Khamis, 26 November 2009

Yahoo! YOUREKA! Malaysia! Finale Party!

Hehe,..aku pun boleh pegi party2 ni jgk. Tapi, bukan macam parti2 biasa tu, dia lebih kepada game, art & craft stall. Tghari tu sebelum pegi, aku sms boyfriend (BF) aku ( suami la,..haha).

Aku : ******(panggilan utk suami, tak boleh tulis nanti org geli), nak pergi tak parti tu?

Suami : Uish,..mesti la nak, ****** memang suka parti2 sosial nih..

Aku : Ceh..(dia perli aku rupanya).

Berbekalkan semangat hendak dapat hadiah, aku pun bertolak ke stesen komuter Shah Alam dengan suami aku, (baby? opah dia baby sit). Kronologinya lebih kurang macam ni..

Komuter -> LRT KL Sentral -> LRT Dang Wangi -> Capsquare -> salah tempat!!!


*UPDATES - We've found a brand new venue! The YOUREKA! Finale Party is now happening at KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur on 25 November, 7pm. Find out details on the venue at www.kl-live.com.my (daripada YOUREKA! Finale Party Facebook)




Notis pemberitahuan tukar tempat



Pengajaran pertama, kena sentiasa alert!


Ye, kami salah tempat, lokasi party tu ditukar ke Life Centre 2 hari sebelum kejadian. Pengumuman adalah di radio Hitz.fm dan official website Youreka. Sudah la letih, kaki pun sakit berjalan daripada stesen LRT, salah tempat pulak. Suami mithali aku ni sanggup temankan aku ke Life Centre. Kami naik monorail ke Raja Chulan (mula2 aku nak ajak dia jalan kaki aje, nasib baik dia tak ikut,..jauh woo). Sampai di sana dah pukul 9 mlm. Aku terus redeem 'Green tag' aku dan cuba buat muka kesian untuk redeem goodie bag walaupun tag aku tak cukup (semua org sepatutnya ada merah, biru dan hijau). Aku ada 2 aje..Tapi, org tu tak bagi. Kedekot betol.

Untuk maklumat lanjut tentang Yahoo Youreka, klik sini.

Kronologi untuk kes di parti ni:

1) Aku dan BF masuk tengok peserta2 pertandingan rebut kerusi (aku tunggu jgk kot2 ade lari dlm guni)

2) Aku pergi ke booth Yahoo untuk dapatkan kipas elektrik, tali penggantung kad dan gelang getah.



Kipas elektrik dengan tulisan Yahoo!


3) Aku pergi lagi ke booth untuk cuba mendapatkan goodie bag, tapi di decline..adoi..

4) Masuk balik, pertandingan semua dah habis (masa tu 9.30mlm), ade GIG. Kuat betul muziknya, rasa macam nak pitam (aku dah tua sgt kot,..huhu..)

5) Keluar dan try lagi mintak goodie bag sebelum balik, decline lagi.
6) Terjumpa 2 bro dgn 2 sis tengah borak2, try tanya ade tak tag extra? Bro tu kata dia ade, dia boleh bg pinjam.

7) Pegi balik nak redeem goodie bag, kena decline sebab dia suspect aku curi tag tu dari org. Dia kata aku kena earn sendiri dari website. Pulak dah..(seriously, tak kesian ke sis? haha)


8) Pulang balik kat bro, nampak Hitz FM cruisers, Bro tadi tu kata diaorg ade byk tag. Memang betul pun, selamba aje dia bagi aku tag yang aku takde tu.

9) Aku tak pegi balik booth tu, sebab aku tau dia takkan bagi kat aku. Lagi pun, aku dah penat nak naik balik masa tu.

10) Aku tanya kat Bro tu, ape dalam goodie bag tu? Bro tu gelak2, dia kata nampak mcm selimut (actually, game map). Aku tengok selimut a.k.a game map tu dan rasa nak ketuk kepala sendiri. Kenapa la aku bersusah payah sangat semata2 untuk menda ni. BF dah gelak2, dia kata sure aku letak kat sudut2 bilik aje nanti benda ni, buat kumpul habuk aje..oo,..gelak ye.

Balik rumah dengan perasaan 'frust'. Aku dapat lagi pengajaran berguna malam tadi..jangan menyusahkan diri lagi untuk perkara-perkara macam ni. Aku mesti:
1) Berfikir dengan waras, ikut kata akal, bukan kata hati.
2) Kena alert dengan perubahan tempat event.
3) Tak payah la pegi lagi majlis2 mcm ni, happening sangat, tak sesuai dengan aku. .(mana aku tau tempat tu ala2 disko sikit, hisyk,..mintak dijauhkan la lepas ni, hubby aku pun dah ckp tak nak pegi dah lps2 ni kalau tempatnya mcm tu, dia tak berkenan)

Tapi, bro tu memang 'cool' sebab nak tolong kami walaupun dia tak kenal. Nama dia pun kami tak tanya.

3 ulasan:

baincardin berkata...

Salam Aidiladha Nia! ^_^ Bain dah sampai ke kampung dah ni, yay! ^_^

*nak mkn lemang ngan rendang daging byk2! huhuu.....^_^'

*bestnya dpt kipas yahoo tu! :)

unlisted_one berkata...

Wah,..salam Aidiladha Bain..thn dpn dpt raya dgn baby ye..

baincardin berkata...

yelaa Nia, insyaallah. ^_^