Selasa, 13 Oktober 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with STROLLER Contest

Sekali lagi, mencuba nasib untuk MomBloggersPlanet Cutest Baby with STROLLER Contest.

Thank you Littlemama for the Duit Raya! - Madihah

Pengalaman dengan stroller

Semasa mula-mula mengandung, aku memang tak terfikir untuk membeli stroller sebab pada aku, stroller cuma akan digunakan untuk berjalan-jalan dan aku rasa tak mungkin aku akan bawa anakku yang baru lahir ni berjalan ke mana-mana.

Sebulan sebelum bersalin, kawan-kawan lama aku menelefon dan bertanya, aku dah beli stroller atau belum? Mereka nak hadiahkan stroller rupanya. Aku pun jawablah belum, sebab takde kepentingan kata aku sambil ketawa.

Bila anakku lahir aku mula sedar, anakku ini sangat suka berdukung dan dibawa berjalan di sekeliling rumah, mustahil untuk aku yang masih didalam pantang untuk mendukungnya dalam jangkamasa yang agak lama. Satu hari, sebab letih mendukung, aku terus letakkan dia didalam baby cot. Meraung-raung dia, aku cuba sorong baby cot ni sikit (baby cot beroda),..eh, dia diam pulak. Puaslah aku menyorong baby cot ni keliling rumah. Mamang nampak pelik betul!!

Mujurlah, 2 minggu selepas dilahirkan, kawan-kawan datang melawat dengan stroller yang dijanjikan. Jenama ‘Sweet Cherry’, berwarna kelabu (“kalau beli pink, next time dapat anak boy, susah pulak”, kata mereka). Stroller inilah penyelamat aku, bila aku rasa letih mendukung dia, terus aku letakkan dia didalam stroller, dan sorong keliling rumah, anak aku ni cuma diam dan nampak suka. Selamat,..tak payah guna baby cot dah..

Tentang stroller ‘Sweet Cherry’

Stroller ini adalah stroller jenis ‘Standard Stroller’.

Spesifikasi

Berat : 6.25kg
Umur bayi : Newborn - 4 tahun
Material : Aluminium untuk 'frame'

Ciri-ciri:
1)
Ia mempunyai 'tray' untuk meletakkan snek atau botol bayi di bahagian hadapan. 'Tray' ini boleh dialihkan.
2) Ruang penyimpanan barang dibahagian bawah untuk menyimpan barang-barang keperluan bayi (diapers, bekalan susu etc)
3) Bahagian roda hadapannya jenis ‘swivel’ yang memudahkan stroller ini mengubah haluan.
4) Bahagian rodanya boleh dikunci (‘lock’) untuk menjamin keselamatan bayi didalam stroller ketika dalam keadaan berhenti.
5) Tempat duduk bayi boleh dilaraskan mengikut kesesuaian umur bayi (boleh dibaringkan untuk bayi).
6) Handle yang boleh dilaraskan untuk menolak stroller dari bahagian hadapan atau belakang (forward and rearward facing).
7) Memiliki ‘canopy’ untuk keselesaan bayi sekiranya terpaksa menggunakan ‘stroller’ semasa cuaca panas.
8) Memiliki tali pinggang keselamatan (safety harness) untuk keselamatan bayi.
9) Tempat letak kaki untuk bayi. Duduk dalam keadaan tergantung kaki akan menyebabkan bayi tidak tenang, tempat letak kaki memberi keselesaan kepada bayi. Tempat letak kaki ini boleh dilaraskan mengikut kesesuaian.
10) Saiz stroller yang bersesuaian dengan saiz bayi.
11) Stroller ini juga agak ringan dan boleh dilipat untuk memudahkannya dibawa ke mana-mana. Ia juga boleh ditegakkan selepas dilipat.

TAPI,

Ia tetap memerlukan ruang yang lebih untuk dibawa kemana-mana, bonet kereta seperti Myvi atau Kancil, memang muat untuk stroller sahaja. Barang lain tak muat dah.


Stroller & Me




Hai, Mak..nampak sebelah lagi kasut Diha tak?
Ambik gambar dari atas kelakar la mak,..


Aik?Ambik gambar lagi?

Kita suka bila canopy dia tutup macam ni, boleh main cak-cak dengan mak

Hai,..inilah kereta saya...


Hehe,..mak ni,..dalam rumah pun ambil gambar jugak ke?

Semangat betul mak aku ni..


Layan aje la,...


Adoi,..lenguh aku tersengih macam tu..


Ha,..hari ni pun ada jugak ke mak?


Mak dah mula nampak kelakar..


OK,..ni last la Mak..

