Ahad, 8 November 2009

Mimpi tapi realiti

For blogging tips, click on this badge

Where Moms Unite


------------------------------------------------------------------------------------- -----------
Aku mimpi semalam, mengenai hari kiamat. Suami ku kata sebab aku menonton 'trailer' filem '2012'..ape2 pun, mimpi tu cukup menginsafkan. Kiamat itu pasti bukan? Cuma kita yang tak tahu bila..Serentak dengan itu, aku dapat e-mail dari seorang kawan, mungkin forwarded email. Antara kandungan email tu, mengatakan tentang bagaimana kita dilalaikan dengan hal-hal keduniaan sampai kita terlupa untuk mengingati Allah. Sedangkan itu lah perkara yang paling utama bagi kita. Contoh-contoh yang diberi dalam email tersebut cukup membuatkan aku tersentap. Secara ringkasnya, ia mengatakan bagaimana kita terlalu mengejar keduniaan, sampai mengutamakan kerja melebihi keluarga dan anak-anak yang merupakan amanah Allah, akhirnya hubungan kekeluargaan menjadi renggang dan menjurus kepada penceraian.

Aku teringat cerita seorang rakan mengenai seorang ustazah yang mengejutkan anaknya yang berusia 7 tahun untuk solat Tahajud. Rakanku ini bertanya kepada ustazah tersebut, "kesian kat anak ni, dikejutkan tidurnya..." Tapi, ustazah tu terus menjawab " Kak, kalau saya tak ajar dia sekarang, dan saya pergi dulu, lagi kesian dia kak, tak tahu beribadat..."

Aku selama ni asyik memikirkan macam mana nak tambah pendapatan, naik pangkat dan sebagainya, tapi aku mula terfikir, itu semua untuk sementara, sebab dunia kita ni sementara, kita telah diajar sejak kecil lagi, satu hari nanti dunia kita ini akan tiada. Apa kata kita pastikan semuanya seiring? Bekalan di dunia dan akhirat pun sama2 kita cari. Untuk anak2, ilmu dunia dan akhirat pun kita beri..kerana kita perlu juga melalui hidup kita di dunia ni.. Bukanlah, aku hendak tunjuk baik, ilmu agamaku pun tak sehebat mana,aku pun menasihati diri aku juga ni, sebab tahu diri ini tak sempurna. Aku sekadar berkongsi pendapatku. Konteks mempersiapkan bekalan akhirat telah lama aku dengar, cuma kali ini ia menyentap akal dan fikiran.

2 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Apa khabar? Mak Cik doakan kamu sekeluarga terutama baby sihat walAfiat.

Mimpi kamu tak pandai Mak Cik Tafsirkan. Hanya jika kita berusaha di dunia biarlah berpada-pada disamping tidak kurangkan yang ke akhirat. Kedua-duanya SAMA penting.

WaAllahuAlam.

unlisted_one berkata...

Waalaikumusalam makcik, kami sihat2 aje..baby pn sihat juga ni.

Saya sendiri pun tak pasti maksud mimpi saya makcik, mungkin sebab saya ada terlalai agaknya makcik. Betul kata makcik, yg penting kedua2 nya kita seimbangkan..