Rabu, 25 November 2009

Mendidik anak dalam tidurnya

Aku rasa ada baiknya berkongsi email yang aku baru dapat ni, elok untuk diamalkan..Biras aku yang forward,..hehe..
Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur. Ini ada satu petua dari pengirim email ini:


1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali


3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.


4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.


5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. Cubalah petua itu dan insya Allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba......
Isk,..kena cuba ni..

8 ulasan:

lili11 berkata...

Salam. Baby ibarat kain putih, kan! Ibu bapalah bakal mencorakkannya. InsyaAllah, kita akan jadi ibu yg baik jika mengamalkan petua2 di atas.
Awh ... jemput join Make Money by Reading EMails nak tak? Tak perlu bayar apa2, baca email, dapat duit. Senang ... Jom join!

unlisted_one berkata...

thanks for visiting lili!

baincardin berkata...

timer kasih byk² dgn petua ni!^_^ bagus utk bain yg bakal jadi ayah tahun depan, insyaallah....^_^

mamaismeth berkata...

rasa teringin juga nak cuba.. thanks 4 the petua.. sy nak copy & paste kat blog sy.. boleh kan?

http://mamaismeth.blogspot.com

@nnap3jelov3b@by@qiL berkata...

wow rasa cam tersentuh laks baca huhuhu

Farah berkata...

thansks for sharing..nak start amalkan jugak tips2 ni..
anyway,salam kenal..i add link u yer.

unlisted_one berkata...

Bain : Ha, Bain..kena kumpul byk2 tips tau, nanti bila baby dah lahir, semua dah ready..

mamaismeth : takpe, benda2 baik ni elok kita kongsi,..copy+paste je.

@nnap: tersentuh? hehe..

Farah : salam kenal dear,..i dd urs too!

Intan berkata...

Gud info for sharing ;)

Alhamdulillah Intan ada buat kesemuanya...bab sapu air lebihan wuduk tu paling suka buat :)

Mudah-mudahan "lembut" lah hati anak2 kita nie nanti mendengar cakap ibu ayah serta mengerjakan perintah Tuhan.