Nama Bayi : Madihah Muhamad Zamzuri
Tarikh Lahir : 1 Disember, 2008


Tips Memilih Stroller

1) BUDGET : Pastikan ‘budget’ anda, tidak semestinya stroller yang berharga RM2 000 – RM 3000 lebih baik daripada yang berharga RM200- RM300. Ciri-ciri keselamatan pada stroller tersebut yang patut diberi keutamaan.
2) JENIS : Pastikan jenis stroller yang ingin dibeli. Terdapat banyak jenis stroller di pasaran yang boleh disesuaikan mengikut gaya hidup ibu bapa. Terdapat juga stroller jenis travelling system yang disekalikan dengan car seat.
3) SAIZ : Pastikan membeli saiz stroller yang bersesuaian dengan saiz dan umur bayi. Jangan letakkan bayi didalam stroller yang lebih kecil daripada badannya, kerana ini akan menyebabkan bahagian badan bayi terkena pada bahagian-bahagian keras pada stroller. Saiz stroller yang tidak sesuai ini juga akan mempengaruhi kelancaran pergerakan stroller.
4) WARNA : Cuba untuk memilih warna yang tidak mudah nampak kotor, ini kerana bayi mungkin akan mengotorkan stroller semasa makan atau minum dan ia mungkin meninggalkan kesan walaupun sudah dicuci.
5) KESELAMATAN DUDUK: Pastikan stroller yang dipilih mempunyai tali pinggang keselamatan (‘safety belts’) untuk mengelakkan bayi terjatuh ketika berada didalam stroller tersebut.
6) KESELAMATAN RODA : Pastikan stroller tersebut boleh dikunci di bahagian roda, ini bagi mengelakkan stroller daripada bergerak sendiri jika bayi bergerak-gerak didalam stroller. Pilih roda ‘swivel’untuk mudah mengubah haluan stroller semasa bergerak. Uji pergerakan stroller sebelum membuat pembelian.
7) PENYANDAR : Pilih stroller yang boleh dilaraskan bahagian penyandarnya kerana tidak semua bayi suka untuk sentiasa berada dalam keadaan berbaring (kecuali bayi didalam lingkungan 0-3 bulan) atau sentiasa duduk.
8) MATERIAL: Kebanyakkan stroller kini menggunakan padded cushion untuk bahagian tempat duduk, pilih stroller dengan material yang mudah dibersihkan.
9) BERAT : Pilih stroller yang diperbuat daripada bahan yang ringan seperti aluminium bagi memudahkan ia diangkat ketika perlu. Tetapi, pastikan juga stroller tersebut adalah stabil sekalipun ia ringan.
10) CIRI-CIRI TAMBAHAN : Contoh ciri-ciri seperti ini adalah tempat meletakkan botol, tempat penyimpanan barang dibahagian bawah, pelarasan tempat duduk (’recliner’) dan lain-lain. Pertambahan pada ciri-ciri ini bermaksud pertambahan pada harga stroller yang bakal dibeli, sebelum membeli, pastikan kita akan menggunakan ciri-ciri tambahan tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Tips Keselamatan

1) Jangan cuba untuk melaraskan mana-mana bahagian stroller semasa bayi berada didalam stroller, ini mungkin akan menyebabkan jari atau badan bayi tersepit.
2) Jangan menggantung barang yang berat pada pemegang stroller kerana ia akan mengganggu kestabilan stroller dan boleh menyebabkan bayi jatuh.
3) Sentiasa pastikan bayi memakai tali pinggang keselamatan /’harness’.

Pendapat Mengenai Penggunaan Stroller

Fungsi utama stroller adalah untuk memudahkan ibu bapa dan memberi keselesaan kepada bayi sekiranya mahu membawa bayi keluar ke mana-mana. Sekiranya semasa keluar, bayi perlu tidur (yang merupakan rutin bayi), bayi juga boleh tidur didalam stroller dan ibu bapa tidak perlu pening memikirkan untuk mencari tempat tidur bagi bayi. Stroller yang didatangkan dengan ruang penyimpanan di bahagian bawah juga memudahkan ibu bapa untuk membawa barangan bayi semasa keluar berjalan-jalan. Kepentingannya kepada bayi, boleh diibaratkan seperti kereta kepada kita. Namun, harus diingat, barang-barang keperluan bayi seperti stroller, baby cot, walker dan sebagainya hanyalah merupakan alternatif bagi memudahkan ibu bapa. Penggantungan 100% kepada barangan ini adalah tidak digalakkan kerana bayi masih perlu didukung oleh ibu bapanya. Ia masih merupakan kaedah yang paling berkesan bagi menyampaikan rasa kasih sayang kita kepada bayi.

Contest ini dibawakan oleh

MomBloggersPlanet : http://www.mombloggersplanet.com/1613/cutest-baby-photo-contest-%20october-09/


Ditaja oleh:


http://www.alicewonders.com/


http://www.photobook.com.my/


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa brand/model stroller ni?

Nia berkata...

Sweet Cherry