Rabu, 11 November 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Kali ini MomBloggersPlanet menganjurkan contest Cutest Baby in NATURE pulak. Walaupun dinasihatkan oleh suami, "sudah-sudah la tu, bukan senang nak menang tu", aku tetap tak berputus asa. Akhirnya, suami aku mengalah dan membantu masa nak mengambil gambar Madihah ni.."apa yang penting,..kerjasama,..!" (ikut nyanyian Wonderpets)


Ayah buat ape pulak tu? Hehe..



Ooo,..buat lawak nak bagi gelak rupanya

Nama : Madihah Muhamad Zamzuri
Tarikh lahir : 1 Disember, 2008


Cerita tentang gambar

Gambar diambil di halaman rumah opah Madihah. Memang semasa membeli rumah ni, mak dan ayah dah merancang, mereka mahu halaman rumah yang luas supaya senang cucu-cucu mereka nak bermain (setakat ni ada cucu seorang saja ye). Biasanya selepas balik dari kerja, kami akan bawa Madihah ambil angin di taman permainan yang berdekatan atau di halaman rumah ni. Antara tumbuhan yang menarik perhatian Madihah ialah pokok palma. Tak tahu kenapa, mungkin kerana pokok ini kelihatan pelik bagi Madihah. Bila memandang pokok palma, matanya akan bulat tak terkedip. Selain itu, Madihah juga suka pada pokok Hellikonia. Malangnya, dia cuma suka nak tarik pokok ni aje. Mungkin dia geram tengok kot.

Faedah melibatkan bayi dengan aktiviti di luar rumah

1) Mental : Seperti kita, bayi juga tidak suka sekiranya berada didalam rumah sepanjang masa, dia juga memerlukan perubahan pada persekitarannya. Perubahan daripada ruang tertutup didalam rumah kepada ruangan yang luas seperti di taman-taman atau pusat rekreasi dapat mengurangkan 'stress' pada bayi. Alam sekitar merupakan penenang semulajadi bagi kita dan begitu juga dengan bayi.

'Kajian menunjukkan menikmati alam semulajadi adalah merupakan penghapus stress yang semulajadi '
Sumber : http://www.rodale.com/


Pokok Hellikonia (Sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/Heliconia)

2)Kesihatan : Berbanding dengan membawa bayi keluar ke tempat-tempat membeli-belah atau ke bandar, membawa bayi berjalan-jalan melihat alam semulajadi mempunyai kesan yang lebih baik kepada kesihatan bayi. Ini adalah disebabkan udara di kawasan alam semulajadi mempunyai udara yang jauh lebih bersih berbanding dengan kawasan bandar. Tumbuhan merupakan penapis udara semulajadi yang menghasilkan oksigen dan meyingkirkan bahan organik yang meruap dalam masa yang sama (kotoran pada udara).

"Tumbuhan boleh membersihkan udara daripada pencemaran, termasuk karbon monoksida daripada ekzos kenderaan."
Sumber :http://www.greenlivingtips.com/


" Semua tumbuhan sememangnya memberi udara yang lebih sihat dengan menukarkan karbon dioksida kepada oksigen (untuk kegunaan manusia)"

"Terdapat kajian yang menunjukkan tumbuhan dapat menyingkirkan formaldehid, benzene, karbon monoksida dan bahan pencemaran lain"
Sumber :
http://green.yahoo.com/

3) Pembelajaran: Alam semulajadi merupakan guru sains yang paling baik untuk bayi. Malah, melalui alam semulajadi, kita akan dapat mengajar bayi mengenai kuasa Tuhan. Bayi dapat mengenal tumbuh-tumbuhan (bunga, rumput, pokok hiasan), sifat-sifat tumbuhan tersebut (memiliki daun lebar, berduri, berbau harum)dan kegunaan tumbuh-tumbuhan tersebut (pandan, serai, pokok buah-buahan). Ia sekaligus menggalakkan deria bau, rasa dan menggerakkan minda bayi anda. Ini merupakan pengenalan asas sains yang baik untuk bayi anda.
Terdapat peribahasa Cina mengatakan
Saya dengar, saya lupa..Saya lihat, saya ingat..Saya buat, saya faham...

Dalam peringkat umur ini, bayi lebih cepat belajar melalui penglihatannya.

4) Hiburan: Ini mungkin sesuatu yang menarik, apabila alam semulajadi menjadi hiburan pada bayi. Terdapat tumbuhan yang menunjukkan reaksi pada keadaan tertentu seperti cahaya atau sentuhan. Pokok semalu misalnya, akan menguncup apabila disentuh. Madihah akan ketawa bila melihat pokok ini menguncup. Tapi, pastikan bukan bayi yang menyentuhnya, kerana pokok semalu berduri dan boleh menyebabkan kecederaan pada bayi.

Pokok Semalu (Sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/mimosapudica)

Itu saja untuk kali ni, harap2 ada rezeki..amin..:->

Contest ini dibawakan oleh




http://www.alicewonders.com/




3 ulasan:

Intan berkata...

Comelnya gambar madihah angkat tgn tu...cute sgt dgn senyuman itew :)

Gud luck!

My Written Thoughts.. berkata...

aku suka tgk gambar Madihah ni.. senyum dia mahal wooo.. :)

unlisted_one berkata...

Mummy Intan : Thanks ye sudi menjenguk ke sini, nanti dtg la lagi. Madihah kata terima kasih sbb kata dia cute..hehe

Fiza : Madihah pun ade pesan kat ko, dia kata aunty, jgn asyik bisnes aje, meh la dtg umah Madihah.