seorang yang jauh lebih baik dari aku. Aku berharap, dia dapat menguasai ilmu agama lebih dariku sewaktu sebaya umurnya, menjadi orang yang lebih berkeyakinan dan tegas berbanding ibunya ini yang selalu dibuli orang dan mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi dari ibunya.

Kepada mommies yang berminat nak join contest ni, boleh ke Blog Ibu Hadif


1 ulasan:

MRS. K berkata...

salam kenal....

dah terjah!! all done

gudluck!!