Isnin, 30 November 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Pada tarikh ini 30 November, 1 tahun yang lalu (tahun lepas la tu), aku dah masuk ke hospital (meng'admit' kan diri sendiri) walaupun contraction tak begitu kuat lagi masa tu. Nak buat mcm mana, parents aku cuak, takut aku sakit tengah2 mlm nanti, diaorg kelam kabut nak hantar ke hospital. Ha,..masa tu suami aku exam di Kelantan, jadi dia agak rugi sebab terlepas nak tengok,..haha..(sebenarnya 'frust' tapi buat2 gelak la ye).

Pukul 1 pagi, contraction start jadi kuat, pergh,..dia punya kuat, tak boleh nak kata (siapa yg pernah period pain, ha lebih kurang la, cuma contraction ni lebih extreme). Tapi, ada jugak orang yang senang masa bersalin, siap boleh cakap kat aku, "eh, takde la sakit sgt"..itu ko la cik kak.. huhu..Aku bersalin pukul 9 lebih, dekat nak pukul 10 pagi kot, lupa pulak nak tengok jam masa bersalin tu (ada ke orang tengok ye?) Aku bersalin dekat swasta, sebab itu yang dekat dengan rumah dan senang nak pegi check-up (bukan berlagak tau, ada rezeki dapat 2nd, aku nak pegi gov pulak).

Tapi, yang boringnya, masa bersalin tu ada 2 nurse, sorang ok, yang agak senior ni mulut macam bertih sikit. Aku bersalin consider lambat la, sebab start sakit dari 1 pagi. Dia bising2 kata aku ni lewat bersalin la, orang lain masuk pukul 3 pagi pun dah bersalin dulu la. Kalau cakap sekali takpe, ni berkali2, sampai doktor dah sampai pun sibuk dia komplen aku lambat bersalin,..pergh,..bawak2 la diam akak oii..

Lepas bersalin, aku perasan baby aku agak purple,..aku ingat sebab dia baru lahir. Sekali, bila aku dah balik wad, masuk waktu lunch pun, takde sape hantar baby untuk BF. Pelik betul, mak dengan ayah aku dah balik masa tu. Tiba-tiba datang sorang nurse :


Nurse : Suami mana?

Aku : Takde, mak yang teman, kenapa?Nurse : (teragak-agak) Baby ada complication sikit

Aku : (Hah!) Complication ape?

Nurse : Dia ada problem dengan breathing.

Adoi,..macam kena hempap batu kepala aku. Aku rasa inilah 'every mother nightmare'. Panik betul aku masa tu, teringat kan macam mana susah aku nak dapatkan dia, pernah miscarriage pulak,..cuak sangat! Last-last aku panggil parents aku datang balik, dapatkan explanation dari doktor. Doktor kata ni common, baby aku kena infection dekat dia punya lung. Source of contamination, dari ibu. (Aku kena urea infection masa mengandung, dan doktor kata kuman still ada sebab aku tak makan antibiotik dengan betul). Aku tahu ada ramai mommies yang mungkin ada pengalaman yang lebih menyedihkan dari aku,..stay strong for your babies ok?


Baby kena masuk ICU baby, doktor bagi antibiotik pada dia dan supply oksigen untuk stabilkan oksigen dalam darah dia. Apa-apa yang baby dah minum sebelum tu, semua kena sedut keluar balik. Baby aku bergantung pada 'drip' aje..Kesian, lahir2 ke dunia bukan end-up dalam pelukan ibu, end up kat ICU.








Hari ke 3, baru baby diberi susu, tak pakai drip dah. Susu RTF la yang dibagi (ready to feed). Sampai sekarang aku 'frust' bab ni. Benda dah jadi, nak kata ape? Kalau kita cakap, sure dia akan kata, takkan nak bagi baby lapar, dah maknya lambat..aku no komen. Ini muka Madihah lepas 3 hari..



Lain betul rupanya. Aku dapat bawak dia balik hari Jumaat (dia lahir Isnin). Ayahnya dapat tengok dia seminggu lepas tu..huhu..lama betul delay nya.
Ini Madihah masa 7 bulan


Dan ini dia sekarang,


Sangat berbeza kan?


Apa-apa hal pun, selepas pukul 12 malam ni, Madihah sudah setahun!! Syukur, alhamdulillah. Dia bukan baby Madihah lagi, dia toddler Madihah..hehe..


"HAPPY BIRTHDAY SAYANG, mak & ayah sayang Diha!"

9 ulasan:

My Written Thoughts.. berkata...

:D Hepi besday Madihah.. !

Ann berkata...

tengok perubahan madihah dr baby sampai skrg... nampak makin ceria dan hepi...hepi besday dear...

Intan berkata...

Happy 1st Birthday Madihah sayang :)

Semoga menjadi anak yg solehah buat kedua ibu dan ayah ye sayang...

P/s: Ishhh awat teruknya nurse swasta tu! Ingatkan gomen nyer nurse yg sllu buat perangai cam tu. Tak sangka lak swasta nyer nurse pon mulut "takde insurans" ye...emmm...kalo kena kat intan mau kena bedal balik nurse tu, gerammm lah coz org nak bersalin dan bayor mahal2 nak lah servis yg elok ni tak di "pok-pek" nya kita lambat bersalin...sorry ye nia "termarah" lak nie :D

Jiji berkata...

Wah nama Madihah, my dotter Anis Mardihah@!~ Heheh I have my own experience..=( takmo ceta... nant emo! Mueheheheh@!~

happy birthday sayang!

wansteddy berkata...

dugaan kerana anak memang meruntun hati.
wan pn masa damia sakit teruk dulu puas dah
berendam air mata

unlisted_one berkata...

Fiza : Madihah kata terima kasih aunty. Hopefully aunty murah rezeki nanti dan boleh bawak kawan main dgn Madihah ya!

Ann : Tu la Ann, baby cepat berubahkan, sekrg dah pandai main, tu yg ceria. Tapi, Madihah ni mcm Husin jgk, tak leh tinggal Nuki-Nuki dia..haha..

Intan : Uii,..bila2 diingat2, time kita tgh sakit tu, nurse tu boleh buat muka meluat, tak faham betul. bukannya kita menjerit2 pun masa tu, tak tau ape yg dia bad mood sgt.

Thanks for the wishes ya Mummy Intan. Sgt touching.. Semoga mummy Intan & Arissa pun diberkati Allah sentiasa.

Jiji : Dekat2 pulak nama anak2 kita ni..hehe..May Allah bless you and Anis Manis!

Wan : Sebelum jadi ibu dulu, saya pun tak faham kenapa ibu ni emo walaupun benda2 kecik aje, tapi sekrg baru faham. Semoga Damia & mummynya akn sihat2 aje lepas ni ye. Insya Allah.

baincardin berkata...

alaa...comelnya dia....^_^

unlisted_one berkata...

Bain : Comel mcm maknya (dgn nada perasan)..hehe

Sumijelly berkata...

setiap misi lain kepala nya.. kalu kat sumi, misi tu x kasi org lain sentuh kecuali mak nya..dn suh BF terus..dia x akan tolong bg susu tepung..
x perla..ada rezeki no 2, bg BF lak yek...belajar dr kesilapan..

emm....cepatkan masa berlalu...dh setahun si kecik nie..hehehe
semoga cepat dia membersar dn berbakti pada org tua nya..

http://sumijelly.com