Rabu, 28 Oktober 2009

1 lemas, 2 hilang, 19 selamat

Keadaan jambatan yang patah (Sumber: www.utusan.com.my)

Macam tak percaya, dalam tragedi jambatan runtuh di Kampar, Perak 2 hari lepas melibatkan adik sepupu aku sendiri. Aku bersyukur dia di kalangan 19 orang yang selamat. Dia sempat berpaut pada tali kabel. Kesian dengan keluarga pelajar2 yang masih hilang dan lemas tu. Aku tak dapat bayangkan perasaan mereka, aku jugak tak dapat bayangkan perasaan pelajar-pelajar yang menyaksikan rakan-rakan mereka dibawa arus deras. Hendak menolong, tak berkemampuan, lebih menyedihkan lagi bila mereka mendengar jeritan meminta tolong dari rakan mereka ini. Beritanya disini.
Memang kejadian ini Qada' dan Qadar Allah. Tapi, semua pihak boleh berusaha mengambil langkah berjaga2. Jika ditakdirkan terjadi juga, itu di luar kuasa kita.
Ibubapa
Boleh bertanya lebih lanjut kepada pihak sekolah tentang tempat perkemahan, guru pengiring, dan lain2 lagi. Mungkin sesetengah guru akan rasa kurang senang. Tapi, kalau untuk kebaikkan, ape salahnya.
Guru
'Survey' dahulu tempat perkemahan sebelum membawa para pelajar ke sana. Ambil tahu spesifikasi jambatan dsb. Pastikan semua ibubapa sedia maklum di mana anak2 mereka akan pergi.
Pihak berkuasa
Pastikan setiap tapak perkemahan dan segala kemudahannya adalah selamat dan pastikan semua langkah2 keselamatan telah diberitahu kepada kumpulan perkemahan.
Aku bukanlah pandai sangat, tapi macam semua orang, satu masa dulu aku pun pelajar juga. Jadi aku tahu, pada kebiasaannya cikgu akan survey dulu tapak perkemahan tu.

1 ulasan:

azmi yusof berkata...

kesian semuanya....