Selasa, 6 Oktober 2009

Measles..measles..go away..

Aku tak sangka Madihah demam panas (pernah capai 39.8 deg C) sejak 2 hari lepas sebab dia dah infected dengan measles (a.k.a demam campak) ni. Alahai, kesiannya. Vaccination untuk measles cuma start bila 12 bulan. Mula-mula dia diarrhea (a.k.a cirit birit), lepas tu demam, tau2 hari ni dah ada bintik2 merah ni pulak. Tambah pulak dengan teething dia pulak lagi. Adui.. kalau aku pun tak selesa. Patutlah, 2-3 malam ni dia meragam, tak selesa tidur malam. Memang kami berdua tak tidur malam juga ( rasanya, kebanyakkan parents pun mesti ada experience tak tido mlm ni, huhu), terkial2 kami nak mencari apa yang boleh buat Madihah selesa. Tapi, solutionnya simple aje, Madihah nak berdukung..Ayahnya terpaksa la dukung, sebab maknya cuma bertahan sekejap aje, tak larat..

Antara tanda-tanda awal measles ini adalah :

1) Cirit birit
2) Demam tinggi
3) Batuk
4) Selsema
5) Muncul bintik-bintik merah pada badan ( duhh!!)

Mujur juga, opahnya nak menjaga. Kalau tidak, maknya ni kena la cuti untuk menjaga dia. Pada mulanya aku ingat tak serius, tapi bila surf internet, rupanya measles ni boleh cause brain damaged pada bayi,..erk!!! Tapi, kes2 terpencil la ni. Paling penting, terus bawa bayi berjumpa doktor sekiranya terdapat simptom2 measles. Aku jumpa tips-tips penjagaan baby dengan measles ni jugak.

Antaranya :

1) Pastikan kelembapan udara di sekeliling bayi adalah tinggi. Jika perlu, gunakan humidifier. Ini bagi memudahkan bayi bernafas. (ini bagi bayi yang batuk-batuk).
2) Berikan banyak air pada bayi.
3) Beri ubat demam seperti paracetamol kepada bayi bagi menurunkan suhu badan (jika demam) atau ubat batuk sekiranya bayi batuk.
4) Banyakkan makanan berkhasiat pada bayi.
5) Pastikan bayi dapat rehat yang secukupnya.
6) Jangan biarkan orang merokok di tempat yang berdekatan dengan bayi. Ini boleh menyebabkan gangguan pada jantung dan paru-paru bayi.

Bayi yang telah dijangkiti measles, masih perlu mendapatkan vaksin apabila berusia 12 bulan.

Pastikan bayi dapat rehat yang mencukupi

Apsal aku pun rasa panas2 badan ni?

Pendapat di atas bukan pendapat profesional, sekadar berkongsi info yang didapati dari internet.


7 ulasan:

Edward Saminathan berkata...

Pastikan dia sejuk, nanti tak rasa gatal-gatal sgt..

Pity her.. :(

unlisted_one berkata...

itu la Ed,..kesian dia..nampak tak selesa..

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Nia,

Memang demam campak ni penyakit kanak-kanak, kesian dia. Harap sekarang diha beransur sembuh. Tapi penyakit begini kalau orang tua kena lagi teruk. Pernah suami Mak Cik kena, hingga di kuarantin di Hospital dan tinggal di wad sepuluh hari.

InsyaAllah semoga Diha sembuh segera.

sobizzare berkata...

alah alah.. kesianya baby..
tak sampai hati bia tengok dia asyik meragam je kan.. semoga cepat sembuh baby!

denaihati berkata...

Saja nak info ada hadiah tambahan untuk contest weblog popular 1Malaysia. Contest akan tamat pada 31/10/09. Jangan lupa check ranking anda di google.com.my (keywords "Weblog popular 1Malaysia) kerana mungkin anda adalah pemenangnya dan juga tambahkan denaihati ke bloglist anda untuk update terkini contest. tq

unlisted_one berkata...

Makcik : Terima kasih makcik..Dah kurang dah, rupanya dia bukan campak, allergy kat ubt demam..huhu

sobizzare : Terima kasih ye,..mujur baby nya dah sembuh sekrg.

miela77 berkata...

Salam kenal. Thanks for the info..mmg berguna dan daku amik tuk wat entri ye..just share the info wif the others...

...meh join Miela77 Aksi Di Aidilfitri Contest lak dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM40 keatas..tinggal 4 hari je lagi.. http://miela77.blogspot.com/2009/09/miela77-aksi-di-aidilfitri-contest.html

Promosi UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal 5ml 3 botol hanya RM55 termasuk pos laju..sesuai tuk demam, selsema, batuk, gejala ILI, cegah H1N1, asma, dan pelbagai penyakit lain..order ke Miela.77@gmail.com