Isnin, 23 November 2009

Aku dan Majlis Formal

Hari Jumaat lepas, kami berpeluang menghadiri Majlis Industri SIRIM di KLCC Convention Centre. Bukan senang nak dapat tempat ni, dengar-dengarnya banyak juga 'company' yang kecewa tak dapat menghantar wakil. Tapi, kami bernasib baik, ada rezeki untuk hadir. Kami kena ada di 'Ballroom' pukul 7.45 ptg, lepas solat Maghrib la tu. Perjalanan nak ke KLCC tu, sangatlah memenatkan. Kami tak naik kereta (cari nahas? dari Shah Alam ke KL pukul 4.30 ptg? huhu). Kami naik kenderaan awam aje.

Kereta ----> Komuter ----> LRT ---> Jalan Kaki = KLCC Convention Centre..yay!!


Sempat juga ambil gambar Menara KLCC pada pukul 7 ptg dan 11.00 mlm.




Kami sampai di Taman KLCC pukul 7 ptg. Berjalan kaki menuju ke Convention Centre. Boleh tahan jugak kami mencari sejak turun dari LRT tadi.


Pheww,..nasib baik sempat. Lepas solat Maghrib, kami terus masuk ke dewan.




Besar betul dewannya, kami terus mencari tempat kami mengikut nombor yang diberi. Bila jumpa, ada 'goodie bag' di setiap kerusi. Hadiah dari SIRIM sangat comel, bola getah warna kuning.




Ini Menara KLCC dari dalam Convention Centre.


Ini menu kami, tapi tak nampak pulak tulisannya.


Ini pulak keadaan didalam dewan. Ramai betul jemputannya.



Ini kasut-kasut yang aku bawak (muat dalam hand bag pulak tu..hehe). Kasut tumit tinggi tu untuk dipakai dalam majlis, habis majlis aku tukar pakai kasut hitam aku yang sangat selesa tu.


Kami balik menumpang ayah member aku yang pergi sekali ni. Sampai ke rumah pukul 12 mlm dan terus ZZZZZ.

5 ulasan:

My Written Thoughts.. berkata...

hehe, kalo aku jd ko pun aku akan bwk kasut spare. x kuasa aku nak jln jauh, pakai kasut tumit tggi.. :D

h4ni3 berkata...

syioknye makan.. hehe
ads nuffnang tu ada time2 tertentu je keluar. tp if blog tu glamer, ramai visitor, sometimes spjg masa kua ads tu. so bila dia kelua jer, kita terjah beramai2. elok kalau letak 1 shoutbox, senang org nak alert kita bila dia klik. so in return, kita gi blog diorg n klik pulak. camtu la caranya.. takde daftar2 ke apa.. jom klik2 jom :)

karipapsayur berkata...

keh3. comelnya sampai bawak 2 kasut!

Jiji berkata...

off topic sat: Boleh pegi KPJ seksyen 21 kot.. ke 27 tak sure atau UMRA Seksyen 11.

I have bad experienced with DEMC. Mahal nak mampos berbanding klinik swasta.

Anis jaundice tau.. DEMC charge berapa kali guna phototherapy.. let say pagi sekali RM 100 ptg RM 100 padahal dekat SJMC charge ikot bilik sehari RM 60 or 80 im not sure.

Lepas tu, aku tak suka gynae aku yang takde langsung nak jumpa aku lepas kes dia patahkan tulang bahu anis masih aku deliver anis. Kita org tanya ni procedure atau negligence. TAKNAK JAWAB banyak surat kita orang tulis pada DEMC depa takmo kasi statement!!

NAK JE AKU SAMAN (tp bila ada org bg tau aku, maybe ada rahmat disebalik kejadian tu, mungkin hikmah mengelak pekara yg lebih buruk berlaku cth lemas ke.. aku dah redha dan berserah je) . Lagipon Anis tak perlu apa apa treatment, tulang bahu dia tumbuh dan camtum balik dah.

unlisted_one berkata...

Fiza : aku mmg foul dgn kasut tumit,..hehe

H4ni3: Kena rajin blog hopping la nih? wokeh,..nanti kita buat.

Qastalani : terpaksa lor bwk kasut, jln jauh tu..huhu

Jiji: Sian kat Anis, sakit hati kita ni bila kenangkan ape2 jadi kat anak kita kan? Budak tu baru2 lahir dah kena treatment mcm2, dah le tak tau berckp lagi..isyk,..krg nangis pulak bila kenang2.. KPJ yek? Kat situ patut ok rasanya sbb ada kawan ckp dia hospital yg mmg support BF 100%.