Isnin, 19 Oktober 2009

Crawling Competition by Mamy Poko

Hujung minggu lepas, kami ke Mid Valley, nak membeli botol susu Madihah (ok, botol susu tu alasan aje, sebenarnya kami nak berjalan). Ingatkan tak ramai orang sangat, tapi tak jugak, tengah bulan pun ramai jugak. Di supermarket tu, kami ternampak ini..





Yay! Aku terus bertanya pada staff yang bertugas, boleh register lagi tak, tinggal satu tempat aje lagi rupanya. Hehe,..tunggu Madihah join la tu. Kami harap Madihah akan tunjukkan bakatnya merangkak dengan laju. Kalau boleh, biar orang tak sempat tengok dia merangkak, sebab dia terlalu laju (haha,..aku terbayang Ferrari)..

Sekali masa pertandingan, Madihah jadi cuak sebab ramai sangat orang terjerit2, prestasi dan tumpuan dia sedikit terjejas..pergh,..ringkasannya dia tak la dapat jadi laju sampai orang tak nampak pada hari itu.

Selepas pertandingan, maskot mamy poko pun keluar,..Madihah pun meneruskan la bakat lama dia. Menyorok dekat ayah sebab takut. Tapi maskot tu pun pandang tempat lain aje, sombong ye..huhu..

Balik aje ke rumah, aku pun tunjuk goodie bag yang kami dapat pada adik2 aku. Excited betul masa bercerita ni. Tiba2 adik aku tanya,.."Madihah menang tak?"..Aku terus jawab sambil tersengih2 "Ko ni tanya soalan tak relevan la"...hehe..,dapat goodie bag ni kira ok ape.


Masa balik, atlet merangkak ni letih sangat ni